Judul: Bangkit dan Runtuhnya Daulah Zankiyah | Judul Asal (‘Arab): Ashar Ad-Daulah Az-Zankiyyah wa Najah Al-Masyru’ Al-Islami Bi Qiyadah Nuruddin Mahmud Asy-Syahid Fi Muqawamah At-Taghalghul Al-Bathini Wa Al-Ghazw Ash-Shalibi | Penulis/Penyusun: Dr. ‘Ali Muhammad Ash-Shallabi | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Masturi Irham, L.c & Muhammad Aniq | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar| Berat: 1298g | Muka Surat: 939m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.5 cm (tinggi) x 16.1 cm (lebar) x 4.3 cm (tebal) | ISBN: 978-979-59257-42-6 |
Daulah Zankiyah merupakan sebahagian dari sejarah penting kaum Muslimin yang tidak boleh dilupakan. Sebab ia merupakan kelengkapan sejarah Islam yang sudah ada sebelumnya. Di antara raja-raja muslim soleh yang memimpin Daulah Zankiyah; Aq Sunqur, Imadudin Zanki, Nurudin Zanki, Saifun Ghazi, dll..., mereka adalah tokoh-tokoh besar yang telah menempa sejarah besar.
Mungkin ramai yang masih belum mengenal raja-raja muslim tersebut, mungkin kerana mereka tidak melakukan penaklukan secara besar-besaran terhadap wilayah musuh sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Muhammad Al-Fatih ke atas Konstantinopel atau Shalahuddin Al-Ayyubi ke atas Al-Quds. Tetapi apa yang telah mereka lakukan boleh jadi jauh lebih penting dan besar. Sebab merekalah yang meletakkan dasar-dasar kemenangan bagi Shalahuddin Al-Ayyubi setelah 13 tahun kemudian beliau mampu membebaskan Al-Quds.
Pengakuan akan kehebatan mereka pernah direkodkan oleh Al-Imam Ibnu Al-Atsir rahimahullah (Wafat: 606H), seorang tokoh bahasa dan sejarah Islam. Kata Ibn Al-Atsir:
“Aku telah meneliti sejarah para raja Islam zaman dahulu hingga hari ini. Aku tidak menemukan, setelah Khulafa’ Ar-Rasyidin dan ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz, yang lebih baik perilakunya daripada raja yang adil benarma Nuruddin Az-Zanki, tidak ada yang lebih berusaha keras untuk berbuat adil dan insaf berbanding beliau. Malam dan siangnya pendek untuk keadilan yang disebarkannya, jihad yang dipersiapkannya, kezaliman yang dihapusnya, ibadah yang dilakukannya, kebaikan yang dilakukannya dan kenikmatan yang dia sebarkan…”
Buku dengan judul (terjemahan) “Bangkit & Runtuhnya Daulah Zankiyah” ini ditulis oleh seorang ahli ilmu dan pengkaji sejarah, DR. ‘Ali bin Muhammad Ash-Shallabi. Beliau membahas tentang asal-usul Daulah Zankiyah, hubungannya dengan kekhalifahan Bani ‘Abbasiyah dan Bani Saljuk, perjuangan mereka melawan pasukan Salib dan Daulah Fathimiyyah yang berhaluan Syi’ah, peranan Syaikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani dan para ulama lainnya dalam mengobarkan api jihad pada masa itu, faktor-faktor yang mendorong Daulah Zankiyah bangkit lalu kemudian runtuh, serta pelbagai tema menarik lainnya. Semoga dengan kehadiran buku ini dapat memenuhi dahaga para pencinta sejarah Islam.
Semoga bermanfaat.