Judul: Nasihat & Pelajaran Calon Pengantin | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: ‘Abdullah bin Ibrahim Al-Qar’ali | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Team Penerbit | Penerbit: Sukses Publishing | Berat: 302g| Muka Surat: 207 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23.5cm (tinggi) x 16.1cm (lebar) x 1.1cm (tebal) | ISBN: 978-602-949-017-6 |
Impian indah berbunga-bunga sentiasa membayangi pemuda dan pemudi yang bersiap menjadi pengantin. Romantisme kehidupan terus mengiringi langkah-langkah menuju pelaminan. Namun itu dalam angan-angan. Sebab tidak setiap perkahwinan dan kehidupan rumah tangga menikmati keharmonisan bersama. Tidak jarang ditemukan bencana perselisihan mendera dan menjadikan rumah tangga goyah. Biduk rumah tangga tidak lagi meluncur menuju pulau idaman.
Sungguh teramat sayang, kedua mempelai itu tidak merasakan indahnya mahligai rumah tangga yang telah diperjuangkan dengan segenap tenaga, harta bahkan nyawa.
Bersyukurlah, buku di tangan anda ini adalah hadiah istimewa dan nasihat sejati sebagai pedoman kedua calon pengantin dalam membina rumah tangga, agar keduanya diliputi kebahagiaan, cinta kasih, dan pengertian bermakna, ketika cabaran dan ujian datang menerpa.
Berbahagialah anda membaca buku ini, kerana kebahagiaan rumah tangga para Nabi, syuhada’ dan orang-orang soleh insya Allah dapat anda hadirkan ke dalam istana kehidupan anda, kerana buku ini disusun berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah.
Semoga bermanfaat.