Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sabar & Syukur, Sebagai Jalan Untuk Meraih Kebahagiaan Hidup

Sabar & Syukur, Sebagai Jalan Untuk Meraih Kebahagiaan Hidup
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 10.9 x 14.5 x 0.8

ISBN: 9786026845146
Availability: In Stock
Price: RM12.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sabar & Syukur, Sebagai Jalan Untuk Meraih Kebahagiaan Hidup | Judul Asal (‘Arab): Mukhtashar ‘Uddatush Shobirin wa Dzakhirah Asy-Syakirin | Penulis/Penyusun: Dr. Ahmad bin ‘Utsman Al-Mazyad (Karya Asal Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah) | Tahqiq/Takhrij: Dr. Ahmad Al-Mazyad | Penterjemah: Izzaudin Karimi | Penerbit: Darul haq | Berat: 190g | Muka Surat: 154 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.9cm (tinggi) x 14.5cm (lebar) x 0.8cm (tebal) | ISBN: 978-602-6845-14-6 |


Sesungguhnya Allah menjadikan sabar sebagai kenderaan terunggul yang tidak akan tersadung, pedang tajam yang tidak akan tumpul, dan benteng kukuh yang tidak akan retak. Sabar dan kemenangan adalah saudara kandung.

Allah Yang Maha Memenuhi Janji lagi Maha Benar telah memberikan jaminan dalam Kitab-Nya yang muhkam bahawa Dia akan memberikan balasan (pahala) tanpa batas kepada orang-orang yang sabar. Dia mengkhabarkan kepada mereka bahawa Dia bersama mereka dengan hidayah-Nya, pertolongan-Nya yang gemilang, dan kemenangan-Nya yang nyata.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

“Bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Anfal, 8: 46)

Dengan kebersamaan (ma’iyah) Allah ini, orang-orang yang sabar meraih kebaikan dunia dan akhirat, serta merangkul nikmat-nikmat-Nya, zahir dan bathin.

Allah juga telah mengkhabarkan bahawa Dia mencintai orang-orang yang sabar. Dan ini mengandungi dorongan besar bagi sesiapa yang sentiasa menghiasi dirinya dengan sikap sabar.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

“Allah menyukai orang-orang yang sabar.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 146)

Allah juga memberi khabar gembira bagi orang-orang yang bersabar dengan tiga perkara, yang masing-masing darinya lebih baik dari apa yang membuat penduduk bumi ini saling dengki-mendengki.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

“Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata:

“Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya-lah kami kembali.”

Mereka itulah orang-orang yang meraih pujian dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah Al-Baqarah, 2: 155-157)

Allah juga menetapkan kemenangan dengan meraih Syurga dan selamat dari Neraka hanya bagi orang-orang yang sabar.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنِّي جَزَيْتُهُمُ الْيَوْمَ بِمَا صَبَرُوا أَنَّهُمْ هُمُ الْفَائِزُونَ

“Sesungguhnya pada hari ini Aku memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka; bahawasanya mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.” (Surah Al-Mu’minun, 23: 111)

Allah juga mengkhabarkan bahawa menolak keburukan dengan tindakan yang lebih baik menjadikan pelaku keburukan tersebut seolah-olah kawan yang akrab.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ

“Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dengan dia akan seperti teman yang setia.” (Surah Fushilat, 41: 34)

Allah juga mengaitkan ampunan dan pahala dengan amal soleh dan sabar, dan hal itu adalah mudah bagi siapa yang Allah mudahkan baginya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ

“Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal soleh; mereka itu mendapat ampunan dan pahala yang besar.” (Surah Hud, 11: 11)

Maka sebaik-baik kehidupan yang didapatkan oleh orang-orang yang bahagia adalah dengan melalui kesabaran, dan mereka naik ke kedudukan yang tinggi dengan syukur, meeka terbang dengan sepasang sayap, iaitu sabar dan syukur ke Syurga-syurga yang penuh kenikmatan. Itu adalah kurnia Allah Dia berikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah adalah Pemilik Anugerah yang besar.

Kerana iman itu terdiri dari dua bahagian; pertamanya, sabar, dan keduanya adalah syukur. Maka sudah seharusnya bagi sesiapa yang tulus untuk mendatangkan kebaikan bagi dirinya, mengharapkan keselamatannya, dan mendahulukan kebahagiaannya, hendaklah dia tidak melalaikan dua prinsip dasar yang agung ini, dan tidak menyimpang dari dua jalan yang lurus ini. Agar pada Hari Kiamat kelak Allah menjadikannya bersama-sama yang terbaik dari dua kelompok.

Buku ini disusun untuk memaparkan bahawa kebergantungan kepada dua prinsip dasar ini adalah merupakan kebergantungan dan keperluan yang sangat mendasar dan penting lagi mendesak. Ianya menjelaskan kebergantungan kebahagiaan dunia dan akhirat adalah pada keduanya, yakni sabar dan syukur.

Buku ini hadir sebagai buku yang komprehensif, menyeluruh, dan bermanfaat besar, sarat dengan faedah-faedah yang memang layak untuk digigit dengan gigi geraham (yakni dipegang bersungguh-sungguh) dan patut untuk didahulukan di bidangnya.

Buku ini menenangkan pembacanya, membimbing orang yang menela’ahnya, menghiburkan orang yang dirundung kesedihan, menggugah orang-orang yang terlalai, dan menguatkan semangat orang-orang yang bersemangat.

Buku ini berisi penjelasan tentang:

Pelbagai jenis sabar dan bentuk-bentuk syukur,

jawaban tuntas dalam masalah siapa yang lebih utama; antara orang kaya yang bersyukur atau orang miskin yang sabar,

menjelaskan hakikat dunia dan perumpamaan yang Allah dan Rasul-Nya berikan untuknya,

membezakan dan memilih antara perkara dunia yang dipuji dan mana yang dicela,

perkara-perkara dunia yang dapat mendekatkan diri kepada Allah,

penawar buat orang yang sengsara, dan terapi menggapai kebahagiaan,

dan pelbagai faedah-faedah yang bermanfaat yang mungkin tidak akan didapatkan di buku-buku yang lain.

Buku ini adalah intisari kepada buku tersohor karya Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berjudul ‘Uddatush Shobirin wa Dzakhirah Asy-Syakirin.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net