Judul: Panduan Lengkap Ilmu Tajwid, Kaidah Membaca Al-Qur’an Yang Disusun Secara sistematis dan Aplikatif | Judul Asal (‘Arab): Al-Mulakhkhas Al-Mufid fi Ilmi at-Tajwid | Penulis/Penyusun: Ahmad Muhammad Mu’abbad | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Rosyad Nur Ilyas | Penerbit: Taqiya Publishing | Berat: 256g | Muka Surat: 306 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.3 cm (tinggi) x 14.0 cm (lebar) x 1.5 cm (tebal) | ISBN: 978-602-1430-02-6 |
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
“Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan tartil.” (Surah Al-Muzammil, 73: 4)
Dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ، وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ، وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ، لَهُ أَجْرَانِ
“Orang yang mahir dengan Al-Qur’an itu bersama para Malaikat yang mulia lagi taat. Dan orang yang membaca Al-Qur’an dengan merangkak-rangkak serta kesulitan, baginya dua pahala.” (Shahih Muslim, no. 798)
Al-Imam Ibn Al-Jazari rahimahullah berkata:
“Membaca Al-Qur’an dengan tajwid itu hukumnya wajib. Berdosalah yang tidak memperbaiki bacaan Al-Qur’an, kerana dengan tajwidlah Allah menurunkannya, dan dengan demikianlah Al-Qur’an itu sampai kepada kita. Tajwid juga adalah hiasan dalam membaca Al-Qur’an. Tajwid adalah memberi huruf sesuai haknya, sifatnya, dan hukum-hukum baru yang timbul setelah hak-hak huruf.”
Tidak syak lagi bahawa mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah dan membaca Al-Qur’an bersesuaian dengan tajwidnya adalah fardhu ‘ain bagi setiap muslim dan muslimah.
Atas maksud tersebut, penulis telah menghimpun pengalamannya mengajar ilmu tajwid selam 40 tahun di mesir dan madinah ke dalam buku ini. Kandungan susunannya yang lengkap, penyusunan yang sistematik dan praktikal, dan disertakan pula dengan contoh-contoh yang jelas bagi setiap penjelasan. Latihan-latihan dan jawabannya di setiap akhir perbahasan juga turut disertakan.
Selain itu, penulis buku ini merupakan tokoh yang memang dikenal dan manpan dalam bidangnya. Beliau adalah Muhammad Ahmad Mu’abbad, Pengajar Al-Qur’an dan ilmu tajwid di masjid Nabawi (Madinah), yang memiliki sanad bacaan sehingga Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Maka, tidak berlebihan jika buku ini dijadikan pegangan dan rujukan bagi kita semua, dari kalangan orang awam hingga ke para penuntut ilmu dan pengajar Al-Qur’an.
Tajwid adalah ilmu yang mulia, kerana seorang Muslim dituntut untuk membaca Al-Qur’an setiap hari, minima dalam solat sehari semalam. Demikian pula orang yang ahli dalam ilmu ini akan masuk Syurga bersama para malaikat yang mulia.
Semoga bermanfaat.