Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Dunia Lebih Jelek Daripada Bangkai Kambing

Dunia Lebih Jelek Daripada Bangkai Kambing
Terbitan: Pustaka At Taqwa
Product Code: Pustaka At-Taqwa
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.6 x 14 x 1.1

ISBN: 9789791661348
Availability: In Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Dunia Lebih Jelek Daripada Bangkai Kambing | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Ustaz Yazid Bin Abdul Qadir Jawas | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Pustaka At-Taqwa | Berat: 232g | Muka Surat: 196 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.6 cm (tinggi) x 14.0 cm (lebar) x 1.1cm (tebal) | ISBN: 978-979-1661-34-8 |


Sesungguhnya kehidupan dunia adalah kehidupan sementara, fana, dan akan hancur. Dunia adalah kesenangan yang memukau, mempesona dan menipu manusia.

Dunia ini dilaknat dan dilaknat apa yang ada di dalamnya, kecuali empat hal. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَلَا إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلَّا ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالَاهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ

“Ketahuilah, sesungguhnya dunia itu dilaknat dan dilaknat apa yang ada di dalamnya, kecuali dzikir kepada Allah dan ketaatan kepada-Nya, orang yang berilmu, atau orang yang mempelajari ilmu.” (Sunan At-Tirmidzi, no, 2322)

Hadis ini menunjukkan bolehnya melaknat setiap sesuatu yang menjauhkan kita dari Allah dan menjadikan lalai untuk berdzikir kepada-Nya.

Semua yang ada di dunia ini adalah permainan dan senda gurau saja, kecuali dzikir kepada Allah dan segala sesuatu yang mendorong kepada perkara tersebut.

Dunia pada hakikatnya tidak dicela, tetapi celaan ditujukan pada perbuatan hamba di dalamnya, kerana dunia merupakan jambatan dan laluan menuju Syurga atau Neraka. Tetapi ketika dunia itu dikuasai oleh syahwat, kelalaian, dan berpaling dari Allah dan negeri Akhirat, maka itulah yang menguasai penduduknya dan apa yang ada di dalamnya, mengalahkan namanya dan nama tersebut menjadi dicela secara mutlak.

Jika tidak seperti itu, maka dunia mampu menjadi bangunan dan ladang akhirat, serta sebagai bekalan menuju Syurga. Di dalamnya jiwa manusia meraih iman, mengenal Allah, mencintai-Nya, dan mengingati-Nya kerana mengharap keredhaan dari-Nya. Dan sesungguhnya kehidupan terbaik yang didapatkan oleh penghuni Syurga di dalam Syurga itu adalah kerana apa yang telah dia usahakan di dunia.

Dan cukuplah pujian dan keutamaan untuk wali-wali Allah di dunia tersebut yang mereka dapatkan dari kesejukan mata, kesenangan hati, kegembiraan jiwa, ketenangan hati, dan nikmat yang tidak ada bandingannya dengan nikmat mengingati-Nya, mengenal-Nya, mencintai-Nya, beribadah kepada-Nya, bertawakkal kepada-Nya, kembali (bertaubat) kepada-Nya, suka dan senang mendekat kepada-Nya, merendahkan diri kepada-Nya, kenikmatan bermunajat kepada-Nya, menghadap kepada Allah, menyibukkan diri dengan (beribadah kepada)-Nya dan berpaling dari selain-Nya. Di dalamnya terdapat perkataan Allah, wahyu-Nya, petunjuk-Nya, ruh-Nya yang disampaikan.

Ibnu ‘Aqil dan selainnya mengutamakan keutamaan (ibadah) di dunia ini dari kenikmatan Syurga, mereka berkata, “Ini (yang mereka lakukan di dunia) adalah hak Allah atas mereka dan itu (kenikmatan di Syurga) adalah keberuntungan dan nikmat mereka, dan hak Allah lebih utama dari keberuntungan mereka.”

Seorang hamba di dunia ini diperintahkan untuk menjadi orang asing atau orang yang sedang dalam perjalanan, dan dia diperintah untuk mempersiapkan dirinya sebagai orang yang pasti akan mati.

Seorang hamba di dunia dilarang untuk mengambil setiap apa yang diinginkannya. Allah Tabaaraka wa Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melaknat hamba dinar dan dirham, dan menjelaskan keburukan kepada mereka dengan ancaman kecelakaan dan ketersungkuran.

Dunia ini juga indah dan manis, yakni membuat mata takjub dengan keindahannya, dan hati juga merasa takjub dengan keindahannya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan untuk menjaga dan berhati-hati terhadapnya, sebagaimana lelaki menjaga dan berhati-hati terhadap (fitnah) wanita.

Tamak terhadap dunia, kepimpinan dan ketinggian kedudukan akan merosakkan agama seseorang, ia diumpamakan dengan dua serigala yang dilepaskan di tengah-tengah gembalaan kambing, bahkan daya rosak cinta dan ketamakkan terhadap dunia adalah lebih besar berbanding daya kerosakan yang ditimbulkan oleh sang serigala!

Seorang hamba di dunia ini seperti musafir yang berteduh di bawah pohon, dia beristirahat (barang sesaat) kemudian di berlalu meninggalkannya.

Inilah hakikat keadaan penduduk dunia, yang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyaksikannya tetapi hamba-hamba dunia tidak melihatnya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengkhabarkan bahawa mayyit akan diikuti oleh keluarga, harta, dan amalnya. Sedang keluarga dan hartanya kembali, manakala yang tetap tinggal adalah amalnya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersumpah bahawa beliau tidak merisaukan  kefakiran atas sahabat-sahabatnya, tetapi yang beliau takutkan adalah gemerlapan dunia yang memukau umatnya, mereka berlumba-lumba untuk meraihnya, dan akhirnya dunia itu melalaikan mereka dari mengingati Allah dan dunia pun membinasakan mereka.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengkhabarkan bahawa yang dimiliki oleh anak Adam dari hartanya hanya tiga;

(1) Apa yang telah dia makan lalu habis, atau (2) apa yang dia kenakan (dsari pakaiannya) lalu usang, atau (3) apa yang dia sedekahkan, maka itulah yang terus mengalir (pahalanya).

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengkhabarkan bahawa cukup bagi anak Adam makanan yang dapat menegakkan punggungnya, sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga untuk pernafasannya.

مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِه

“Tidaklah seorang hamba mengisi bekas yang lebih buruk berbanding perutnya. Cukuplah bagi manusia makanan (suapan) yang dapat menegakkan punggung (atau sulbinya). Jika memang perlu (diisi perutnya), maka sepertiga untuk makan, sepertiga untuk minum, dan sepertiga untuk nafas.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2380. Sunan Ibn Majah, no. 3349)

Dalam hadis ini terdapat petunjuk untuk kesihatan hati, badan, agama, dan dunia.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengkhabarkan bahawa kekayaan hamba di dunia adalah kekayaan hati, bukan dengan banyaknya harta.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memohon kepada Allah agar rezeki beliau di dunia sekadar mencukupi keperluan makanan asasinya (penghilang rasa lapar).

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mendoakan keberuntungan bagi orang yang rezekinya cukup setelah dia diberi petunjuk untuk masuk Islam.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengkhabarkan bahawa sesiapa yang menjadikan dunia sebagai tujuannya, maka akan Allah ‘Azza wa Jalla akan menjadikan kefakiran di depan matanya, mencerai-beraikan urusannya, dan tidak akan datang kepadanya kecuali apa yang telah ditetapkan untuknya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menolak ketika Allah akan menjadikan untuknya emas seluas Makkah, lalu berkata:

لَا يَا رَبِّ وَلَكِنْ أَشْبَعُ يَوْمًا وَأَجُوعُ يَوْمًا وَقَالَ ثَلَاثًا أَوْ نَحْوَ هَذَا فَإِذَا جُعْتُ تَضَرَّعْتُ إِلَيْكَ وَذَكَرْتُكَ وَإِذَا شَبِعْتُ شَكَرْتُكَ وَحَمِدْتُكَ

“Tidak, ya Rabb. Tetapi aku kenyang sehari dan lapar sehari. Jika aku lapar, aku merendahkan diri kepada-Mu dan mengingati-Mu, dan jika aku kenyang, aku memuji-Mu dan bersyukur kepada-Mu.” (Sunan At-Tirmidzi, no 2374)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengkhabarkan bahawa tidak tersisa di dunia kecuali ujian dan fitnah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengumpakan dunia yang tidak dimanfaatkan untuk akhirat dengan apa yang keluar dari anak Adam ketika buang air, walaupun awalnya enak dan lazat (berupa makanan), maka seperti itulah akhirnya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengkhabarkan bahawa hamba-hamba Allah tidak terlalai dengan kenikmatan dunia. Jika di depan mereka ada Syurga, nescaya mereka tidak akan redha dengan kenikmatan dunia sebagai ganti dari kenikmatan akhirat.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengkhabarkan bahawa keselamatan generasi pertama ummat ini adalah dengan zuhud dan yakin akan binasanya akhir ummat ini dengan sifat bakhil (kedekut dan kikir) serta disebabkan panjangnya angan-angan.

Cinta dunia dan kepimpinan merupakan sebab yang memasukkan manusia ke Neraka. Sedang sifat zuhud di dunia merupakan sebab yang memasukkan manusia ke Syurga. Mabuk terhadap kemanisan dunia lebih dahsyat berbanding mabuk terhadap meminum khamr, kerana orang yang mabuk dengan kecintaan terhadap dunia tidak akan sedar kecuali setelah masuk ke liang kubur (yakni mati). Dan dunia ini dapat menyihir akal dengan sebesar-besar sihir.

Cinta dunia akan memalingkan seseorang dari cinta kepada Allah dan berdzikir kepada-Nya, dan sesiapa yang hartanya membuat dia berpaling dari dzikir kepada Allah, maka dia termasuk orang yang merugi. Jika hati berpaling dari dzikir kepada Allah, maka akan ditempati oleh syaithan dan dia memalingkannya menurut kehendaknya.

Segala kecemasan, kegundahan, dan kesedihan berasal dari dua perkara:

Pertama, cinta dunia dan tamak terhadapnya.

Kedua, kejahilan dan sangat kurang dalam melakukan amalan-amalan kebaikan dan ketaatan.

Sebagaimana cinta dunia merupakan dasar maksiat secara zahir, maka ia juga merupakan pokok maksiat hati, di antaranya berupa benci, hasad (dengki, iri), sombong, bangga diri, congkak, dan bermegah-megahan. Itu semua kerana hati telah terisi penuh dengan cinta dunia, dan ini menghilangkan rasa syukur. Kerana dasar syukur adalah mengosongkan hati dari cinta kepada dunia. Hanya kepada Allah-lah kita memohon taufiq.

Buku yang ada di hadapan pembaca ini diberi judul “Dunia Lebih Jelek dari Bangkai Kambing”. Judul ini diberikan penulis berdasarkan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sahih. Penulis memberikan judul dengan judul tersebut supaya manusia tidak tamak dan tidak tertipu dengan dunia. Semua manusia pasti merasa jijik, kotor, bau, dan enggan dekat dengan bangkai disebabkan baunya yang tidak enak. Tapi kenyataannya dengan dunia yang manis dan indah ini banyak membuat manusia tertipu. Banyak manusia yang tidak ingat, tidak berfikir, dan lalai bahawa mereka pasti mati dan pasti kembali kepada Allah, kita melihat manusia banyak yang berlumba-lumba mengejar dunia dan terus-menerus berbuat maksiat hingga mereka lupa akan kewajiban kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kepada orang-orang yang punya hak. Akhirnya banyak manusia yang mati dalam keadaan su’ul khatimah (akhir kehidupan yang jelek). Na’udzubillaah.

Kerana itulah penulis telah berusaha menyusun buku ini sebagai nasihat untuk diri penulis sendiri dan untuk semua kaum Muslimin agar kembali kepada Allah dan beribadah hanya kepada-Nya sebelum datangnya ajal.

Semoga buku ini bermanfaat bagi penulis dan segenap pembaca. Dan semoga Allah Ta’ala menjadikannya sebagai amal soleh yang diterima di sisi-Nya pada hari Kiamat, di mana pada ketika itu tidak akan berguna lagi anak-anak dan harta, kecuali orang yang datang menghadap Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan hati yang selamat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net