Judul: 1 Jam Belajar Mengurus Jenazah | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Al-Ustaz Arif Fathul Ulum | Tahqiq/Ta’liq: Penulis | Syarah: Penulis | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Pustaka Dhiya’ul Ilmi | Berat: 163g | Muka Surat: 130m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.4cm (tinggi) x 14cm (lebar) x 0.7cm (tebal) | ISBN: 978-602-8013-24-6 |
Ini adalah sebuah buku bimbingan dalam pengurusan jenazah dengan kadar perbahasan yang agak sederhana, mudah, dan komprehensif dalam bab-nya.
Alhamdulillah, secara keseluruhannya ia adalah buku yang mudah difahami dan jelas pula penerangannya dengan disertakan dalil-dalil Al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih.
Ianya memuatkan aspek teori, ilmiyah dengan dalil-dalil rujukan, dan dilengkapi bimbingan tatacara praktikal menguruskan jenazah. Dilengkapi dengan gambar-gambar ilustrasi dan bimbingan yang praktikal.
Jika anda mahukan cara yang selaras dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah serta mampu difahami dengan cepat dan mudah, insyaAllah inilah bukunya.
Saudara-saudara sekalian... Betapa ramai yang masih tidak mengetahui tatacara menguruskan jenazah dengan betul pada hari ini. Sedangkan ia bukanlah ilmu yang patut diambil ringan, sebaliknya termasuk tuntutan fardhu kifayah. Ditambah pula kebanyakan dari mereka yang tahu serba-sedikit tentangnya pun tidak lepas dari melakukan pelbagai amalan yang menyimpang dari Islam seperti dicemari tokoh-tambah, bid’ah, menyelisihi sunnah, dan mengandungi kesalahan-kesalahan.
Maka atas alasan tersebut, setiap dari kita berkewajiban mempelajari dan mamahaminya dari sumber ilmu yang benar seraya berusaha untuk mampu mempraktikkannya dan menyebarkannya. Khasnya terhadap ahli keluarga, saudara-kerabat terdekat, atau jiran-tetangga.
Jangan sampai kelak amalan pengurusan jenazah ini dijadikan sebagai jalan mencari keuntungan dan perniagaan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab disebabkan sudah semakin sedikit masyarakat yang mampu melaksanakannya.
Semoga dengan hadirnya buku ini, bukan lagi alasan untuk kita tidak memahami perkara yang sangat penting ini, yakni pengurusan jenazah yang bersesuaian dengan bimbingan Sunnah. Semoga kehadiran buku ini membantu dan mendorong para pembaca sekalian untuk memahami dan mempelajari amalan yang penting dan mulia ini.
Di antara kandungan perbahasannya adalah:
1, Amalan, adab, dan Sunnah-sunnah di saat menghadapi kematian.
2, Bimbingan pengurusan jenazah (dari saat kematian, memandikan, mengkafankan, menyolatkan, sampailah ke pengebumian).
3, Memahami hakikat ta’ziyah.
4, Perkara-perkara yang bermanfaat buat si mati.
5, Sunnah dan adab-adab ziarah kubur.
6, Perkara yang dilarang di kuburan.
Semoga bermanfaat.