Judul: Kelembutan Hati dan Air Mata Orang-orang Shalih | Judul Asal (‘Arab): Ar-Riqqah wa Al-Buka’ | Penulis/Penyusun: Al-Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 629H) | Tahqiq/Takhrij: Muhammad Khayr Ramadhan Yusuf | Penterjemah: Ali Murtadho dan Team Pustaka Azzam | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1.34g | Muka Surat: 1000 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.6cm (tinggi) x 16.6cm (lebar) x 4.7cm (tebal) | ISBN: 978-602-2362-03-6 |
Tazkiyatun Nafs (pembersihan jiwa) sudah sewajarnya dilakukan setiap saat, agar jiwa kembali suci, lembut, dan khusyu’ dalam mendekatkan diri kepada Allah. Sebab, manusia tidak lepas dari kotoran dosa dan debu kesalahan yang menutupi hatinya. Di antara medium yang berkesan untuk membersihkan jiwa adalah menela’ah dan meneladani kisah orang-orang soleh yang terdapat dalam Al-Qur’an, hadis-hadis yang sahih, mahupun Atsar. Pelbagai kisha-kisah yang dipaparkan di dalamnya mampu menyentuh hati, menitiskan air mata, dan menggugah jiwa untuk bangun merenung seraya memperbaiki diri.
Melalui bukunya ini (Ar-Riqqah wal-Buka’), Al-Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 629H) yang merupakan tokoh besar dalam mazhab hanbali, penyusun Al-Mughni, dan seorang pembela aqidah ahlus sunnah wal-jama’ah di masanya; beliau berusaha mengangkat kisah-kisah orang-orang terpilih nan soleh yang dikumpulkan dari beberapa rujukan bertujuan memaparkan contoh dan teladan dalam menapaki jalan menghambakan diri kepada Allah Ta’ala.
Di antara kisah-kisah tersebut adalah seperti kisah Abu Bakr Ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu yang sangat lembut hatinya dan dermawan, kisah ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu yang takut kepada Allah dan sangat mengambil berat kepada rakyatnya, kisah ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallahu anhu yang dikepung secara zalim, kisah ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu yang sangat gemar menuntut ilmu serta berlaku adil, dan banyak kisah-kisah menarik lainnya dari kisah-kisah generasi terdahulu dipaparkan melalui buku ini. Dianggarkan ada lebih dari 100 buah kisah dipaparkan oleh penulis (Ibnu Qudamah).
Kisah-kisah yang dihimpunkan di buku ini begitu menarik dan sangat menyentuh, menjadikan buku ini sangat wajar dibaca dan dimiliki oleh setiap insan yang mendambakan hati yang lembut, khusyu’ dalam beribadah dan mencari teladan dalam ketaqwaan.