Judul: 100 Keyakinan Jahiliyyah yang Ditentang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam | Judul Asal (‘Arab): Masa’il Jahiliyah al-lati Khalafa fi ha Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ma ‘alaihi Ahlu al-Jahiliyah | Penulis/Penyusun: Muhammad bin ‘Abdul Wahhab rahimahullah (Wafat: 1206H) | Tahqiq/Takhrij: Al-‘Allamah Mahmud Syukri Al-Alusi Al-Baghdadi | Penterjemah: Ustaz ‘Abdurrahman Nuryaman | Penerbit: Pustaka Imam Bonjol | Berat: 361g | Muka Surat: 296 m/s (Soft cover) | Ukuran buku: 20.9 cm (tinggi) x 14.4 cm (lebar) x 1.6 cm (tebal) | ISBN: 978-602-7052-80-2 |
Ini adalah satu lagi edisi terjemahan karya Asy-Syaikh Muhammad Ibn Abdil Wahhab rahimahullah (Wafat: 1206H).
Beliau adalah Tokoh pembaharu (tajdid) yang telah banyak berjasa. Dakwah dan karya-karyanya telah menjadi faktor yang menyatukan pelbagai wilayah menjadi sebuah daulah tauhid. Dan daulah ini sampai ke hari ini masih terus berkhidmat untuk seluruh kaum muslimin, menjaga dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah.
Buku beliau yang penuh manfaat ini berjudul Masa’ilul Jahiliyyah Allati Khalafa fi ha Rasulullah ma ‘alaihi Ahlul Jahiliyyah. Ia adalah sebuah karya yang disusun dalam rangka menghimpun dan menjelaskan hakikat kebathilan karektor dan sifat² jahiliyyah yang telah jelas ditentang oleh Allah dan Rasul-Nya (Al-Qur'an dan As-Sunnah).
Namun sangat mengerikan bila semua itu masih banyak dipegang dan terzahir dalam kehidupan seharian kebanyakan dari kaum muslimin pada hari ini! Yang mana perkara ini termasuk hal-hal yang menjadi sebab kemunduran dan kesesatan.
Ada sekitar 100 sifat dan karektor telah dikumpulkan di buku setebal 300 halaman ini, dan di antaranya adalah semisal,
. ..
Berdoa kepada orang-orang soleh,
Berpecah-belah dan saling berebut kuasa,
Taqlid buta,
Mengamalkan amalan yang bathil dengan alasan ianya warisan nenek-moyang,
Mengingkari taqdir dan hikmah kebijaksanaan Allah,
Mengingkari kebenaran yang berada di selain pihak mereka,
Menolak kebenaran kerana berlawanan dengan pegangan majoriti,
Meremehkan kebenaran kerana tidak ramai yang mengikuti,
Mempercayai kuasa bomoh dan tangkal,
Menafsirkan dalil dengan tanpa disiplin,
Tidak malu dan berbangga membuka aurat,
Menganggap hal yang haram sebagai ibadah dan berpahala,
Memaksumkan tokoh,
Berdebat tanpa ilmu,
Mempelajari kebenaran untuk mengingkarinya,
Melabel para pembela kebenaran dengan label-label yang buruk,
Mereka cipta amal ibadah yang tidak pernah dicontohkan Nabi,
Menjadikan kuburan sebagai tempat ibadah dan keramat,
Berbangga dengan nasab sendiri dan merendahkan nasab orang lain,
Berbangga kerana konon berketurunan Nabi,
Mencintai dunia dan berbangga dengan harta,
Merendahkan orang-orang miskin,
Berkata atas nama Allah tanpa ilmu (dalil),
Dan masih banyak lagi yang lainnya.
.
.
Kenapa kita harus mengetahui masalah atau perkara-perkara ini semua? Ya, apabila kita memahami dan mengetahuinya dengan baik, kita akan tahu yang bathil itu adalah kebathilan! Dan itu adalah sebahagian dari sebab-sebab keselamatan.
Maka kita pun akan mampu untuk berwaspada sekaligus mengelak dari terjerumus ke dalam hal-hal yang kita tiada ilmu terhadapnya sedang ianya termasuk hal yang besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Dalam masa sama, ianya menjadi penjelas atas apa yang kita pegang dan beriman di atasnya. Berikutnya, ia pun dapat menjadi hujah dan dalil untuk kita sampaikan kepada yang lainnya untuk turut sama-sama menjauhi dan segera berlepas diri dari hal yang bathil tersebut, yakni amalan-amalan dan kepercayaan-kepercayaan jahiliyyah yang telah diingkari oleh Allah dan Rasul-Nya.
Semoga bermanfaat.