Judul: Ummahatul Mukminin, Biografi Isteri-isteri Nabi | Judul Asal (‘Arab): As-Simthuts Tsamin fi Manaqib Ummahatil Mu’miin | Penulis/Penyusun: Muhibbuddin Ath-Thabari rahimahullah (Wafat: 694H) | Tahqiq/Takhrij: Asy-Syaikh Ahmad ‘Abdul ‘Aal ath-Thahthawi | Penterjemah: Umar Mujahid | Penerbit: Griya Ilmu | Berat: 786 g | Muka Surat: 458 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.6cm (tinggi) x 16.5cm (lebar) x 2.7cm (tebal) | ISBN: 978-979-2409-62-8 |
Banyak dari kalangan kaum muslimin yang hanya mengetahui bahawa isteri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam hanya Ibunda ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, sedangkan yang lain semuanya janda, sudah tua, miskin dan maaf, sampai ada yang mengatakan “jelek!!”. Pernyataan seperti itu digunakan sebahagian orang sebagai dalih untuk mengatakan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berpoligami bukan kerana nafsu tetapi semata-mata untuk menegakkan dakwah, menjalin persaudaraan dengan sahabat, dan atas perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala. Di antara sebab terjadinya salah faham seperti ini adalah kerana sedikitnya menela’ah kitab-kitab sirah dan kurangnya memperhatikan riwayat-riwayat tentang kisah-kisah keluarga Nabi.
Ketahuilah,
> Bahawa Rasulullah menikah kerana wahyu, itu adalah benar.
> Bahawa Rasulullah menikah untuk menjalin kekerabatan dengan Sahabat itu juga benar.
> Bahawa Rasulullah menikah dengan para janda itupun tidak salah.
Kekeliruan terletak ketika orang-orang menyebut bahawa isteri-isteri Rasulullah itu adalah dari kalangan wanita yang tua-tua dan bukan dari kalangan wanita-wanita cantik. Padahal hakikat yang sebenarnya mereka adalah wanita-wanita mulia yang terpilih kerana keutamaannya, sama ada secara bathiniyah, keagamaannya, mahupun secara lahiriyah.
Ummahatul Mukminin, mereka adalah para wanita yang paling beruntung di dunia dan akhirat. Mereka adalah wanita-wanita yang dipilihkan Allah untuk Rasul-Nya, sebagaimana disebutkan dalam hadis Abu Sa’id Al-Khudri, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Aku tidak menikah dengan isteri-isteriku dan aku tidak menikahkan puteri-puteriku kecuali dengan izin yang dibawa oleh Jibril dari Allah.”
Dikatakan beruntung dunia-akhirat kerana para Ummahatul Mukminin ini juga mendapatkan jaminan Syurga. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah tidak menghendaki aku menikah atau dinikahkan kecuali dengan wanita-wanita penghuni Syurga.”
Sekaligus mereka adalah wanita contoh dan terbaik dari sisi agama dan dunia, mereka adalah wanita teladan untuk wanita-wanita beriman dahulu, kini dan akan datang.
Buku ini adalah sebuah buku yang istimewa. Ia adalah sebuah buku yang menghimpunkan biografi isteri-isteri Nabi dan kisah-kisah kehidupan mereka bersama Nabi berdasarkan riwayat-riwayat hadis dari pelbagai sumber muktabar; (di antara cakupan istimewanya):
> ianya disusun dengan tertib isteri yang terawal sampai yang akhir,
> penjelasan tentang hak-hak mereka sebagai isteri Nabi,
> hak mereka sebagai ummahatul mukminin,
> kisah bagaimana Nabi memperisterikan mereka,
> Mahar Rasulullah untuk para isterinya,
> Walimah (kenduri kahwin) Nabi bagi setiap isteri-isterinya,
> Sikap Nabi terhadap para isteri-isterinya; (berupa) Penjagaan, perhubungan, canda, keadilan, keramahan, dakwah, dan lain-lain,
> Kewajiban mereka sebagai isteri Nabi dan Ummahatul Mukminin,
> Kedudukan setiap isteri-isteri Nabi,
> Sikap dan Hikmah poligami dalam keluarga Nabi,
> Anak-anak Nabi,
> Kisah-kisah kehidupan dalam rumah tangga Nabi,
> Safar (perjalanan jauh) Nabi bersama-sama isterinya,
> Kisah canda di antara sesama isteri-isteri Nabi,
> Sikap isteri-isteri Nabi terhadap Nabi dalam pelbagai keadaan dan situasi,
> Sifat takut dan taqwa kepada Allah, sifat malu mereka, kecemburuan mereka, sikap terhadap ilmu, amal-amal soleh mereka, kemuliaan, penjagaan maruah, dan keistimewaan-keistimewaan masing-masing isteri Nabi.
> Mertua-mertua Nabi dan sikap Nabi terhadap mereka.
> Kisah-kisah hijrah mereka bersama Nabi, dan kisah-kisah sebahagian mereka ketika masuk Islam,
> dan banyak lagi yang lainnya dipaparkan melalui buku ini.
Semua ini disampaikan dengan metode kitab-kitab hadis, diikuti huraian dan syarahan hadis-hadisnya.
Semoga bermanfaat.
Wallaahu a’lam..