Judul: Bagaimana Seharusnya Kita Mentafsirkan Al-Qur’an?| Judul Asal (‘Arab): Kaifa Yujibu ‘alaina an Nufassira Al-Qur’an Al-Kariim | Penyusun/Penulis: Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) | Syarah: Asy-Syaikh Al-Albani | Takhrij/tahqiq: - | Penterjemah: Ahmad Jauzi Hairulamri bin Amir| Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd. | Berat: 84g | Muka Surat: 48 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 21cm (tinggi) x 15cm (lebar) x 0.4cm (tebal) | ISBN: 978-967-14431-0-1 |
Risalah “Bagaimana seharusnya kita mentafsirkan Al-Quran Al-Karim?” ini merupakan koleksi soalan yang diajukan kepada Asy-Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani rahimahullah, yang kemudiannya dijawab oleh beliau melalui rakaman audio. Salinan teks dari rakaman tersebut kemudian dicetak dan diserahkan kepada Syaikh Al-Albani, lalu beliau memberikan penjelasan ringkas (ta’liq) pada cetakan tersebut dengan tulisan tangan beliau.
Risalah ini sangat penting untuk disebarkan, agar orang ramai dapat menggali manfaat darinya. Semoga Syaikh Al-Albani mendapat ganjaran pahala di kuburnya atas ilmu yang dikongsikan ini.
Risalah ini mengajarkan kepada kita asas-asas dan kaedah-kaedah yang kita perlu tahu jika kita ingin mentafsirkan atau memahami Al-Qur’an dengan cara yang yang benar dan diredhai Allah Ta’ala, berdasarkan kepada syari’at Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam serta bersesuaian dengan kefahaman para pengikut Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari kalangan manusia terbaik iaitu para sahabat baginda, kemudian para tabi’in yang mengikut jalan sahabat, semoga Allah meredhai mereka semuanya.
Meskipun risalah ini kecil, namun di dalamnya terkandung kaedah-kaedah umum yang dapat memandu setiap muslim agar tergolong dalam kelompok yang selamat. Risalah ini juga mengandungi kaedah-kaedah yang perlu digenggam erat dan diamalkan oleh seorang muslim, sehingga ia dapat membawanya ke jalan yang benar, contohnya sebuah kaedah yang berbunyi (setiap kali suatu bid’ah dihidupkan, maka akan matilah suatu Sunnah). Selain itu, banyak lagi kaedah-kaedah penting yang lain yang anda boleh dapatkan melalui risalah ini. Semoga Allah mengampuni dosa Syaikh Al-Albani. Beliau adalah seorang ulama yang luas ilmu pengetahuannya tentang syari’at Islam dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Benarlah firman Allah Ta’ala:
“Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kalian) beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadilah, 58: 11)
Semoga Allah merahmati Syaikh Al-Albani dan membalas budi orang-orang yang menyebarkan ilmu beliau dengan balasan yang baik, semoga kitab ini bermanfaat bagi kaum muslimin yang membacanya.