Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Menghayati Erti Zuhud

Menghayati Erti Zuhud
Terbitan: Al-Hidayah Publication (KL)
Product Code: Al-Hidayah Publications
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23 x 15.2 x 2.2

ISBN: 9789674392239
Availability: In Stock
Price: RM25.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Menghayati Erti Zuhud | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Prof. Dr. Basri Ibrahim | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: - | Penerbit: Al-Hidayah Publication | Berat: 604gram | Muka Surat: 443 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23cm (tinggi) x 15.2cm (lebar) x 2.2cm (tebal) | ISBN: 978-967-439-223-9 |


ZUHUD bermaksud tidak mementingkan hal-hal yang bersifat keduniaan dengan mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, di mana dunia tidak mempersonakan dirinya dalam hubungannya dengan Allah dan menjalankan agamanya. Zuhud termasuk sebahagian dari ajaran Islam yang sangat penting dalam rangka mengendalikan diri dari pengaruh-pengaruh negatif kehidupan dunia.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

“Dan tidakkah (dinamakan) kehidupan dunia, melainkan permainan dan senda-gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka, tidakkah kamu memahaminya?” (Surah Al-An’am, 6: 32)

Zuhud dapat memberikan pemahaman sepenuhnya bahawa dunia adalah perkara yang tidak ada maknanya dan akan cepat membuat bosan jika dibandingkan dengan apa yang ada di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Zuhud dapat menghadirkan perasaan bahawa kehidupan di dunia ini sifatnya hanya sementara, sehingga ianya mampu melahirkan rasa qona’ah (cukup) pada diri seseorang terhadap rezeki-Nya dan bersabar terhadap ujian Allah Subhanahu wa Ta’ala. Zuhud melahirkan sikap wara’ (menjaga diri agar tidak terjatuh kepada hal-hal syubhat), membuahkan tawakal, sabar dan syukur.

Ramai tokoh-tokoh besar yang mempunyai sifat zuhud kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sebagai contoh; Abu Sakar As-Siddiq radhiyallahu ‘anhu, seorang yang kaya namun sedikit pun tidak menghalang dirinya untuk mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sifat zuhud ini penting kerana dapat membuat manusia memikirkan dan merenungi akhirat. Zuhud juga dapat mengekang hawa nafsu manusia. Zuhud dapat menghadirkan perasaan bahawa kenikmatan duniawi tidak boleh memalingkan hati dan zikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan sifat zuhud dan contoh-contoh yang terdapat pada tokoh-tokoh yang terdiri daripada sahabat-sahabat nabi serta kelebihannya serta cara menampatkannya, maka buku ini adalah antara yang berusaha memberikan pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga kita akan mampu meraih sifat zuhud yang benar.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net