Judul: Al-Muhalla karya Ibnu Hazm | Judul Asal ('Arab): Al-Muhalla | Penulis: Al-Imam Ibnu Hazm rahimahullah (Wafat: 456H) | Tahqiq: Syaikh Ahmad Muhammad Syakir | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 19kg (18 Jilid lengkap) | Muka Surat: Lengkap 18 Jilid (Hard cover) | ISBN: 978-979-1368-50-6 |
Inilah dia terjemahan hasil maha-karya hebat Imam Ibnu Hazm Al-Andalusi rahimahullah (Wafat: 456H), yang juga dikenali sebagai imam dalam mazhab Zhahiri. Al-Muhalla merupakan sebuah karya besar dalam bidang fiqh yang terbilang masyhur namun jarang sekali dikenali masyarakat hari ini. Ibnu Hazm menghimpunkan dan menghuraikan pelbagai permasalahan dalam bidang fiqh melalui kitabnya yang cukup unik ini.
Ibnu Hazm memulakan perbahasannya dengan perbahasan Tauhid kemudian barulah dimulakan dengan memasuki perbahasan fiqh. Alhamdulillah, kitab ini telah lengkap diterjemahkan menjadi 18 jilid semuanya.
Imam Izzuddin bin ‘Abdus Salam berkata, “Ibnu Hazm termasuk ulama mujtahid, aku tidak pernah melihat kitab yang membicarakan hal-ehwal fiqh Islam seperti kitab Al-Muhalla karya Ibnu Hazm dan kitab Al-Mughni karya Ibnu Qudamah Al-Maqdisi.”
Imam adz-Dzahabi rahimahullah berkata, “Apa yang dikatakan oleh Imam Izzudin bin ‘Abdus Salam adalah benar. Dan kitab ketiga setelah kedua kitab tersebut adalah Sunan Al-Kubro karya Al-Baihaqi rahimahullah, manakala yang ke-empat adalah At-Tamhid karya Imam Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah. Sesiapa yang mampu mendapatkan kitab-kitab ini dan dia termasuk mufti yang bijaksana lagi faqih lalu kemudian dia segera mempelajarinya, maka dia akan menjadi orang yang benar-benar faqih.”