Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kiat-Kiat Islam Mengatasi Kemiskinan

Kiat-Kiat Islam Mengatasi Kemiskinan
Product Code: Pustaka At-Taqwa
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.9 x 14.3 x 1.1

ISBN: 9789791661263
Availability: In Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kiat-Kiat Islam Mengatasi Kemiskinan | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Al-Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: - | Penerbit: Pustaka At-Taqwa | Berat: 212 g| Muka Surat: 170 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.9cm (tinggi) x 14.3cm (lebar) x 1.1 cm (tebal) | ISBN: 978-979-1661-26-3 |


Islam adalah agama yang sempurna. Islam mengatur seluruh aspek hidup dan kehidupan manusia. Islam juga menjelaskan dan memberikan solusi apabila terjadi permasalahan dalam kehidupan, sama ada dalam masalah ‘aqidah, ibadah, moral, akhlak, mu’amalah, rumah tangga, kejiranan, politik, kepemimpinan, kemiskinan, dan lainnya. Yang menjadi perbahasan kita adalah:

kiat-kiat syari’at Islam dalam mengatasi kemiskinan.

Islam berusaha mengatasi kemiskinan dan berusaha keras untuk mencari jalan keluarnya serta mengawasi kemungkinan kesan yang timbul kerananya, guna menyelamatkan ‘aqidah, akhlak, amal perbuatan, memelihara kehidupan rumah tangga, dan melindungi kestabilan serta ketentraman masyarakat, di samping itu juga bagi mewujudkan jiwa persaudaraan antara sesama kaum muslimin.

Miskin dan kaya, keduanya sama-sama merupakan dugaan dan ujian bagi seorang hamba. Orang yang miskin diuji dengan kefakirannya, adakah dia mampu bersabar atau pun tidak. Sementara orang kaya diuji dengan kekayaannya, adakah dia dapat bersyukur, ataukah kufur terhadap nikmat-nikmat Allah Ta’ala.

Allah Ta’ala berfirman,

قَالَ هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ (40)

“… Dia pun berkata, “Ini termasuk kurniaan Rabb-ku untuk mengujiku, adakah aku bersyukur arau mengingkari (nikmat-Nya). Siapa yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri, dan siapa yang ingkar, maka sesungguhnya Rabb-ku Mahakaya lagi Maha mulia.” (Surah An-Naml, 27: 40)

Di ayat lain Allah berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ (35)

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kami akan menimpakan kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian. Dan kalian akan dikembalikan hanya kepada Kami.” (Surah Al-Anbiyaa’, 21: 35)

Tentang ayat ini, Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata, “Kami akan menguji kalian dengan kesusahan dan kesenangan, kesihatan dan penyakit, kekayaan dan kefakiran, halal dan haram, ketaatan dan maksiat, petunjuk dan kesesatan.”

Dalam riwayat lain dari beliau, “Dengan kesenangan dan kesulitan, dan keduanya merupakan ujian.”

Allah Ta’ala juga berfirman,

فَأَمَّا الْإِنْسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ (15) وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ (16)

“Maka adapun manusia, apabila Rabb-nya menguji dan memuliakannya dan memberikannya kesenangan, maka dia berkata, “Rabb-ku telah memuliakanku.” Namun apabila Rabb-nya mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, “Rabb-ku telah menghinakanku.”.” (Surah Al-Fajr, 89: 15-16)

Renungkanlah ayat di atas! Adakah benar bahawa setiap orang yang diberikan harta bererti Allah Ta’ala memuliakannya, manakala orang yang disempitkan hartanya bererti dihinakan oleh Allah??

Sebenarnya tidak demikian, yang benar bahawa kemuliaan yang sesungguhnya adalah dengan beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan mentauhidkan-Nya dan taat kepada-Nya. Manakala kehinaan yang sebenarnya adalah jika seorang hamba tidak beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan tidak taat kepada-Nya, serta banyak berbuat dosa dan maksiat.

Setelah kita mengetahui ayat tersebut, maka sama ada kekayaan mahupun kemiskinan, kedua-duanya adalah sama-sama ujian dari Allah Ta’ala. Dan yang paling beruntung di antara mereka adalah yang bertaqwa kepada Allah Ta’ala dengan mentauhidkan Allah dan menjauhi syirik, serta benar dalam melaksanakan ibadah kepada-Nya baik di saat dia miskin ataupun berharta. Orang kaya beribadah dengan cara bersyukur, dalam erti-kata dia melaksanakan perintah Allah Ta’ala dan menjauhi larang-larangan-Nya, menggunakan harta dan kekayaannya dalam rangka melaksanakan ketaatan kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, menuntut ilmu, melaksanakan solat, mengeluarkan zakat, sedekah, membantu sanak-kerabat yang miskin dan papa, menolong fakir miskin, dan orang-orang yang susah, memberikan makan kepada orang-orang yang lapar dan memerlukan, meminjamkan harta kepada orang-orang yang sedang kesusahan, melaksanakan ibadah haji, umrah, dan ibadah-ibadah lainnya. Manakala orang miskin pula, mereka beribadah dengan cara bersabar atas apa yang menimpanya. Yakni dia sabar atas kefakiran dan kemiskinan yang telah ditaqdirkan oleh Allah Ta’ala, tetapi dia tetap berusaha mencari nafkah dengan sungguh-sungguh dan dalam masa sama dia tetap sentiasa mensyukuri nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya, merasa puas dan cukup dengan apa yang Allah kurniakan. Walaupun rezekinya sekadar cukup-cukup, dia tetap bersyukur serta melaksanakan ibadah-ibadah yang wajib dan sunnah, dan berdoa kepada Allah Subahahu wa Ta’ala. Kedua perkara ini, yakni syukur dan sabar terkumpul dalam sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam,

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

“Sangat menakjubkan urusan seorang Mukmin itu. Sesungguhnya, semua urusannya adalah kebaikan baginya, dan hal ini tidak terjadi melainkan pada seorang Mukmin. Apabila dia mendapat kegembiraan, dia bersyukur dan itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia mendapat kesusahan, dia bersabar dan itu merupakan kebaikan baginya.” (Shahih Muslim, no 2999)

Para ulama berbeza pendapat mana yang lebih afdhal (utama): orang kaya yang bersyukur ataukah orang miskin yang bersabar atas apa yang menimpanya??

Pertanyaan ini pernah ditanyakan kepadan Ibnul Qayyim rahimahullah, beliau bertanya kepada Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah lalu beliau memberikan jawaban yang menenangkan hati yakni yang paling afdhal di antara mereka adalah yang paling bertaqwa kepada Allah. Jika keduanya sama dalam ketaqwaannya maka sama pula darjat keduanya. Wallahu A’lam.

Oleh kerana itu, yang kita fahami atau menjadi ‘ibrah (pelajaran) dalam masalah ini adalah bagaimana seorang Muslim mewujudkan ibadah hanya kepada Allah, mentauhidkan Allah dan menjauhi syirik, melaksanakan ketaatan kepada Allah, dan bertaqwa kepada-Nya. Kerana kemuliaan manusia di sisi Allah adalah dengan taqwa kepada-Nya, bukan dengan kefakiran, bukan pula dengan kekayaan, sebagaimana Allah ‘Azza wa Jalla berfirman,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kalian dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kalian berbangsa-banga dan bersuku-suku agar kalian saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Mendalam Pengetahuan-Nya.” (Surah Al-Hujuraat, 49: 13)

Jadi, orang yang mulia di sisi Allah Ta’ala adalan orang yang bertaqwa, tanpa mengira apakah dia itu orang kaya atau orang miskin. Dan yang perlu diingat bahawa dalam hidup dan kehidupan manusia mesti ada orang yang kaya dan orang miskin. Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menetapkan demikian di dalam Al-Qur-an. Akan tetapi, kita tidak tahu apakah seorang yang miskin itu sudah ditaqdirkan demikian selama-lamanya?! Betapa banyak orang yang tadinya fakir dan miskin, kemudian setelah dia ikhtiar, berusaha, dan berdoa, maka diberikanlah oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala rezeki yang melimpah-ruah. Oleh kerana itu, penulis akan membahaskannya dalam buku ini, yang berjudul:

Kiat-Kiat Islam Dalam Mengatasi Kemiskinan

Dan seandainya seseorang sudah berusaha dengan sedaya-upaya untuk mencapai taraf hidup yang terbaik, akan tetapi dia tetap saja fakir dan miskin, maka dia harus berusaha bagaimana menjadi orang miskin yang sabar dan bersyukur. Hanya Allah semata tempat kita memohon pertolongan dan mengadukan semua persoalan.

Mudah-mudahan apa yang ditulis ini bermanfaat untuk kita semua, keluarga kita, saudara-saudara kita, juga para penuntut ilmu dan para da’i, serta kaum Muslimin dan Muslimah seluruhnya. Mudah-mudahan buku ini mampu memberikan solusi bagi keluarga-keluarga Muslim yang mengalami kefakiran dan kemiskinan, serta kekurangan harta. Dan juga dapat membantu pemerintah dalam menangani masalah-masalah kemiskinan.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net