Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tahdzib Sirah Ibnu Hisyam

Tahdzib Sirah Ibnu Hisyam
Terbitan: Al Qowam
Product Code: Al-Qowam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 17.9 x 2.5

ISBN: 9786028417594
Availability: In Stock
Price: RM50.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tahdzib Sirah Ibnu Hisyam | Judul Asal (‘Arab): Tahdzib Sirati Ibni Hisyam | Penulis/Penyusun: Abdussalam Muhammad Harun | Tahqiq/Takhrij: Abdussalam Muhammad Harun | Penterjemah: Irwan Raihan | Penerbit: Al-Qowam | Berat: 859g | Muka Surat: 448 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 25.0cm (tinggi) x 17.9cm (lebar) x 2.5cm (tebal) | ISBN: 978-602-8417-59-4 |


Sejarah tdak pernah dikenal pada masa jahiliah, kecuali penuturan dari mulut ke mulut. Karektor sejarah pada waktu itu sesuai dengan karektor kehidupan bangsa ‘Arab. Di dalamnya terdapat kebanggaan kepada nenek moyang, seperti kepahlawanan, kedermawanan, dan kesetiaan pada janji. Di dalamnya ada kisah-kisah, seperti cerita tentang sejarah Ka’bah dan penjagaannya, Zamzam dan kemunculannya, khabar-khabar tentang Jurhum dan para pemimpin Quraisy, usaha menutup pelbagai keperluan yang muncul sehingga orang-orang menjadi berpencar-pencar tempat tinggalnya di negeri itu, khabar tentang para dukun dan keberanian mereka, serta kisah lain yang semisal itu yang melukiskan kehidupan mereka secara sosial, politik, dan keagamaan.

Islam datang ketika cerita-cerita itu masih dituturkan. Cerita-cerita itu masih disampaikan sebagai warisan turun-temurun. Kemudian para sejarawan memperoleh bahan sejarah yang melimpah sumbernya dan luas cakrawalanya melalui kemunculan dakwah Islam, isyarat-isyarat kenabian yang mendahuluinya, kehidupan awal Sang Rasul dan pertumbuhannya yang mulia. Serta berita-berita selanjutnya tentang perkembangan risalah Nabi dan keadaan kaum muslimin dari kalangan sahabat-sahabat Rasulullah, khabar tentang musuh-musuh Rasulullah, kisah hidup Rasulullah di tengah kaum muslimin, kaum musyrik, orang-orang Nasrani, dan orang-orang Yahudi. Para sejarawan pun saling menyampaikan pelbagai cerita itu di antara mereka melalui penuturan mulut ke mulut juga. Al-Qur’an Al-Karim, hadis Nabi, dan ucapan sahabat Nabi merakam dengan baik tata-kehidupan tersebut.

Al-Qur’an ditulis, tetapi sebaliknya bagi hadis-hadis Nabi, dalam kurun waktu yang cukup lama tidak ditulis sehingga banyak orang tidak mengetahuinya kecuali riwayat yang sudah diyakini kesahihannya. Tidak seorang pun berani menulis hadis secara umum, sebagai bentuk perlaksanaan dari apa yang temaktub pada hadis Abu Sa’id Al-Khudri, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Janganlah kalian menulis dariku kecuali Al-Qur’an. Sisiapa yang terlanjur menulis sedikit saja dariku selain Al-Qur’an, hendaklah menghapusnya.”

Hikmah mengenai hal ini sangat jelas, iaitu bimbang tercampurnya wahyu Allah (Al-Qur’an) dengan hadis-hadis Rasulullah pada saat wahyu masih turun. Jelas bahawa perintah ini hanya dimaksudkan untuk menjaga Al-Qur’an Al-Karim kerana waktunya bertepatan dengan waktu turunnya Al-Qur’an.

Keadaan ini berterusan sehingga pada masa kekhilafahan ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz rahimahullah, yang memegang tampuk pemerintahan dari tahun 99 hingga 101 H. Para ahli sejarah menyebutkan bahawa ‘Umar bin Abdul ‘Aziz melakukan solat Istikharah selama empat puluh hari untuk memutuskan penulisan berkaitan hadis-hadis. Akhirnya, Allah memilihkan keputusan itu untuknya. Beliau mengizinkan Abu Bakr bin Muhammad bin ‘Amru bin Hazm untuk menulis hadis. Bermulalah beliau menulis hadis-hadis yang beliau hafal ke dalam sebuah kitab yang dikirim ke seluruh negeri. Abu Bakr adalah qadhi sekaligus Gubernur di Madinah. Beliau wafat pada tahun 20H.

Di samping itu, ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz juga memerintahkan kepada Muhammad bin Muslim bin Syihab Az-Zuhri, guru Imam Malik, untuk menuliskan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau pun menyusun sebuah kitab yang berisi hadis Nabi.

Kaum muslimin sesudah itu pun, mulalah menulis dan menyusun kitab-kitab hadis. Kitab karya mereka tidak diatur dengan sistematika khusus dalam penyusunan dan urutannya. Bahkan mereka mengumpulkannya sebagaimana yang sudah mereka sepakati. Kadang-kadang salah seorang di antara mereka menulis satu kitab yang bertutur tentang satu bab Syari’at secara khusus.

Selanjutnya, penyusunan kitab-kitab hadis ini meningkat kualitinya secara bertahap sehingga para penulis kitab mula menuliskan bab-bab tertentu pada kitab-kitab hadis dan mengklasifikasi kitab-kitab hadis dengan bab-bab khusus yang berkenaan dengan khabar Rasulullah yang biasa mereka perbincangkan, yakni perkara kelahiran beliau, penyusuan beliau, serta masa dan fasa-fasa perkembangan berikutnya, hingga diutusnya beliau sebagai Rasul.

Selanjutnya, mereka juga memisahkan keadaan beliau sesudah itu di Makkah, yakni dakwah beliau kepada kaum Quraisy untuk mengajak mereka  memeluk agama Allah. Kesabaran dan ketabahan beliau menghadapi gangguan mereka terhadap beliau dan sahabat beliau. Para ulama juga menyampaikan berita tentang pelbagai ghazwah dan dana sariyah serta hal-hal serupa yang terkait dengan urusan jihad.

Para ulama ahli sejarah, pada jalan yang lainnya, menyusun kitab umum tentang tarikh. Salah seorang di antara mereka secara khusus menuliskan sejarah (tarikh) kehidupan Rasul yang mulia, untuk memuaskan kecenderungan mereka dalam hal keagamaan, yang terlihat pada diri Rasulullah –yang tidak ragu lagi- adalah teladan kaum muslimin serta petunjuk bagi orang-orang yang mencari petunjuk.

Para Penulis Kitab Sirah

Penulis kitab sirah generasi pertama adalah Urwah bin Az-Zubair bin Al-‘Awam (92H), Aban bin ‘Utsman (105H), Wahbab bin Munabbih (110 H), Syurahbil bin Sa’ad (123H), Ibnu Syihab Az-Zuhri (124 H), dan ‘Abdullah bin Abu Bakr bin Hazm (135 H).

Kitab susunan mereka telah hilang, bahkan lenyap secara total. Tiada yang tersisa kecuali sisa-sisa yang terserak atau ternukil di beberapa kitab tarikh, seperti Tarikh Ath-Thabari. Di samping itu, sepenggal dari kitab Wahhab bin Munabbih disimpan di kota Heidelberg, di Jerman.

Kemudian, penulis di generasi berikutnya, beberapa yang terkenal antaranya adalah Musa bin Uqbah (141 H), Ma’mar bin Rasyid (150 H), dan Muhammad bin Ishaq (152 H).

Generasi berikutnya, di antaranya adalah Ziyad Al-Baka’i (183 H), Al-Waqidi penulis kitab Al-Maghazi (207 H), Ibnu Hisyam (218H), dan Muhammad bin Sa’ad penulis kitab Ath-Thabaqat (230 H).

Sirah Ibnu Ishaq

Sirah Muhammad bin Ishaq, merupakan kitab sirah paling tinggi kedudukannya dan paling kuat darjat periwayatannya. Beliau memulakan penulisannya pada awal masa kekuasaan Dinasti Bani ‘Abbas. Orang-orang menuturkan bahawa Ibnu Ishaq datang menemui Khalifah Al-Manshur di Baghdad. Saat berhadapan dengan puteranya, yakni Al-Mahdi, Al-Manshur bertanya pada Ibnu Ishaq, “Kenalkah kamu dengan orang ini, wahai Ibnu Ishaq??” Ibnu Ishaq menjawad, “Ya, beliau putera Amirul Mukminin.” Al-Manshur berkata, “Pergi dan susunkanlah sebuah kitab untuknya yang membahaskan sejarah sejak Allah menciptakan  Adam ‘alaihis Salam sampai sekarang.”

Ibnu Ishaq kemudian pergi dan menyusun kitab untuk Al-Mahdi. Ketika kitab tersebut selesai disusun, Al-Manshur berkomentar, “ Wahai Ibnu Ishaq, engkau telah menulis kitab terlalu panjang. Pergi dan ringkaskanlah kitabmu.” Akhirnya, kitab yang besar itu disimpan di almari Amirul Mukminin.

Sirah Ibnu Hisyam

Sepeninggalannya Ibnu Ishaq, muncullah Ibnu Hisyam. Beliau menyajikan kitab Sirah Ibnu Ishaq ini kepada kita dengan susunan yang rapi dan dilengkapi dengan komentar ilmiyah setelah menyusunnya selama kurang lebih setengah abad, melalui perantara seorang tokoh yang lain, yakni Ziyad Al-Baka’i.

Kitab Ibnu Ishaq yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam belumlah sebaik yang ada di hadapan kami sekarang ini. Kerana Ibnu Hisyam menyampaikan sisi-sisi sirah Ibnu Ishaq dengan banyak editing, peringkasan, penambahan, adakalanya dengan kritikan, serta adanya pertentangan dengan pelbagai riwayat lain yang juga disampaikan oleh para ulama. Beliau menyertakan pada awal kitab sirah ini sejumlah metode dalam meriwayatkan kitab ini.

Walaupun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa Ibnu Hisyam tetap memegang teguh amanat dan kesungguhan dalam meriwayatkan kitab Ibnu Ishaq. Beliau tidak mengubah satu kata pun darinya. Beliau juga tidak menambah satu kata pun untuk menjelaskan suatu kesalahan atau untuk menjelaskan sesuatu yang kurang jelas, atau adanya riwayat-riwayat yang bertentangan, kecuali beliau memulakan penyebutan atau nukila dengan kalimat:

“Ibnu Hisyam berkata,....”

Peringkasan merupakan tujuan penting dari periwayatan sirah Ibnu Ishaq yang dilakukan oleh Ibnu Hisyam sehingga beliau memadamkan semua riwayat sebelum sejarah Ismail bin Ibrahim, yakni sejak bab bermulanya penciptaan manusia. Demikian juga dengan pelbagai cerita tentang anak-anak Ismail, serta berita yang tidak ada hubungannya dengan sirah sama sekali –yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq-. Ibnu Hisyam juga menghapus sekian banyak sya’ir-sya’ir yang diragukan keabsahan periwayatannya.

Orang yang menela’ah dasar sirah dari riwayat Ibnu Hisyam, pasti akan dapat melihat karektor kesungguhan dan sikap amanahnya, yang menjadi manhaj para ulama kaum muslimin pada masa dahulu.

Kedudukan Sirah Ibnu Hisyam

Betapa pun keadaannya, kitab Ibnu Ishaq adalah pegangan bagi para pembaca kitab sirah sejak dahulu hingga zaman ini. Kita nyaris tidak mendapati seorang pun yang melakukan kajian terhadap sirah Rasul kecuali pasti kitab Ibnu Ishaq menjadi rujukan utamanya.

Sirah Ibnu Ishaq dikenal dalam kalangan ulama sejak masa kemunculannya dengan judul Sirah Ibnu Hisyam, kerana kitab itu berisi riwayat dan koreksi Ibnu Hisyam. Ibnu Khalkan berkata, “Ibnu Hisyam inilah orang yang mengumpulkan sirah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari kitab Al-Maghazi dan kirab As-Siyar karya Ibnu Ishaq. Kemudian beliau menyusun hasil koreksi dan ringkasannya. Inilah kitab sirah dimaksudkan yang ada di tangan masyarakat yang kemudian dikenal dengan judul Sirah Ibnu Hisyam.”

Kitab sirah ini diteliti dan dijaga oleh kalangan ulama peneliti dan pensyarah kitab. Abu Al-Qasim ‘Abdurrahman As-Suhaili (Wafat: 581H) menyusun syarahnya bagi kitab ini dalam kitab-nya yang berjudul Ar-Raudhah Al-Anfi.

Sepeninggalnya, munculnya Abu Dzar Al-Khusyani. Beliau juga menela’ah kitab Sirah Ibnu Hisyam, lalu beliau menulis sedikit kritikan pada kitabnya, Syarh As-Sirah An-Nabawiyyah, yang diterbitkan oleh Dr. Bruno Lech.

Badr Al-Din Muhammad bin Ahmad Al-‘Aini juga ada menulis syarah bagi kitab Sirah Ibnu Hisyam tersebut, lalu ia diberi judul Kasyf Al-Litsam fi Syarhi Sirati Ibni Hisyam, Al-‘Aini menyelesaikan penulisan kitab syarah ini pada tahun 508H.

Dari jalur lain, kita turut dapati ulama lain yang melakukan peringkasan kitab sirah ini. Di antara mereka adalah Burhan Al-Din Ibrahim bin Muhammad, yang dikenal dengan nama Ibn Al-Marhal Asy-Syafi’i. Beliau meringkas sirah Ibnu Hisyam dan menambahkan apa yang beliau anggap kurang, pada sebuah kitab yang tebalnya lapan belas jilid, yang beliau berikan judul Adz-Dzakhirah fi Mukhtasharis Sirah, yang penulisannya selesai pada tahun 611H.

Selanjutnya, Abu ‘Abbas Ahmad bin Ibrahim bin ‘Abdurrahman Al-Wasithi. Beliau meringkasnya menjadi sebuah kitab, yang kemudian beliau berikan judul Mukhtashar Sirati Ibni Hisyam, yang penulisannya selesai pada tahun 711H.

Salah seorang yang menyusun kitab ini dalam bentuk syair adalah Abu Muhammad ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad bin Sa’id Ad-Dumairi Ad-Daraini, yang wafat pada tahun 664H dan Abu Bakr Muhammad bin Ibrahim yang lebih dikenal dengan nama Ibnu Asy-Syahid, yang meniggal dunia pada tahun 793H. Beliau menamakan kitabnya dengan judul Al-Fathul Qarib fi Siratil Habib, yang terdiri dari beberapa belas ribu bait syair.

Nukilan Pandangan Pentahqiq Tahdzib Sirah Ibnu Hisyam

Ketika aku masih berusia muda, aku berusaha berkali-kali untuk membaca kitab yang mulia ini, dari awal hingga akhir. Perkara yang menghalangiku dari usaha tersebut ketika itu adalah aku mendapati adanya banyak perbezaan dan pertentangan yang membingungkan akal dan membosankan sehingga aku hanya membaca beberapa bahagian dari kitab ini secara pantas dilangkau-langkau. Aku melihat kitab ini patut untuk dibaca sebagaimana kebun indah di tengah gurun belantara yang tandus. Aku pun terpesona membacanya kerana adanya keindahan tutur kata dan kemuliaan tujuan.

Sebenarnya, ketika membaca kitab sirah, aku merasakan hal yang mirip dengan yang aku rasakan tatkala membaca kitab Al-Qur’an Al-Karim dan hadis-hadis Rasul, iaitu rasa penghambaan yang jujur, khusyuk, dan khudhu’ (merendahkan diri). Kemungkinan, rahsia yang menjadikan aku biasa membaca kitab sirah adalah kerana ayahku rahimahullah. Beliau seorang ulama yang menyusun kitab sirah. Beliau menyusun kitab ringkas yang berjudul Talkhis Ad-Durusil Awwaliyya fis Siratil Muhammadiyyah. Beliau menyusunnya menjadi tiga puluh pasal. Kitab ini menjadi satu-satunya kitab yang dikaji dalam rentang waktu yang lama di pelbagai madrasah, kerana terdapat salah satu mata pelajaran khusus di sana yang bernama Dars As-Sirah (pengajian sirah).

Walaupun begitu, aku tidak diberi taufiq untuk membaca kitab ini seluruhnya, disebabkan tertib penyusunan yang kurang rapi dan perbahasan yang berjela-jela. Pembaca kitab sirah tersebut akan dihadapkan pada pasal-pasal panjang yang menerangkan tentang nama tawanan Perang Badar, nama kuda milik kaum muslimin di Badar, catatan lengkap tentang siapa tentera muslim satu demi satu yang turut-serta dalam Perang Badar, sama ada dari kalangan Quraisy mahupun Anshar. Juga menerangkan siapa yang ikut serta pada Perang Badar, siapa kaum musyrik yang terbunuh, dan sya’ir-sya’ir yang diucapkan pada Hari Badar. Disebutkan pula perkara semisalnya yang sebenarnya tidak perlu, iaitu berupa sya’ir-sya’ir tentang nasab yang panjang lebar, paparan aspek bahasa, serta sebahagian dari tafsir Al-Qur’an yang tidak langsung berhubungan dengan sirah, walaupun berbicara tentang hal-hal berkaitan dengannya. Perkara lainnya adalah sanad yang biasanya mengawali sebahagian besar perenggan sirah, yang tidak penting kecuali bagi para ulama nuqad (pengkritik) dan tahqiq (peneliti).

Pada kitab Tahdzib ini, aku berusaha menyimpulkan intisari kitab Sirah Ibnu Hisyam untuk aku sajikan kepada pembaca dalam format baru, yang memancing minat para pembaca dan memuluskan jalan membacanya. Tentunya dengan tetap berpegang-teguh pada teks kitab asli, sehingga pembaca dapat memetik manfaat darinya dan mengetahuinya dengan merujuk kepada sumber asalnya yang pertama. Sebab, saya tidak mengganti satu huruf pun dari teks kitab. Saya sentiasa menjaga amanah dalam menyampaikan dalil dan menyampaikan sesuatu yang saya sandarkan kepada Ibnu Hisyam terkait apa jua yang beliau tuturkan. Saya menuliskan nama beliau pada awal tuturannya atau terkadang saya menempatkannya secara tersendiri pada catatan pinggir kitab, yang kemudian saya sandarkan kepada beliau, bersesuaian yang tertulis pada kitab susunannya. Adapun keseluruhan teks yang ada, semuanya adalah teks Ibnu Ishaq yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam. Saya tidak menyebutkan sanad kecuali bila terpaksa, untuk menguatkan dalil, yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq atau Ibnu Hisyam, yang tentunya disandarkan kepada orang yang mengatakannya.

Saya sentiasa berusaha untuk menela’ah teks-teks tersebut secara keseluruhan dan menjelaskan sebahagian yang memerlukan penjelasan. Tentunya dengan berpegang pada pelbagai kitab penjelasan sirah, kitab atsar, dan kitab bahasa yang layak dijadikan pegangan.

Mengenai hal lain di atas, Tahzib merupakan salah satu bentuk karya tulis yang memberi kemudahan bagi siapa saja yang tidak memiliki cukup waktu untuk membaca kitab aslinya. Sekaligus menjadi penghubung yang baik antara generasi muda zaman ini dengan warisan masa lalu mereka yang mulia.

Anda boleh membaca kitab ini cukup dalam waktu beberapa hari. Dengan itu, anda akan meraih banyak kebaikan. Sedangkan jika anda membaca kitab aslinya, tentunya anda tidak akan mampu melakukannya dalam waktu yang singkat, sebaliknya pasti akan menghabiskan waktu beberapa bulan.

Hanya kepada Allah saya memohon agar Dia menjadikan kitab ini bermanfaat. Sebagaimana saya mengharapkan pahala dari-Nya atas upaya saya berkhidmat untuk ilmu. Saya ingin mendapatkan keredhaan Allah dan keredhaan Rasul-Nya dalam usaha ini.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net