Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Misteri Padang Mahsyar

Misteri Padang Mahsyar
Terbitan: Granada Mediatama (GMT)
Product Code: Granada Mediatama (GMT)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.4 x 13.9 x 1.7

ISBN: 9789793693255
Availability: In Stock
Price: RM30.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Misteri Padang Mahsyar | Judul Asal (‘Arab): Penulis/Penyusun: Kelompok Telaah Kitab Ar-Risalah dan Abu Fatiah Al-Adnani | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Penyusun | Penerbit: Granada Mediatama (GMT) | Berat: 242g | Muka Surat: 284 m/s (Soft cover) | Ukuran buku: 20.4 cm (tinggi) x 13.9 cm (lebar) x 1.7 cm (tebal) | ISBN:  978-979-3693-25-5 |


Dengan ditiupnya sangkakala kali pertama oleh malaikat Israfil, seluruh langit, bumi, dan dunia dengan segenap isinya hancur secara total. Seluruh makhluk yang bernyawa pun dimatikan.

Kemudian datanglah tiupan sangkakala kali kedua. Seluruh manusia, jin, dan bahkan haiwan pun digiring ke Mahsyar. Sebuah tempat pengumpulan dan perhimpunan seluruh makhluk untuk dihisab seluruh amal perbuatannya ketika di dunia. Mereka datang tanpa alas kaki, tanpa sehelai benang pun yang melekat di tubuhnya, dan dalam keadaan belum dikhitan. Matahari didekatkan sejarak 1 batu di atas kepada-kepala mereka. Peluh mereka bercucuran deras bersesuaian dengan kadar amal atau dosanya. Mereka berdiam diri di tempat masing-masing, tanpa gerak, tanpa suara, sepanjang tempoh 50 ribu tahun untuk menantikan keputusan Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Para malaikat hadir bershaf-shaf. Semua jiwa menunduk lesu, takut, dan hina di hadapan-Nya. Neraka pun didekatkan kepada mereka. Amal-amal perbuatan ditampakkan, ditanyakan dan diminta pertanggungjawaban. Para malaikat, para Nabi, anggota badan, dan bumi memberikan persaksiannya. Buku catatan amal pun dibahagikan. Amal-amal kebaikan dan keburukan pun ditimbang. Syafa’at pun diberikan kepada hamba-hamba Allah yang mukmin, soleh, dan bertaqwa. Titian (Shirath) dibentangkan di atas Jahannam, lengkap dengan pengait-pengait raksasa di kanan dan kirinya, bersiap-siap untuk menyambar sesiapa yang akan menjadi penghuni Neraka.

Benar-benar peristiwa pada hari tersebut merupakan peristiwa paling menyesakkan dada, menggetarkan jiwa, dan sangat menakutkan.

Para Nabi dan Rasul pun tidak mampu berbuat sesuatu, selain memanjatkan doa, “Wahai Rabbku, selamatkanlah, selamatkanlah...”

Inilah ujian yang paling berat dalam sejarah kehidupan manusia dan jin, kerana ia merupakan ujian terakhir yang akan menentukan nasib mereka di Syurga atau Neraka.

Dengan bersumberkan dalil-dalil Al-Qur’an berserta tafsirnya, As-Sunnah yang sahih, dan penjelasan para ulama yang muktabar, buku ini mengupas secara tuntas keadaan alam kubur, perjalanan dan keadaan di Mahsyar, serta seluruh misterinya. Pelbagai perkara yang selama ini dianggap kontroversi dan sering menjadi persoalan dan tanda tanya, dipaparkan secara jelas dan ilmiyah. Kejadian-kejadian dan pelbagai persitwa di padang Mahsyar kelak diungkapkan secara jelas dan terperinci, seakan-akan anda sedang berhadapan dengannya secara nyata.

Semoga dengan kehadiran buku ini, akan menjadi sebuah manfaat berharga buat kita semua, seraya memotivasikan kita untuk segera bersiap dengan bekal semaksima mungkin untuk menghadapi hari tersebut.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net