Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Hadits Lemah dan Palsu Yang Populer Di Indonesia

Hadits Lemah dan Palsu Yang Populer Di Indonesia
Terbitan: Pustaka Al Furqon
Product Code: Pustaka Al Furqon
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.6 x 14.5 x 1.75

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM37.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Hadits Lemah dan Palsu Yang Populer Di Indonesia | Penulis: Ahmad Sabiq B. Abdul Lathif Abu Yusuf | Penerbit: Pustaka al-Furqon | Berat: 500g | Muka Surat: 342m/s.


Buku ini adalah antara salah satu usaha mengumpulkan hadis-hadis yang lemah (dhaif) dan maudhu' (palsu) yang dianggap sahih serta popular dalam kalangan masyarakat kita di Nusantara ini. Bahkan amat sering disebut-sebut dan disebarkan oleh sebahagian kalangan ustaz dan da'i dalam ceramah-ceramah mereka. Sungguh, ini adalah suatu yang amat mendukacitakan dan termasuk bentuk-bentuk menipu masyarakat dan akan mengakibatkan pelbagai salah faham terhadap agama Islam itu sendiri. Mereka menganggapnya sebagai hadis, namun ianya bukan-lah hadis yang patut dijadikan sebagai hujah secara benar.
 
“Hadits” secara istilah adalah segala sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah Shalallahu 'alaihi Wa Sallam sama ada berupa ucapan, perbuatan, ketetapan, tingkah-laku atau-pun sifat jasad beliau. (Lihat: Taisir Mushtholah Hadits oleh Syaikh Mahmud ath-Thohhan, m/s. 14)
 
Pengertian ini sama dengan pengertian as-Sunnah, khabar dan atsar. Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar, Menurut ulama ahli hadits bahawa khabar itu sama dengan hadits, dan ada yang mengatakan bahawa hadits adalah yang datangnya daripada Rasulullah manakala khabar adalah yang datang dari selain beliau. Juga ada yang berpendapat bahawa semua hadits itu khabar namun tidak semua khabar itu hadits. (Lihat: Nuzhatun Nadhor ma'a Nukat, m/s. 52)
 
Hanya cuma sebahagian dari para ulama membezakan di antara hadits dengan atsar, mereka mengatakan bahawa hadits itu jika datangnya dari Rasulullah sedangkan kalau datangnya dari para sahabat maka disebut atsar. (Lihat: Dirosat fi Ulumil Hadits oleh Isma'il Salim Abdul 'All, m/s. 7. al-Hadits an-Nabawi oleh Muhammad as-Shobbagh, m/s. 15)
 
Adapun lemah, dalam bahasa Arabnya (adh-dhoifu) yang secara bahasa bererti lawan kepada kuat, sama ada tidak kuat secara fizik atau pun maknawi. Dan yang dimaksudkan di sini ialah tidak kuat secara maknawi.
 
Dari sini dapat kita simpulkan bahawa hadits lemah adalah hadits yang tidak memiliki kriteria hadits sahih dan hasan. Atau dengan bahasa yang lebih baik lagi bahawa hadits lemah adalah hadits yang tidak memiliki kriteria untuk diterima. (Lihat Muqoddimah Ibnu Sholah, m/s. 37. Tadriburrawi oleh Imam as-Suyuthi, 1/179. Ikhtishor Ulum Hadits oleh Imam Ibnu Katsir, m/s. 44. Taudhihul Afkar oleh Imam ash-Shon'ani, m/s. 7/247)
 
Syarat dan kriteria supaya sesebuah hadits dapat diterima adalah:
 
1. Sanadnya bersambung.
2. Perowinya dhabit (hafalanya bagus) baik secara sempurna ataupun agak berkurang sedikit.
3. Para perawinya 'adil (terpercaya).
4. Selamat dari syudzudz.
5. Selamat dari sebuah 'Hat qodihah" (sebuah cacat yang memberi kesan kepada kesahihan hadits).
 
Untuk mengetahui permasalahan ini dengan luas, silahkan menelusurinya pada kitab-kitab para ulama mushtholah hadits. Dan insyaAllah di mukaddimah buku ini akan turut dibahaskan berkaitan dengannya secara asas.
 
Bagaimana hukum jika meriwayatkan hadits-hadits lemah/dhoif, mengamalkan hadits Dhoif, dan apa saja hadits lemah dan palsu yang populer di Indonesia, para pembaca boleh semak melalui buku ini. Ia juga merangkumi hadits-hadits yang biasa diamalkan di Malaysia juga, tetapi rupa-rupanya ada yang tidak sahih.
 
Pembahasan Buku ini:
 
BAB 1 HADITS LEMAH, PENGERTIAN DAN HUKUM MERIWAYATKAN SERTA MENGAMALKANNYA
 
A. Pengertian Hadits Lemah
A. Pengertian Hadits Palsu
B. Sejarah Munculnya Hadits Palsu.
C. Sebab-sebab Pemalsuan Hadits
D. Ciri-ciri Hadits Palsu
E. Hukum Meriwayatkan Hadits Lemah
F. Hukum Mengamalkan Hadits Lemah
 
BAB 2 HADITS PALSU, PENGERTIAN DAN UKUM MERIWAYATKAN SERTA
MENGAMALKANNYA
 
F. Hukum Meriwayatkan Hadits Palsu
G. Hukum Mengamalkan Hadits Palsu
 
BAB 3 UPAYA PARA ULAMA DALAM MENENTANG HADIS LEMAH DAN PALSU
 
Hukum Memalsukan Hadits
 
BAB 4 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM BAB ILMU DAN AMAL
 
BAB 5 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM AQIDAH
 
BAB 6 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM THOHAROH
 
BAB 7 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM SOLAT
 
BAB 8 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM PENGURUSAN JENAZAH
 
BAB 9 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM ZAKAT DAN SEDEKAH
 
BAB 10 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM PUASA
 
BAB 11 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM HAJI DAN UMRAH
 
BAB 12 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM PERNIKAHAN,PERCERAIAN & ANAK
 
BAB 13 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM MU'AMALAH
 
BAB 14 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM MAKANAN DAN MINUMAN
 
BAB 15 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM ADAB DAN AKHLAK
 
BAB 16 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM HUKUM DAN JENAYAH
 
BAB 17 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM DO'A, DZIKIR DAN AL-QUR'AN
 
BAB 18 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM JIHAD DAN PEMERINTAHAN
 
BAB 19 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM BERBAGAI MASALAH AGAMA
 
INDEKS HADITS LEMAH DAN PALSU.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net