Judul: Percikan Hikmah dari Kisah Tabi’in | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Fariq Gasim Anuz | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 230gram | Muka Surat: 171m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 21cm (tinggi) x 14.2cm (lebar) x 0.9cm (tebal) | ISBN: 978-602-9183-83-2 |
Melalui buku ini, akan dipaparkan biografi tiga tokoh ulama kaum muslimin yang lahir dan hidup di kurun yang mulia atau kurun terbaik bersama para sahabat Nabi kita, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Biografi yang pertama, beliau adalah Salim, yakni putra kepada ‘Abdullah bin ‘Umar bin Al-Khaththab. Beliau adalah cucu kepada khalifah Islam ternama iaitu ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu, dan merupakan ana seorang tokoh sahabat yang dikenal sangat berpegang tegung terhadap sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, yakni ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, atau dikenal dengan nama Ibnu ‘Umar.
Di bahagian perbahasan biografi Salim ini para pembaca akan menelusuri tentang adab-adab penting dalam menuntut ilmu, sikap zuhud terhadap dunia dan cinta terhadap akhirat, seni dalam berdiplomasi, dan hakikat cinta kepada ahlul bayt.
Biografi kedua, kita akan menelusuri peribadi seorang tokoh bernama Ali bin Zainal Abidin, yang merupakan cucu kepada ‘Ali bin Abi Thalib, anak kepada Husain bin ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhum. Pada bahagian ini kita akan telusuri hal-ehwal kemuliaan nasab bukan jaminan ketaqwaan, tentang hubungan harmoni antara ahlul bayt dengan para sahabat Nabi yang lainnya, sikap saling memaafkan dan tidak berdendam dalam kalangan para sahabat, serta peribadi manusia yang dermawan lagi banyak bersedekah.
Dan biografi ketiga, kita akan kenali seorang tokoh bernama Ahnaf bin Qays. Seorang tokoh dari kalangan Tabi’in, tidak sempat bertemu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, namun beliau telah mendapat doa dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara khusus. Bagaimanakah ianya berlaku? Ini akan kita saksikan kisahnya melalui buku ini.
Pada biografi Ahnaf bin Qays juga akan kita telusuri beberapa perkara, antaranya, kebenaran wajib diterima walaupun dari seorang kanak-kanak kecil, khabar gembira untuk orang-orang yang mendorong kepada Islam, keutamaan anak yatim yang mana Ahnaf termasuk di dalamnya, kriteria pemimpin yang dicintai, sikap Ahnaf yang pendiam namun bicaranya sangat dihormati, adab dalam bergaul, dan didikan agar selalu memuhasabah diri.
Di samping tiga tokoh ini, pada buku ini turut terpapar beberapa kisah dari tokoh yang lainnya yang sangat bermanfaat, yang antaranya adalah kisah Mu’awiyah dan ‘Abdullah bin Az-Zubayr, kisah Al-Imam Fudhayl bin ‘Iyadh bersama Harun Ar-Rasyid, kisah Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar dengan Al-Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi, kisah Asy-Syaikh Muhammad bin Amin Asy-Syanqithi, kisah Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz dengan pencuri, dan beberapa lain yang lain.
Semoga ini semua dapat memberi manfaat yang besar buat kita.