Judul: Wanita-Wanita Mulia di Sekitar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam | Judul Asal (‘Arab): Qishas wa ‘Ibar wa ‘Izhat Min Hayat Ash-Shahabiyyat | Penulis/Penyusun: Abu Salsabil Muhammad Abdul Hadi | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Irwan Raihan | Penerbit: Pustaka Arafah | Berat: 937g| Muka Surat: 619 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.0cm (tinggi) x 16.1cm (lebar) x 3.9cm (tebal) | ISBN: 978-602-9024-89-0 |
Para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sama ada lelaki mahupun wanita adalah sebaik-baik manusia dan makhluk paling mulia setelah para Nabi dan para Rasul. Kita sudah seringkali menjumpai buku yang mengisahkan tentang sahabat-sahabat lelaki yang mulia. Sekarang kita akan memaparkan lebih mendalam tentang sahabat wanita yang agung dan mulia pula.
Bahagian awal buku ini berisi paparan kisah ummahat al-mukminin atau ibunda kaum mukmin, yakni isteri-isteri Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dunia dan di akhirat. Selanjutnya dipaparkan pula sejumlah wanita sahabat yang utama, mulia dan perwira.
Dalam buku ini penulis menghimpun banyak episod kehidupan ummahat al-mukminin dan wanita mulia dari kalangan sahabat. Episod kehidupan tersebut mendorong kita untuk merenung dan berfikir lebih mendalam untuk memetik pelbagai pelajaran berharga dan nasihat bernilai tinggi dari mereka. Selanjutnya, kaum wanita zaman ini sudah sepatutnya menjadikan mereka sebagai teladan dan contoh terbaik.
Kita akan mendapatkan banyaknya pelajaran, tuntunan, dan nasihat yang terkandung dalam kisah hidup para shahabat wanita nan solehah. Mereka memperagakan contoh kesolehan wanita umat ini, agar umat ini mampu meperhatikan mereka dan mengikutinya, serta tidak lagi mengidolakan kaum wanita barat yang tidak beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan hari kiamat, serta tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Semoga Allah menjadikan buku ini berserta semua kisah, pelajaran, dan nasihat yang terkandung di dalamnya berpengaruh besar dan memberikan kesan mendalam pada jiwa kaum wanita kita. Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan niat mereka bergerak untuk memperbaiki masyarakat muslim. Mengapa? Kerana seorang perempuan, sama ada sebagai saudara, anak, mahupun isteri, sangat memerlukan pendidikan dan pembaikan diri. Dan merekalah yang menjadi tulang belakang kekuatan sesebuah masyarakat.
Semoga bermanfaat.