Judul: Fatwa-fatwa Jual Beli | Judul Asal ('Arab): (tidak dinyatakan) Susunan oleh: Ahmad bin 'Abdurrazzaq Ad-Duwaisy| Fatwa-fatwa oleh: Barisan ulama lajnah Ad-Da-imah (Saudi Arabia) | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 1.3kg | Muka Surat: 576m/s. (Hard cover)
Islam adalah agama yang sempurna yang menekankan setiap persoalan syara' dan kehidupan. Islam, selain menjelaskan persoalan sekitar aqidah, ibadah dan akhlak, Islam juga turut membahaskan berkaitan mu'amalah dan perniagaan dalam kehidupan manusia sehari-hari. Islam mengatur dan membimbing manusia dalam pelbagai perkara, termasuk persoalan ini.
Maka, buku yang berada di hadapan anda ini adalah merupakan sebuah buku yang menghimpunkan fatwa-fatwa para ulama dari Majlis Tetap Penyelidikan Ilmiyah dan Fatwa (Lajnah ad-Daa'immah) 'Arab Saudi yang diketuai oleh Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Bazz rahimahullah. Fatwa-fatwa yang terkandung di dalam buku ini telah ditulis dan disusun semula secara sistematik dan teliti oleh Syaikh Ahmad B. 'Abdurrazzaq ad-Duwaisy, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk Fatwa soal-Jawab berkaitan persoalan seperti perniagaan, jual beli, perbankan, riba, pertukaran mata wang, saham, simpanan kewangan, kad kredit, dan pinjaman kewangan. Semoga apa yang disampaikan melalui buku ini mampu membantu kita semua dalam pelbagai urusan perniagaan dan jual-beli kita sehari-hari agar sentiasa berada di atas landasan agama yang benar.