Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tarikh Khulafa, Sejarah Pemimpin-pemimpin Islam

Tarikh Khulafa, Sejarah Pemimpin-pemimpin Islam
Product Code: Pustaka As-Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 19.4 x 4

ISBN: 9789793913926
Availability: In Stock
Price: RM110.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tarikh Khulafa, Sejarah Pemimpin-pemimpin Islam | Judul Asal (‘Arab): Tarikh Khulafa’ | Penyusun/Penulis: Al-Imam As-Suyuthi rahimahullah | Takhrij/tahqiq: Syaikh Muhammad bin Ahmad ‘Isa | Penterjemah: Musthofa Jaman | Penerbit: Pustaka As-Sunnah | Berat: 1.6kg | Muka Surat: 767 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.7cm (tinggi) x 19.4cm (lebar) x 4cm (tebal) | ISBN: 978-979-3913-92-6 |


Memahami sejarah dan peradaban generasi manusia terdahulu termasuk salah satu bidang ilmu yang sangat penting. Melaluinya kita mampu memahami sumber datangnya ilmu, mengenal tokoh-tokoh kebaikan, mendalami letak duduk permasalahan, serta mampu mengambil pelbagai pelajaran, pengajaran, teladan, dan iktibar.

Tarikh Khulafa’ karya Al-Imam As-Suyuthi ini menghimpunkan petikan-petikan sejarah penting para pemimpin Islam. Ianya bermula dengan sejarah empat khalifah agung dunia Islam yang khalifah Ar-Rasyidin; Abu Bakr, ‘Umar, ‘Utsman, dan ‘Ali. Kemudian diikuti oleh para pemimpin bani Umayyah dan beberapa khalifah yang bersikap tirani di ‘Iraq dan Mesir.

Di dalamnya juga terkandung kisah-kisah pendek berkaitan beberapa negara Islam yang berdiri di daratan Andalusia serta beberapa wilayah-wilayah kecil lainnya. Buku ini termasuk buku yang tidak boleh diambil ringan oleh para pengkaji sejarah kerana sebagaimana disampaikan oleh penulis, buku ini diambil dan dirumuskan dari pelbagai sumber-sumber rujukan yang manpan.

Al-Imam As-Suyuthi mengatakan, “Aku menyusun peristiwa-peristiwa ke dalam buku ini dengan berpandukan pada peristiwa-peristiwa yang terakam dalam Tarikh Al-Islam oleh Adz-Dzahabi hingga 700H. Kemudian aku juga merujuk kepada peristiwa-peristiwa di Tarikh Ibnu Katsir (Al-Bidayah wan-Nihayah) hingga tahun 738H. Aku juga merujuk pada Al-Masalik dan Tarikh Baghdad (oleh Ibn ‘Asakir) hingga tahun 37H sebagaimana aku juga merujuk pada Anba’ Al-Ghomar karya Al-Hafiz Ibn Hajar hingga tahun 850H.

Selain itu, aku merujuk pada Tarikh Baghdad oleh Al-Khathib yang terdiri dari 10 jilid kitab, Tarikh Dimasyq oleh Ibn ‘Asakir yang terdiri dari 57 jilid, Al-Auraq oleh Ash-Shuli yang terdiri dari 7 jilid, Al-Hilyah terdiri dari 9 jilid, Al-Mujalasah karya Ad-Dainuri, Al-Kamil karya Al-Mubarrad yang terdiri dari 2 jilid, dan Al-Amali karya Tsa’lab dalam 1 jilid diiringi beberapa rujukan-rujukan yang lainnya.”

Semoga dengan hadirnya edisi terjemahan buku ini mampu memberi manfaat yang baik buat para pengkaji dan pembaca.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net