Judul: Keutamaan Ilmu Salaf Berbanding Ilmu Khalaf | Judul Asal (‘Arab): Fadhlu Ilmi Salaf ‘ala Ilmi Al-Khalaf | Penulis/Penyusun: Al-Imam Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) | Tahqiq/Takhrij: Yahya Mukhtar Ghazzawi | Penterjemah: Ustaz Suryadi bin Marzuki Bernon | Penerbit: Pustaka Ilmu Salaf | Berat: 365g | Muka Surat: 165m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 22.5 cm (tinggi) x 15.2 cm (lebar) x 1.1 cm (tebal) | ISBN: 978-967-14431-2-5 |
Buku di tangan pembaca ini merupakan risalah ringkas, padat dan penuh dengan mutiara mengenai ilmu yang diwarisi oleh generasi salaf. Secara umum mereka membahagikan ilmu kepada dua, pertama ilmu yang bermanfaat, dan kedua ilmu yang tidak bermanfaat.
Ilmu yang bermanfaat akan membawa kepada kefahaman yang lurus dan amalan yang soleh, yang akan membantunya menuju ke Syurga, yakni ilmu yang menjadikannya tunduk serta mendekatkan dirinya kepada Allah secara benar. Ia adalah ilmu yang bersumber dari Al-Qur’an, dan As-Sunnah yang sahih serta mengikut kefahaman para salaf. Sebaliknya, ilmu yang tidak bermanfaat adalah ilmu baru yang tidak pernah didengari dan difahami serta diamalkan oleh generasi awal Islam sehingga membawa kepada kefahaman yang menyimpang dan sia-sia, seraya menjauhkan pengamalnya dari Syurga, atau mengurangi kedudukannya dari sisi Allah di akhirat.
Buku ini juga menjelaskan perkara-perkara dasar yang harus diketahui bagi seorang muslim, pendakwah, penuntut ilmu yang beramal dengan ilmunya, dan ahli ibadah yang ingin mencapai kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Selain itu, buku ini memaparkan bentuk-bentuk kerosakan dan perpecahan yang berlaku akibat dari perbuatan menokok tambah sesuatu yang baru ke dalam agama, lalu ia disandarkan atas nama Islam sehingga ramai masyarakat Islam yang terpedaya, dan mereka mengamalkannya dengan anggapan ia sebahagian dari bentuk amalan yang baik lagi soleh. Buku ini juga menjelaskan di antara bentuk perbuatan yang sia-sia adalah memperpanjang perkataan, penulisan, dan menyibukkan diri ke dalam perdebatan tentang agama.
Dapat dirangkumkan, buku ini menjelaskan keutamaan dan kewajiban kita untuk kembali berpegang-teguh dengan manhaj salaf, iaitu manhaj para sahabat, tabi’in, dan tabi’ at-tabi’in, yang dengannya akan memuliakan dan menyatukan kembali kaum muslimin.
Semoga dengan hadirnya edisi terjemahan buku ini, ia akan mampu diambil manfaatnya oleh lebih ramai lagi dari kaum muslimin di sini.