Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Bulughul Maram dan Penjelasannya

Bulughul Maram dan Penjelasannya
Bulughul Maram dan Penjelasannya
Terbitan: Ummul Qura
Product Code: Ummul Qura
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 18 x 5

ISBN: 9786027637436
Availability: In Stock
Price: RM120.00 RM96.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Bulughul Maram dan Penjelasannya | Judul Asal (‘Arab): Mukhtasharul Kalam ‘ala Bulughil Maram | Penulis (penyusun): Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) | Syarah dan Ta’liq: Asy-Syaikh Faishal bin ‘Abdul ‘Aziz Al-Mubarak rahimahullah (Wafat: 1376H) | Tahqiq: Sumair Az-Zuhairi | Penerbit: Ummul Qura | Berat: 1.65kg | Muka Surat: 1200m/s. (Hard cover, helaian berkualiti dengan Ivory Paper) | ISBN: 978-602-7637-43-6 |


Tahukah anda, kitab Bulughul Maram karya Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) adalah satu kitab hadis yang paling banyak diterjemahkan ke dalam perbagai bahasa dunia, paling banyak disyarah, dan dita’liq (diberi catatan atau huraian ringkas) oleh para ulama terkemudian. Methode penulisan dan bab-bab atau pasal di dalamnya banyak menjadi ikutan dan rujukan para penulis kitab-kitab fiqh dan hadis terkemudian.

Demikian di Nusantara ini, kitab Bulughul Maram termasuk kitab yang sangat masyhur dijadikan sebagai rujukan dan disyarah dalam kuliah atau pengajian di masjid-masjid dan pusat-pusat pengajian agama.

Ini bukanlah suatu yang aneh sebenarnya, kerana di dalamnya memang memuatkan sejumlah tunjang perbahasan fiqh ibadah atau hukum-hakam seharian yang sangat diperlukan oleh setiap muslim seperti thaharah, adzan, waktu-waktu solat, solat, solat-solat sunnah, tata cara solat, puasa, haji, zakat, korban, aqiqah, mu’amalah, jual-beli, pernikahan, nafkah, penyusuan, jihad, hudud, makanan dan minuman, sumpah dan nadzar, pengadilan, perhambaan, pemerintahan, adab, zuhud, dzikir dan doa-doa, dan yang lainnya.

Kitab Bulughul Maram ini memang bukan asing bagi para penuntut ilmu, bahkan bagi kebanyakan orang awam sekalipun. Siapa yang tidak pernah mendengar nama penyusunnya, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H), seorang tokoh ulama terkemuka dalam bidang hadis, tafsir, fiqh, sirah, dan biografi. Kehebatan dan keunggulan kitab beliau, Bulughul Maram terlihat antaranya dari penyusunan dan pembentangan hadis-hadis berbentuk jawami’ul kalim, iaitu hadis-hadis yang mudah dan ringkas namun memuatkan serta mencakup maksud yang luas, lalu dihuraikan secara tematik dan susunan bab-bab yang sistematik. Kemudian, hadis-hadis yang dibukukan oleh beliau ini pula adalah merupakan hadis-hadis penting yang menjadi tunjang dasar hukum-hakam feqah bagi setiap mazhab ahlus sunnah.

Karya Al-Hafiz Ibnu Hajar ini mendapat perhatian dan pujian dari pelbagai lapisan ulama sezaman dan terkemudian sampai hari ini.

Kerana itulah, maka muncul kitab-kitab lain yang mengiringinya berorientasikan penjelas berupa syarah (huraian terperinci hadis-hadis) dan ta’liq (huraian ringkas faedah-faedah hadis) terhadap hadis-hadis yang terkandung padanya, diikuti takhrij (catatan sumber dan keabsahan hadis), dan huraian terhadap bab-bab yang dimuatkan di dalamnya. Di antara kita yang mengambil bahagian dalam perkara ini adalah seumpama kitab Subulus Salam karya Al-Imam Ash-Shan’ani rahimahullah (Wafat: 1182H), kemudian diikuti oleh kitab Taudhihul Ahkam min Bulughil Maram oleh Asy-Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman Al-Bassam rahimahullah yang turut memuatkan fatwa-fatwa fiqh kontemporari dalam isu dibahas. Kemudian, kitab Fiqhul Islam karya Syaikh ‘Abdul Qadir Suaibah Al-Hamd, Fathul ‘Allam karya Syaikh Muhammad Shiddiq Hasan Khan, Tuhfatul Kiraam karya Syaikh Muhammad Luqman As-Salafi, Fathul Dzil Jalali wal Ikram Syarh Bulughil Maram oleh Asy-Syaikh Ibn ‘Utsaimin rahimahullah, dan banyak lagi yang lainnya.

Sementara kitab di hadapan kita ini adalah salah satu di antaranya yang turut ikut terlibat dalam mensyarah, menjabarkan dan menghuraikan faedah-faedah dan kandungan fiqh hadis-hadis daripada kitab Bulughul Maram tersebut.

Kitab ini dengan judul Mukhtashar Al-Kalaam ‘ala Bulughil Maram (manakala edisi terjemahannya di hadapan kita berjudul Bulughul Maram dan Penjelasannya) adalah karya Asy-Syaikh ‘Faishal bin ‘Abdul ‘Aziz Al-Mubarak rahimahullah (Wafat: 1376H). Beliau termasuk tokoh ulama dari Riyadh pada masanya dan merupakan antara guru (Syaikh) kepada guru-guru para ulama yang ada di ‘Arab Saudi saat ini. Beliau termasuk ‘alim (orang yang berilmu) dalam pelbagai lapangan ilmu semisal ‘aqidah, tafsir, fiqh, hadis, dan juga Fara’id. Dan termasuk bukti keilmuan beliau, beliau telah diberi kepercayaan oleh guru beliau Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz An-Namr untuk mendudukui badan fatwa pada ketika itu (di tahun 1333H) di saat usianya semuda 20 tahun.

Secara ringkasnya, di sini disebutkan serba sedikit keistimewaan, methode penulisan dan methode penterjemahan kitab ini:

1, Bab dan matan ‘arab kitab Bulughul Maram (susunan Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah) dikekalkan lalu diikuti dengan terjemahannya.

2, Penomboran hadis-hadisnya berdasarkan penomboran standard, demikian pula takhrij hadis-hadis oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani juga dikekalkan, kemudian ditambah dengan catatan takhrij hadis-hadis pada bahagian nota kakinya berserta penomboran hadis-hadis.

3, Lalu dikuti dengan huraian dan catatan faedah-faedah hadis kitab Bulughul Maram oleh Syaikh Faishal Al-Mubarak dalam methode yang mudah, ringkas, dan ayat bahasa yang menarik lagi tuntas.

4, Penjelasan-penjelasan kalimat hadis yang sukar difahami juga turut dibawakan oleh Syaikh Faishal.

Dari keistimewaan kitab ini, ia menjadikannya sebagai antara kitab yang amat sesuai untuk setiap kalangan pembaca dari peringkat penuntut ilmu pemula, mahupun peringkat pertengahan. Perbahasannya ringan dan tidak terlalu membebankan para pembaca, terutamanya yang masih dalam fasa pemula atau yang masih mencari-cari asas dan langkah ke jalan ilmu dan asas-asas pengetahuan fiqh/feqah. [Disediakan oleh team Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Dan lebih istimewa, edisi terjemahan ini hadir dalam satu (1) jilid tebal sahaja secara lengkap. Tidak sebagaimana edisi-edisi syarah yang lainnya yang kebanyakannya tampil berjilid-jilid tebal. In-syaa-Allaah semoga dengan kehadiran edisi terjemahan kitab ini, ia akan memberi manfaat tambahan dan kemudahan yang banyak buat para penuntut ilmu yang ikhlas kerana Allah. Terutamanya untuk para pemula.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net