Judul: Ensiklopedi Fiqih Ibadah; Aqidah, Thaharah, Sholat, Puasa, Zakat, Haji | Judul Asal (‘Arab): Fiqh Al-‘Ibadaat: Al-‘Aqidah Al-Thaharah As-Shalat Az-Zakat As-Shaum Al-Hajj | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih AL- ‘Utsaimin rahimahullah | Tahqiq/Takhrij: Muhammad Muhammad Tamir | Penterjemah: Abu Athiyyah Rismal bin Sahab As-Salafy| Penerbit: Gema Ilmu | Berat: 703g | Muka Surat: 508 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23.6cm (tinggi) x 15.0cm (lebar) x 2.5cm (tebal) | ISBN: 978-979-2574-42-5 |
Para Pembaca! Sesungguhnya beribadah hanya kepada Allah semata merupakan kewajiban bagi kita selaku hamba-hamba-Nya. Bahkan beribadah hanya kepada Allah merupakan tujuan penciptaan jin dan manusia.
Kaedah yang telah dimaklumi dalam agama ini bahawa ibadah memerlukan keikhlasan, juga memerlukan adanya kesesuaian amal ibadah kita dengan apa yang datang dari petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Kerana amalan yang dibina di atas keikhlasan tanpa mengikuti petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam maka amalan itu tertolak, sebagaimana yang datang penjelasannya dalam hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Siapa yang mengadakan perkara baru dalam urusan kami ini (agama) yang bukan bahagian darinya, maka amalan itu tertolak.” (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Dalam satu riwayat oleh Imam Muslim dinyatakan:
“Siapa yang melakukan suatu amalan yang tidak ada petunjuknya dari kami, maka amalan itu tertolak.”
Para ulama telah bersepakat bahawa ibadah tidaklah sah kecuali apabila telah memenuhi dua perkara:
Pertama: Ikhlas (semata-mata kerana Allah).
Kedua: Mencontohi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Dan (kewajiban) mencontohi Rasulullah diambil dari hadis ini (hadis ‘Aisyah di atas, - pent.) dan ayat yang telah disebutkan.
Buku yang ada di tangan para pembaca ini adalah merupakan terjemahan dari kitab Fiqhul ‘Ibadaat yang berisi himpunan fatwa-fatwa salah seorang ulama terkemuka abad ini, yakni Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah yang di dalamnya beliau menjawab banyak pertanyaan berkaitan akidah, thaharah, solat, zakat, puasa, haji, dan hal-hal yang berkaitan dengan semua hal tersebut, dengan berlandaskan dalil-dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah serta kaedah-kaedah ilmiyyah yang telah dikenal di kalangan para ulama.
Semoga bermanfaat.