Judul: ‘Uddatush Shabirin, Bekal Untuk Orang-Orang Yang Sabar | Judul Asal (‘Arab):‘Uddatush Shabirin | Penulis/Penyusun: Al-Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah (Wafat: 751H) | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Iman Firdaus | Penerbit: Qisthi Press | Berat: 494g | Muka Surat: 456 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 24.0 cm (tinggi) x 15.7 cm (lebar) x 2.2cm (tebal) | ISBN: 978-979-1303-45-3 |
Inilah buku yang sangat qayyim (berharga), karangan seorang imam yang qayyim (lurus), yakni Al-Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah. Seorang tokoh yang telah banyak memperkaya khazanah ilmu-ilmu Islam dengan buku-bukunya yang sangat qayyim (bernilai) dan mengandung manfaat besar lagi qayyim (bermutu tinggi) bagi masyarakat Islam serta memberikan solusi atas kepelbagaian masalah yang melanda kaum Muslimin.
Buku yang ada di hadapan kita ini adalah salah satu di antara buku-buku yang sangat bernilai tersebut. Buku ini menerangkan keutamaan sabar, bentuk-bentuk sabar dan tingkatan-tingkatan kesabaran, serta faktor-faktor yang membantu manusia untuk bersabar, diikuti hal-hal lain yang tidak kalah pentingnya.
Setiap Muslim memang seharusnya menghiasi dirinya dengan kesabaran kerana Allah beserta orang-orang yang sabar.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
“... sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Anfal, 8: 46)
Jika anda meneliti ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang membahaskan tentang kesabaran, nescaya anda mendapati betapa Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan orang yang bersabar dengan kurniaan yang melimpah dan pahala yang tidak terkira.
Selain berbicara tentang pahala kesabaran, Al-Qur’an juga mengkhabarkan kepada kita tentang banyak keutamaan sabar yang lain. Salah satunya adalah bahawa sabar itu lebih baik bagi pelakunya, dan orang-orang yang bersabar lagi bertaqwa tidak akan terperdaya oleh tipu-daya musuh.
Kerana itulah, Allah Ta’ala berpesan kepada hamba-hamba-Nya untuk meminta tolong dengan jalan sabar dan solat bagi menghadapi aneka keburukan dunia serta dalam menjalani agama. Secara umum, buku ini merupakan buku bernilai yang mengupas tentang kesabaran dan orang-orang yang sabar.