Judul: Mengasah Kepekaan, Panduan Untuk Keluarga, Pendidik, dan Lain-lain | Judul Asal (‘Arab): Tidak dinyatakan oleh penterjemah | Penulis: Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Ali bin Fauzan | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 200gram | Muka Surat: 198 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20cm (tinggi) x 12.3cm (lebar) x 1cm (tebal) | ISBN: 978-979-3772-72-1 |
Secara ringkas, dapat kami kongsikan di sini bahawa buku ini antara yang baik dalam memberi penjelasan pentingnya sikap peka dan prihatin dalam diri seseorang sekaligus tatacara memupuk dan melahirkan sikap tersebut secara benar.
Buku ini memberi banyak contoh-contoh sikap peka dan prihatin dalam hadis-hadis Nabi berserta kisah-kisah para salaf dalam segenap keadaan. Setelah itu penulis bentangkan pula bagaimana untuk menerapkan, meneladani, dan mendorong para pembaca sekalian untuk mengamalkannya.
Di antara sub-perbahasan penting dalam buku ini adalah:
1, Permasalahan kurangnya kepekaan dan keprihatinan anak-anak terhadap orang tua atau ibu bapa dan bagaimana untuk menanganinya.
2, Permasalahan kurangnya kepekaan dan keprihatinan dalam hubungan sesama suami isteri dan bagaimana untuk menanganinya.
3, Memupuk sikap peka dan prihatin terhadap mertua dan menantu.
4, Memupuk sikap peka dan prihatin terhadap jiran tetangga.
5, Memupuk sikap peka dan prihatin terhadap guru dan pelajar.
6, Perkara-perkara yang membantu untuk meningkatkan sikap peka.
7, Kesimpulan dari perbahasan tentang kepekaan dalam menjaga perasaan orang.
Semoga bermanfaat.