Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Shalahuddin Al-Ayyubi, Pahlawan Islam Pembebas Baitul Maqdis

Shalahuddin Al-Ayyubi, Pahlawan Islam Pembebas Baitul Maqdis
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kautsar (10(6))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16.1 x 3.4

ISBN: 9789795926139
Availability: In Stock
Price: RM74.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Shalahuddin Al-Ayyubi, Pahlawan Islam Pembebas Baitul Maqdis | Judul Asal (‘Arab): Shalahuddin Al-Ayyubi wa Juhuduhu fil Qadha’ ‘ala Ad-Daulah Al-Fathimiyah wa Tahriri Baitil Maqdis | Penulis: Prof. Dr. Ali Muhammad Ash-Shallabi | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Team Pustaka Al-Kautsar | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 1020gram | Muka Surat: 747 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.5cm (tinggi) x 16.1cm (lebar) x 3.4cm (tebal) | ISBN: 978-979-592-613-9 |


Tahukan Anda tentang kisah di balik tokoh bernama Shalahuddin Al-Ayyubi, berikut kami sampaikan sedikit di antaranya:

>> Perang Salib (Crusade) adalah perang terlama antara dua penganut agama, Islam dan Kristian. Ia berlangsung hampir dua abad lamanya, dari tahun 1095M sampai 1291M.

>> Perang Salib merupakan agenda besar yang dipelopori oleh Paus Urbanus II, khasnya semenjak peristiwa pertemuan kaum Kristian di Clermont, Perancis Selatan. Perang ini bukan hanya untuk mendukung Kerajaan Bizantium yang menerima serangan dari Kerajaan Bani Saljuk, tetapi juga untuk menunjukkan dominasi Gereja Barat atas Gereja Timur (yang berpusat di Konstantinopel).

>> Idea sebenar yang mendorong serangan kaum Salib adalah bertujuan merampas Baitul Maqdis (Al-Aqsha) dari tangan kaum Muslimin, kerana mereka meyakininya sebagai tempat suci kaum Kristian. Sedang pegangan dasar umat Islam, adalah keyakinan bahawa Baitul Maqdis adalah tempat Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, merupakan Kiblat pertama kaum Muslimin, dan kota suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.

>> Perang Salib terjadi secara bergelombang, merentas generasi, kekuasaan politik, dan realiti zaman. Pusat pertembungan dan konflik berada di wilayah Syam (kini dikenal dengan nama Suria (atau Syiria), Palestin, dan Lebanon).

>> Kerajaan Islam yang terlibat dalam barisan depan memerangi kaum Salib ketikaitu meliputi Kesultanan Bani Saljuk, Dinasti Az-Zanki (Imaduddin Zanki dan Nuruddin Mahmud), Dinasti Al-Ayyubiyah, serta Dinasti Mamalik. Dan Shalahuddin Al-Ayyubi muncul dari kekuasaan Dinasti Al-Ayyubiyah.

>> Shalahuddin Al-Ayyubi adalah individu pahlawan Islam yang punya wibawa dan keutamaan. Beliau adalah seorang Sultan (raja) yang adil, panglima perang, mujahid dalam Islam, termasuk ahli ilmu, ahli dalam politik, ahli ibadah, seorang zahid (yang meninggalkan kemewahan dunia), serta pemimpin yang pemurah dan penuh belas kasih.

>> Saat baru dilahirkan, bayi Shalahuddin telah melalui pelbagai ujian. Ketika itu keluarganya mendapat ancaman besar, sehingga harus berpindah ke Damsyik secara diam-diam. Dalam proses perpindahan ini bayi Shalahuddin sering menangis, sehingga membuat ayahnya hilang kesabaran. Namun sang ayah diingatkan, bahawa bayi (Shalahuddin) tidak memiliki kesalahan apapun, sehingga tidak seharusnya diapa-apakan.

>> Tokoh-tokoh yang menjadi inspirasi Shalahuddin Al-Ayyubi ketika itu adalah Nuruddin Mahmud Az-Zanki. Beliau adalah guru, pembimbing, sekaligus teladan. Misi membebaskan Baitul Maqdis telah dimulai oleh Nuruddin Az-Zanki, lalu berhasil dilestarikan oleh Shalahuddin.

>> Shalahuddin pernah mencapai kekuasaan politik yang luas di Mesir dan Syam, sehingga menimbulkan kebimbangan bagi Khalifah ‘Abbasiyyah. Namun beliau adalah seorang yang taat dan tunduk kepada Khalifah ‘Abbasiyyah, tidak memiliki tujuan memberontak; bahkan beliau berjasa mengangkat wibawa Khilafah ‘Abbasiyyah di mata kaum Muslimin sedunia.

Ikuti kisah selengkanya di buku ini.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net