Judul: Himpunan Khutbah Jumaat Lengkap Dari Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan | Judul Asal (‘Arab): Al-Khutab Al-Minbariyah fi Al-Munasabat Al-Ashriyyah | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Tim Penerjemah Ummul Qurra | Penerbit: Ummul Qurra | Berat: 852g | Muka Surat: 478 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.6cm (tinggi) x 17.5cm (lebar) x 2.6cm (tebal) | ISBN: 978-979-0393-50-9 |
Khutbah Jumaat memiliki kedudukan yang agung dalam syari’at agama Islam. Selain menjadi rukun yang tidak terpisahkan dalam sebuah ritual ibadah, khutbah Jumaat juga memegang peranan sebagai media untuk mengingat dan menasihati masyarakat agar sentiasa berusaha meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, Sang Penguasa alam semesta.
Buku ini merupakan dokumentasi khutbah yang disampaikan oleh Asy-Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan, seorang ulama kontemporeri yang maklum dikenal kapasiti keilmuannya dan telah menghasilkan banyak karya emas yang sangat bermanfaat bagi umat Islam.
Beliau merupakan anggota Dewan Komiti Tetap bahagian Penelitian dan Fatwa Islam (Al-Lajnah Ad-Daa-imah lil Buhuts wal Ifta’) dalam majlis Dewan Ulama Senior (Hai’ah Kibar Al-‘Ulama) Saudi ‘Arabia.
Hadirnya buku ini diharap mampu menjadi rujukan sekaligus panduan pengisian khutbah yang berkualiti untuk para Khatib Jumaat. Tema-tema khutbah yang disajikan pun lebih bervariasi dan sangat bermaklumat; bermula dari perkara aqidah, fikih, ibadah, mu’amalah, hingga ke tema-tema kontemporeri sosial kemasyrakatan. Oleh kerananya, khatib tidak perlu risau atau bimbang untuk menyampaikan, mengambil, dan memanfaatkannya.