Judul: Kisah Para Tabi’in | Judul Asal (‘Arab): ‘Ashrut Tabi’in | Penulis/Penyusun: Syaikh Abdul Mun’im Al-Hasyimi | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Faqih Fatwa | Penerbit: Ummul Qura | Berat: 1148g | Muka Surat: 910 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.8cm (tinggi) x 18.0cm (lebar) x 4.3cm (tebal) | ISBN: 978-602-7637-45-0 |
Dalam suatu hadis, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya orang yang terbaik di antara kalian adalah yang hidup pada kurunku (sahabat), kemudian orang-orang yang hidup sesudah kurunku (Tabi’in).” (Shahih Muslim, no. 4603)
Keteladanan (uswah dan qudwah) barangkali merupakan salah satu barang berharga yang makin sukar ditemui dalam masyarakat saat ini. Setelah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyatakan para sahabat sebagai generasi terbaik, menyusul kemudian generasi tabi’in. Potongan hadis di atas adalah salah satu bukti, yang merupakan rekomendasi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam atas kapasiti dan keutamaan para tabi’in.
Tabi’in adalah generasi awal kaum muslimin yang hidup setelah zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang berguru (bertemu), belajar dan beriman kepada ajaran yang dibawa oleh para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Usia mereka tentu saja lebih muda berbanding generasi sahabat, bahkan ada yang masih anak-anak atau remaja pada saat bertemu sahabat-sahabat Nabi yang masih hidup. Secara ringkasnya, mereka merupakan murid dan pengikut kepada para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Ya, merekalah generasi terbaik setelah para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka adalah insan teladan yang memberikan qudwah dalam mengharungi pelbagai ujian dan keteladan dalam ilmu-ilmu syar’i; sejak era kejayaan Islam pada masa Khulafa’ Ar-Rasyidin hingga pasang-surut kejayaan Islam pada masa Khilafah Umawiyah.
Tabi’in yang pertama kali meninggal setelah Najasyi adalah Zayd bin Ma’mar bin Zayd, yakni pada tahun 30H, dan yang terakhir wafat adalah Khalaf bin Khulaifah, yakni pada tahun 181H. Insya-‘Allah, buku ini antara terjemahan terbaik yang memaparkan sisi ilmiah dalam pengkisahan dan memberi fokus pada latar belakang mereka. Temasuk kelebihan lain buku ini adalah klasifikasi tokoh berdasarkan kredibiliti dan letak geografi mereka.
Yang jelas dan utama, banyak keteladanan para tabi’in yang harus dicontohi melalui buku ini, sama ada dalam urusan semangat dan kualiti keimanan, ketaqwaan, keilmuan, akhlak, kezuhudan, sikap wara’, tawadhuk, mahupun dalam ketekunan ibadah. Juga, dalam keikhlasan, kesungguhan, kesabaran, ketabahan, mahupun keistiqamahan di atas kebenaran.
Secara garis utama, buku ini memaparkan tokoh-tokoh besar tabi’in sebagaimana berikut:
> Tujuh Fuqaha’ Madinah Era Tabi’in.
> Hakim-hakim Terkenal Era Tabi’in.
> Lapan Tokoh Zuhud dari Kalangan Tabi’in.
> Ahli Pedang dan Pena Kalangan Tabi’in.
> Fuqaha’ Makkah dari Kalangan Tabi’in.
> Fuqaha’ Kufah dari Kalangan Tabi’in.
> Ahli Qira’at Generasi Tabi’in.
> Raja Najasyi, Tabi’in yang Hidup dan Mati di Zaman Nabi.
Selamat Membaca dan menuai pelbagai manfaat.