Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ritual Ramadhan Antara Adat dan Syariat, Menguak Rahsia dan Misteri Ramadhan

Ritual Ramadhan Antara Adat dan Syariat, Menguak Rahsia dan Misteri Ramadhan
Terbitan: Pustaka Imam Bonjol
Product Code: Pustaka Imam Bonjol
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 17 x 13 x 1.3

ISBN: 9786027052895
Availability: In Stock
Price: RM14.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ritual Ramadhan Antara Adat dan Syariat, Menguak Rahsia dan Misteri Ramadhan | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Zainal Abidin bin Suyamsuddin | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Pustaka Imam Bonjol | Berat: 180g| Muka Surat: 216 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 17cm (tinggi) x 13cm (lebar) x 1.3cm (tebal) | ISBN: 978-602-70528-9-5 |


Saudaraku, hanyalah orang-orang yang beriman yang merindukan kehadiran Ramadhan sehingga mereka pun dapat merasakan sentuhan rahmat, titisan berkah, luasnya ampunan, dan indahnya pembebasan dari Neraka, mereka juga mampu mencapai rahsia dan hikmah puasa Ramadhan.

Tanpa keimanan, puasa Ramadhan tidak akan mampu dirasai kemuliaan dan kemanfaatannya. Tanpa keimanan, puasa Ramadhan tidak akan bererti dan tidak pula bermanfaat. Atas sebab itulah Allah mewajibkan puasa Ramadhan dengan seruan:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang BERIMAN, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah, 2: 183)

Pada bulan Ramadhan, pelbagai keutamaan datang bersamanya. Ramadhan adalah ladang yang luas dengan keberkahan dari Sang Maha Pengasih, bulan yang dipenuhi dengan keampunan dan rahmat. Pada bulan Ramadhan jugalah titik mula diturunkan Al-Qur’an yang menjadi rahmat dan petunjuk bagi yang mahu mengimaninya. Kerana itulah bulan Ramadhan menjadi bulan yang sangat dinanti oleh oleh kaum muslimin. Siapa yang memakmurkannya dengan amal-amal yang soleh sebagaimana yang disunnahkan oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka dia pun akan meraih limpahan pahala dan pelbagai keutamaan, sehingga ia pun dapat menjadi benteng dan perisai dari Neraka.

Saudaraku kaum muslimin, Ramadhan datang berulang, namun sangat disayangkan banyak kaum muslimin yang menyia-nyiakan Ramadhan dan tidak menyambutnya dengan suka-cita. Banyak di antara mereka menyambutnya dengan hati yang lalai, dengan penyimpangan, kemaksiatan, kebid’ahan, dan malah kesyirikan.

Sedangkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الْأَكْلِ وَالشُّرْبِ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ

“Bukanlah puasa itu hanya pada menahan makan dan minum, akan tetapi puasa itu juga pada menahan dari al-laghwu (kesia-siaan) dan ar-rafats (syahwat).” (Shahih Ibn Khuzaimah, no. 1996)

Sehingga Ramadhan yang penuh dengan keberkahan, rahmat dan keampunan pun menjadi tidak bermakna bagi sebahagian orang, kerana mereka tidak memanfaatkan sebagaimana semestinya.

Sebagai seorang muslim, seharusnya kita menyambut Ramadhan dengan semangat dan meneguhkan keimanan, memantapkan ilmu, dengan taubat nasuha, merawat hak-hak Ramadhan, mempersiapkan mental, dan berdoa kepada Allah agar bertemu bulan Ramadhan dalam keadaan sihat sama ada dari sudut zahit mahupun bathin, bukannya dengan penyimpangan yang menyelisihi syariat.

Semoga dengan kehadiran buku ini mampu menyegarkan kembali kerinduan dan perhatian kita kepada bulan Ramadhan sebagaimana seharusnya, sehingga kita pun mampu meraih pelbagai keutamaan yang terkandung padanya sama ada keberkahannya, keampunan dari-Nya, mahupun rahmat-Nya. Dan semoga Allah melindungi kita dari pelbagai penyimpangan dan pelanggaran yang mengotori keindahan, kesucian dan keagungan bulan Ramadhan.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net