Judul: Kisah-Kisah Tidak Sahih Di Meja Penceramah | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Dzul Khairi Mohd. Noor | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Kemilau Publika (Selangor) | Berat: 350g | Muka Surat: 264 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 22.9cm (tinggi) x 15.3cm (lebar) x 1.5cm (tebal) | ISBN: 978-967-361-177-5 |
Majoriti dalam kalangan masyarakat kini sering mendengar kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kerana inilah antara medium untuk mendapatkan info atau ilmu dalam agama. Tetapi, adakah kita pernah bertanya sama ada setiap kisah-kisah yang disampaikan oleh penceramah itu sahih atau tidak? Selalunya kita akan telan bulat-bulat apa jua yang disampaikan.
Buku ini bukan bertujuan memberi tanggapan negatif terhadap program ilmu yang dianjurkan oleh masjid dan surau, tetapi sekadar memberi pencerahan dan meluruskan sebahagian dari kisah-kisah mengenai Nabi atau sahabat Nabi. Kita tidak mahu Nabi dan para sahabat Nabi menjadi bahan fitnah hingga wajah agama menjadi hodoh.
Antara kisah yang dipaparkan;
> Kisah Rasulullah SAW dengan Jiran Yahudi
> Kisah Al-Qamah Sukar Mengucap Dua Kalimah Syahadah?
> Adakah Umat Islam Berpuasa ketika Perang Badar?
> Umar Berhijrah Secara Terang-terangan
> Kisah Umar Bin Al-Khattab r.a. dimarahi Isterinya,
> Pemberontakan Abu Sufyan,
> Wanita dan Ketaatan Pada Suami,
> Tha’labah Menghilangkan Diri?
> Peristiwa Sebelum Nabi Muhammad Meninggal?
> Hubungan Al-Hasan Al-Bashri dan Rabi’atul Adawiyah,
> Syair ‘Abdullah Ibnul Mubarak kepada Fudhail bin ‘Iyadh,
Dan banyak lagi yang lainnya.
Ayuh, mari kita semak buku ini agar kita tidak menjadi bebal dan jahil yang tak bertepi. Kita hanyalah bilangan hari yang semakin hampir kepada pencipta. Penuhilah masa dengan ilmu yang sahih dan bermafaat.