Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kisah-Kisah Sahabat Cilik Rasulullah (Siri Buku Kanak-kanak)

Kisah-Kisah Sahabat Cilik Rasulullah (Siri Buku Kanak-kanak)
Kisah-Kisah Sahabat Cilik Rasulullah (Siri Buku Kanak-kanak)
Terbitan: Perisai Quran
Product Code: Perisai Quran Kids
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.3 x 24.2 x 1.7

ISBN: 9786029475821
Availability: In Stock
Price: RM80.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kisah-Kisah Sahabat Cilik Rasulullah (Siri Buku Kanak-kanak) | Judul Asal (‘Arab):  - | Penulis/Penyusun: Nizar Sa’ad Jabal Lc. Mpd /Nurdin Apud Sarbini Lc. | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Penyusun | Penerbit: Perisai Quran Kids | Berat: 780g | Muka Surat: 1 Set lengkap dengan 7 jilid Buku (Soft cover, halaman penuh berwarna) | Ukuran buku: 20.3 cm (tinggi) x 24.2 cm (lebar) x 1.7cm (tebal) | ISBN: 978-602-9475-82-1 |


Ketika kita membaca sejarah perjalanan dakwah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kita dapati pada tahun ke-2 Hijriyyah terjadi jihad yang pertama kali, iaitu perang Badar. Kemudian, pada tahun ke-3 Hijriyah, terjadi pula perang Uhud. Dalam kedua-dua peperangan tersebut, ada kejadian yang menarik perhatian kita semua, iaitu adanya beberapa anak kecil yang berusaha untuk ikut serta dalam jihad tersebut. Mereka menyelinap di tengah-tengah pasukan dewasa. Tetapi penglihatan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentu tidak akan terlepas dari mereka. Akhirnya, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menemui mereka dan meminta mereka untuk kembali ke Madinah. Maknanya, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang mereka turut serta dalam peperangan tersebut.

Menjadi sebuah pertanyaan besar di benak kita semua, apa yang menjadikan anak-anak kecil itu berani ikut berperang dan berjihad? Adakah mereka itu hanya ikut-ikutan saja, atau ada suatu kekuatan yang menjadikan mereka memiliki keberanian yang besar?

Mungkin, kita boleh mengatakan bahawa mereka tidak hanya ikut-ikutan saja kerana hal itu bukan watak dan tabiat mereka. Jadi, kita menyakini bahawa mereka memiliki keberanian yang besar kerana iman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang tertanam di hati mereka begitu kuat. Apa rahsia di balik itu semua? Usia yang lazimnya akan banyak dipenuhi dengan bermain bersama teman sebaya mereka, namun mereka menjadi anak-anak yang luar biasa. Kehidupan dakwah dan jasa-jasa mereka terhadap Islam tidak mampu kita ungkapan dengan sebuah kata-kata. Kita hanya mampu menyampaikan pujian-pujian Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada mereka berupa jaminan Syurga.

Oleh kerana itu, tidak berlebihan jika kita mengatakan kepada anak-anak kita bukan hanya sekadar, atau seharusnya, atau selayaknya, atau lebih baik..., tetapi bahkan wajib dan penting bagi mereka untuk membaca kisah-kisah kehidupan anak-anak kecil tersebut. Kehidupan anak-anak ini dicatat dengan tinta emas oleh para ulama. Hal ini menunjukkan betapa hebat dan tingginya kedudukan meraka sehingga meraih kemuliaan tersebut.

Atas perkara tersebut, penerbit Perisai Qur’an telah menerbitkan “Kisah-Kisah Sahabat Cilik Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam”.

Edisi ini terdiri dari 7 kisah sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka itu adalah Hasan bin ‘Ali, Husain bin ‘Ali, ‘Abdullah bin ‘Abbas, ‘Abdullah bin ‘Umar, ‘Abdullah bin Az-Zubair, Usamah bin Zaid, dan Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhum.

Harapan kami, semoga kisah perjalanan kehidupan mereka mampu menjadi suri teladan dan memberikan pelajaran yang besar untuk anak-anak kita, agar mereka benar-benar menjadi anak-anak yang sholeh dan sholehah. Anak-anak yang berbakti kepada ibu/bapa, taat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, serta mendapat redha Allah Subhanahu wa Ta’ala. Aamiin.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net