Judul: Para Panglima Islam Penakluk Dunia | Judul Asal (‘Arab): Abthalul Fathil Islam | Penyusun/Penulis: Muhammad ‘Ali | Takhrij/tahqiq: Penulis | Penterjemah: Umar Mujtahid | Penerbit: Ummul Qura | Berat: 1.2kg | Muka Surat: 527 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.7cm (tinggi) x 17.7cm (lebar) x 3.9cm (tebal) | ISBN: 978-602-7637-51-1 |
Meluasnya dakwah Islam tak terlepas dari peranan besar para panglima Islam. Mereka memiliki satu tujuan:
“Membebaskan manusia dari penghambaan kepada para tirani menuju penghambaan kepada Allah semata-mata.”
Dengan keberanian, kekuatan, dan keyakinan terhadap kemuliaan misi suci yang dibawanya, para panglima Islam berjaya menaklukkan banyak wilayah-wilayah baru.
Mungkin tak terbayangkan sebelumnya bahawa dua empayar gergasi dunia yakni Romawi (Bizantium/Kaisar) dan Empayar besar Parsi telah tewas di bawah kekuatan pasukan Islam. Bukan hanya tewas, tetapi bahkan telah hancur dan runtuh ranap lalu digantikan dengan negara Islam meliputi Parsi, ‘Iraq, Syam, Ciprus, Turki, Mesir, sampailah ke Maghribi yang terbentang dari Libya hingga Mauritania di pesisir Samudera Atlantik dalam waktu sesingkat 18 tahun.
Kisah gemilang penaklukkan para panglima Islam terus berlangsung sepanjang kurun tiga khilafah-Umawiyyah, ‘Abbasiyyah, dan ‘Ustmaniyyah. Pada masa itu pula sebahagian wilayah Eropah (Spanyol, Portugal, Prancis, Sisilia, Balkan, Eropa Tengah), bahkan pedalaman Afrika dan Asia Tengah turut berjaya dinaungi dengan naungan kasih-sayang dan keadilan Islam.
Buku ini merangkum kisah dua puluh panglima Islam yang mana sejarahnya telah tertulis dengan tinta emas. Terdapat nama-nama besar seperti An-Nu’man bin Muqarrin, ‘Uqbah bin Naafi’, Saifuddin Quthuz, Rukhudin Baibars, Nurudin Az-Zanki, Shalahudin Al-Ayyubi, Muhammad bin Qasim, Qutaibah bin Muslim, Musa bin Nushair, Thariq bin Ziyad, ‘Abdurrahman Al-Ghafiqi, Yusuf bin Tasyfin, sampailah kepada Muhammad Al-Fatih.
Kelebihan buku ini ada pada kepiawaian penulis dalam memaparkan jalinan fakta sejarah menjadi sebuah jalan cerita yang menarik dengan gaya bahasa sastera, namun tanpa kehilangan pijakan sumber rujukan untuk dipertanggungjawabkan.
Membacanya seakan terasa dibawa ke situasi zaman mereka, penuh dengan perasaan bangga dan haru. Kerananya, buku ini sesuai untuk menjadi bacaan para pemuda mahupun orang tua dan para guru dalam membina karektor generasi harapan umat.
Semoga bermanfaat.