Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mendulang Hikmah Dari Kisah-Kisah Dalam Al-Quran

Mendulang Hikmah Dari Kisah-Kisah Dalam Al-Quran
Terbitan: Pustaka Al-Haura'
Product Code: Pustaka Al-Haura'
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.1 x 15.5 x 2.1

ISBN: 9786028775069
Availability: In Stock
Price: RM40.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mendulang Hikmah Dari Kisah-Kisah Dalam Al-Qur’an | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Idral Harits Abrar Thalib | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: - | Penerbit: Pustaka Al-Haura’ | Berat: 572g | Muka Surat: 390 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 24.1cm (tinggi) x 15.5cm (lebar) x 2.1cm (tebal) | ISBN: 978-602-8775-06-9 |


Banyak cara Allah Subhanahu wa Ta’ala menerangkan kebenaran di dalam Al-Qur’an. Kadang dengan targhib dan tarhib, atau memberikan perumpamaan, dan tidak jarang pula dengan mengisahkan keadaan umat-umat terdahulu. Demikianlah antara lain ilmu-ilmu yang terdapat di dalam Al-Qur’an yang mulia ini.

Kisah-kisah (Qashash) yang ada di dalam Al-Qur’an Al-Karim adalah salah satu kandungan ilmu-ilmu yang ada di dalam Al-Qur’an. Kebenaran dan keabsahan kisah-kisah yang terkandung di dalamnya menjadi bukti keabsahan dan kebenaran Al-Quran.

Oleh kerana itu, orang yang berakal sihat tidak akan meragukan bahawa kisah-kisah yang ada di dalam Al-Qur’anul Karim, pasti merupakan kisah yang nyata dan pernah terjadi di masa lalu. Dan kalau berkisah tentang masa yang akan datang, maka kisah itu pasti terjadi suatu saat nanti, cepat atau lambat.

Allah Subhanahu wa Ta’ala menerangkan kisah-kisah yang ada di dalam Al-Qur’an bukan sekadar untuk cerita, bukan untuk hiburan atau menimbulkan keharuan, tetapi sebaliknya adalah kisah yang mengandungi pelajaran dan hikmah yang sangat mulia. Allah Subhanahu wa Ta’ala menceritakan kisah-kisah itu dengan bahasa yang sangat indah dan mudah difahami. Demikianlah pula halnya seluruh isi Al-Qur’an, semua diungkap dengan bahasa yang indah dan mudah, sama ada tentang hukum-hukumnya, mahupun berita-beritanya.

Tentang hal ini, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِر

“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Qur’an untuk pelajaran, maka adakah orang mengambil pelajaran?” (Surah Al-Qamar, 39: 54)

Demikianlah keadaan Al-Qur’an. Lafaznya mudah dibaca dan dihafal. Makna-maknanya mudah difahami, kerana Al-Qur’an adalah perkataan yang paling baik lafaznya, paling besar maknanya, dan paling jelas tafsirnya. Kerana itu, siapa saja yang menghadapkan hati kepadanya nescaya Allah Subhanahu wa Ta’ala memudahkan tujuannya, semudah-mudahnya.

Lebih-lebih lagi, Al-Qur’an ini diturunkan tidak hanya untuk dibaca, tetapi juga ditadaburi ayat-ayatnya. Perintah mentadaburi ayat-ayat ini, ditujukan kepada seluruh manusia. Hal ini menunjukkan bahawa sesungguhnya Al-Qur’an ini dimudahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Semoga Allah merahmati Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah yang menyebutkan bahawa sebuah perkataan tidak akan dapat difahami sebagaimana yang diinginkan jika di dalam perkataan tersebut terdapat dalam satu dari tiga hal berikut ini:

1, Ketiadaan ilmu dari si pembicara tentang apa yang diucapkannya.

2, Tidak adanya kefasihan atau kecekapan serta kemampuan si pembicara  dalam menerangkan maksud.

3, Adanya kedustaan dan kecurangan serta kepalsuan dalam perkataannya.

Ketiga-tiga perkara ini sangat tidak mungkin ada pada ayat-ayat Allah Subhanahu wa Ta’ala, demikian pula pada sabda-sabda Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (yang sahih dari beliau).

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang diri-Nya:

وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا

“Siapakah yang lebih benar perkataannya dari Allah?” (Surah An-Nisa’, 4: 87)

Sebuah pertanyaan yang tidak lagi memerlukan jawaban, kerana sudah jelas tidak ada yang lebih benar dan lebih tepat perkataannya selain Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا

“Telah sempurna kalimat (firman) Rabbmu dalam hal kejujuran dan keadilan.” (Surah Al-An’am: 115)

Kesempurnaan yang disebutkan dalam ayat ini meliputi kesempurnaan dalam kebenaran atau kejujuran berita yang diterangkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kitab-Nya yang mulia ini (Al-Qur’an), dan kesempurnaan dalam hal keadilan hukum yang diterapkan-Nya terhadap para hamba-Nya, sehingga hukum-hukum tersebut berlangsung sepanjang masa, di negeri manapun dan untuk bangsa apapun.

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman tentang Kitab-Nya yang mulia:

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا (82)

“Apakah mereka tidak memerhatikan Al-Qur’an. Seandainya Al-Qur’an ini bukan dari sisi Allah, pasti mereka dapati di dalamnya perselisihan yang banyak.” (Surah An-Nisa’, 4: 82)

Dari huraian Asy-Syaikh As-Sa’di rahimahullah ini, jelaslah bahawa tidak mungkin terjadi pertentangan di dalam kitab Allah yang mulia ini, sama ada dalam hal berita mahupun perintah dan larangan-Nya, bila dan di mana saja. Tidak mungkin pula penjelasan tersebut menimbulkan keraguan dan rasa berat, kecuali pada hati orang-orang yang sudah dikotori oleh penyakit syubhat dan syahwat.

Oleh sebab itu, semua berita, termasuk kisah-kisah Al-Qur’an, pasti diungkap dengan bahasa yang sangat mudah dan indah. Bahkan, pelajaran yang disampaikan melalui sebuah kisah tentu lebih banyak faedahnya. Demikianlah hakikat kisah-kisah di dalam Al-Qur’an yang mulia ini.

Banyak dari kisah-kisah umat terdahulu termuat di dalam Al-Qur’an dan sebahagian lagi dalam hadis-hadis yang sahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Hal ini mengajak kita untuk merenungkan, mengapa begitu banyak Allah Subhanahu wa Ta’ala mengungkap pelbagai kisah dan kejadian umat manusia sebelum kita. Apakah rahsia dan hikmah di balik itu semua?

Sebahagian kisah, ada yang telah diceritakan di satu tempat, dengan susunan ringkas, kemudian di tempat yang lain diceritakan kembali, tetapi dengan susunan yang lebih panjang dan penyampaian yang berbeza, seperti kisah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa. Tetapi ada pula kisah yang hanya diceritakan satu kali, seperti kisah Nabi Yusuf, Dzul Qarnain, dan Ashhabul Kahfi.

Semua itu bukanlah perkara yang sia-sia dan tiada erti. Kerana itu, janganlah kita terburu-buru dengan menganggap bahawa telah terjadi pertentangan di antara masing-masing kisah tersebut. Atau lebih buruk lagi mengira bahawa telah terjadi pertentangan yang tajam di dalam Al-Qur’anul Karim.

Sesungguhnya, pengulangan sebahagian dari kisah tersebut mengandungi makna yang dalam. Tidak ada yang memahaminya kecuali orang-orang yang diberi taufiq oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Di sini akan dijelaskan beberapa hal penting terkait dengan kisah-kisah yang ada di dalam Al-Qur’anul Karim, sama ada pengertiannya mahupun faedah-faedahnya.

Lebih-lebih lagi, sebuah kisah yang baik akan mudah menembus ke dalam hati orang yang membaca atau mendengarnya dan menimbulkan kesan yang sangat mendalam. Bahkan, pelajaran yang disampaikan melalui pemaparan kisah lebih banyak faedahnya.

Beberapa Bentuk Kisah di Dalam Al-Qur’an

Ada tiga bentuk kisah yang terdapat di dalam Al-Qur’an, sebagai berikut.

Yang pertama, berupa kisah para Nabi Shalawatullahi wa Salamuhu ‘alaihim, yakni tentang dakwah mereka kepada umatnya, mukjizat yang Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan kepada mereka sebagai dukungan, sikap orang-orang yang menentang, dan tahap perkembangan dakwah serta akhir kesudahan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang mendustakan. Misalnya kisah Nabi Nuh, Huud, Sholeh, Ibrahim, Luth, Musa dan Harun, ‘Isa, dan Muhammad serta para Nabi lainnya, ‘alaihim shalawatullahi wa salamuhu.

Yang kedua, berupa kisah yang berkaitan dengan pelbagai peristiwa yang telah berlalu, seperti kisah Thalut dan Jalut, kisah Dzul Qarnain, dua putra Adam, para pemuda penghuni Gua (Ashhabul Kahfi), Qarun, Ashhabul Sabti (Orang-orang Yang Melanggar Larangan Hari Sabtu), Ashhabul Ukhdud (Para Pembuat Parit), Ashhabul fil (Tentera Bergajah), atau tentang orang-orang yang tidak diketahui dengan pasti jati diri mereka, seperti kisah ribuan orang yang keluar dari rumah-rumah mereka kerana takut mati dan orang yang dimatikan selama seratus tahun.

Yang ketiga, kisah tentang hal-hal yang terjadi pada masa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, seperti kisah perang Badr dan Uhud dalam surah Ali ‘Imran, perang Hunain dalam surah At- Taubah, tentang hijrah, dan Isra’ Mi’raj.

Faedah-Faedah Kisah-Kisah dalam Al-Qur’an

Kisah-kisah yang ada di dalam Al-Qur’an sarat dengan pelbagai faedah yang istimewa, di antaranya:

1, Menjelaskan landasan dasar (asas) dakwah mengajak manusia kepada Allah, menerangkan tentang pokok-pokok (ushul) syari;at yang dibawa oleh masing-masing nabi yang diutuskan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini menegaskan pula agama ini semuanya adalah milik Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ (25)

“Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawasanya tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Aku, maka ibadahilah Aku.” (Surah Al-Anbiya’, 21: 25)

2, Meneguhkan hati Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan umatnya di atas ajaran agama Allah Subhanahu wa Ta’ala, mengokohkan keyakinan kaum mukminin akan kemenangan al haq, tentara kebenaran serta terhinanya kebatilan dan para pembelanya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan tegas menerangkan hal ini sebagaimana firman-Nya:

وَكُلًّا نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ وَجَاءَكَ فِي هَذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ (120)

“Dan semua kisah dari rasul-rasul yang Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surah ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Huud, 11: 120)

3, Membenarkan para Nabi sebelumnya, dan menghidupkan nama serta melestarikan jejak mereka.

4, Menonjolkan kebenaran Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam dakwahnya melalui berita yang beliau sampaikan tentang keadaan masa lalu.

5, Menyingkap kedustaan Ahli Kitab dengan fakta, tentang keterangan dan petunjuk yang mereka sembunyikan serta tentangan kepada mereka dengan isi kitab mereka sediri sebelum diubah. Salah satu contohnya sebagaimana disebutkan oleh firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

كُلُّ الطَّعَامِ كَانَ حِلًّا لِبَنِي إِسْرَائِيلَ إِلَّا مَا حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَى نَفْسِهِ مِنْ قَبْلِ أَنْ تُنَزَّلَ التَّوْرَاةُ قُلْ فَأْتُوا بِالتَّوْرَاةِ فَاتْلُوهَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (93)

“Semua makanan adalah halal bagi Bani Israil melainkan makanan yang diharamkan oleh Isra’il (Ya’qub) untuk dirinya sendiri sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah: “(Jika kamu mengatakan ada makanan yang diharamkan sebelum turun Taurat ), maka bawalah Taurat itu, lalu bacalah dia jika kamu orang-orang yang benar.” (Surah Ali –Imran: 93)

6, Kisah itu merupakan sebahagian contoh tentang adab yang harus diperhatikn, semikian pula pelajaran-pelajarannya, harus tertanam kuat di dalam jiwa. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِأُولِي الْأَلْبَابِ

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.” (Surah Yusuf, 12: 111)

7, Menjelaskan hikmah Allah Subhanahu wa Ta’ala berkaitan dengan hal-hal yang termuat dalam kisah tersebut, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَلَقَدْ جَاءَهُمْ مِنَ الْأَنْبَاءِ مَا فِيهِ مُزْدَجَرٌ (4) حِكْمَةٌ بَالِغَةٌ فَمَا تُغْنِ النُّذُرُ (5)

“Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka beberapa kisah yang di dalamnya terdapat cegahan (dari kekafiran). Itulah suatu hikmah yang sempurna maka peringatan-peringatan itu tiada berguna (bagi mereka). “ (Surah Al-Qamar, 54: 4-5)

8, Menerangkan keadilan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan adanya hukuman yang ditimpakan kepada orang-orang yang mendustakan, sebagaiman firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَمَا ظَلَمْنَاهُمْ وَلَكِنْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ فَمَا أَغْنَتْ عَنْهُمْ آلِهَتُهُمُ الَّتِي يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ لَمَّا جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ

“Dan Kami tidaklah menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri, kerana itu tiadalah bermanfaat sedikitpun kepada mereka sembahan-sembahan yang mereka seru selain Allah, di waktu azab Rabbmu datang.” (Surah Huud, 11: 101)

9, Menerangkan kurnia Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan menyebutkan pahala yang dilimpahkans kepada orang yang beriman, sebagaimana firman-Nya:

إِلَّا آلَ لُوطٍ نَجَّيْنَاهُمْ بِسَحَرٍ (34) نِعْمَةً مِنْ عِنْدِنَا كَذَلِكَ نَجْزِي مَنْ شَكَرَ (35)

“Kecuali keluarga Luth. Mereka Kami selamatkan di waktu sebelum fajar menyingsing, sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah Al-Qamar: 34-35)

10, Sebagai hiburan bagi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam atas gangguan yang dilancarkan orang-orang yang mendustakan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَإِنْ يُكَذِّبُوكَ فَقَدْ كَذَّبَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ وَبِالزُّبُرِ وَبِالْكِتَابِ الْمُنِيرِ (25) ثُمَّ أَخَذْتُ الَّذِينَ كَفَرُوا فَكَيْفَ كَانَ نَكِيرِ (26)

“Dan jika mereka mendustakan engkau, sesungguhnya orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan (rasul-rasul-Nya); kepada mereka telah datang rasul-rasulnya dengan membawa mukjizat yang nyata, zubur, dan kitab yang memberi penjelasan yang sempurna. Kemudian Aku azab orang-orang yang kafir; maka (lihatlah) bagaimana (hebatnya) akibat kemurkaan-Ku.” (Surah Faathir: 25-26)

11, Membangkitkan semangat kaum mukminin terhadap keimanan dengan mendorong mereka agar konsisten di atasnya dan meningkatkannya ketika mengetahui keberhasilan orang-orang beriman yang terdahulu serta kemenangan mereka yang diperintah berjihad, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ وَكَذَلِكَ نُنْجِي الْمُؤْمِنِينَ (88)

“Maka Kami telah perkenankan doanya dan menyelamatkannya dari kedukaan. Dan demikianlah kami selamatkan orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Anbiya’, 21: 88)

Semoga buku ini bermanfaat kita semua...

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net