Judul: Amalan-amalan Untuk Meraih Tingkatan Tertinggi Surga | Judul Asal (‘Arab): Kaifa Tarfa’u Darajataka fil Jannah | Penulis: Muhammad Ibrahim An-Nu’aim | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Iman Sulaiman | Penerbit: Qisthi Press | Berat: 0.180kg | Muka Surat: 161 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.5cm (tinggi) x 13.6cm (lebar) x 0.8cm (tebal) | ISBN: 979-371-533-2 |
Syurga dan cara meraihnya merupakan topik yang tak pernah membosankan untuk dibicarakan. Perbicaraan tentangnya membuat jiwa yang suci menjadi bahagia. Dan bagi akal yang sejahtera dan bijak pasti membuat seseorang bertekad besar untuk menggapainya. Adakah orang yang tak ingin ke Syurga? Adakah yang tidak pernah mengimpikan Syurga?
Bercita-citalah dengan cita-cita terbesar dan mulia, bertekadlah untuk meraih Syurga!
Syurga! Apakah Syurga itu? Ia cahaya yang gemerlapan, penuh harum, istana yang tinggi, aliran sungai jernih dan menyegarkan, buah-buahan yang ranum, para bidadari yang menawan, perhiasan yang melimpah, sahabat yang kekal, keindahan yang tidak sirna, dan kehidupan yang abadi. Seharusnya wajarlah Syurga menjadi harapan dan impian setiap orang.
Syurga merupakan balasan besar dan pahala agung yang disediakan oleh Allah untuk para kekasih-Nya dan orang-orang yang taat kepada-Nya. Syurga merupakan nikmat yang sempurna, tidak tergambarkan dek mata dan pancaindera.
Penjelasan Allah dan Rasul-Nya tentang Syurga dan pelbagai hal tentangnya membuat hati tercengang, kerana akal dan hati manusia tidak mampu menggambarkan kebesaran dan keagungannya. Syurga menyimpan banyak kenikmatan yang belum pernah disaksikan oleh mata dan tidak pernah terdengar oleh telinga, belum pernah terdetik oleh hati manusia.
Siapa yang memasukinya, nescaya akan merasakan kenikmatan yang tiada taranya, terlupa segala sengsara, dan tidak ada nilainya segala keindahan yang ada di dunia.
Dari itu, sudahkan anda bercita-cita untukmenggapai Syurga? Sudahkah anda menanamkan impian terhadapnya? Pernahkan air mata bercucuran kerana merindukannya? Pernahkah anda memohon kepada Allah dengan sesungguhnya agar tidak terhalang dari memasukinya?
Buku ini adalah sebuah buku yang snagat baik, sangat memotivasikan pembacanya untuk bercita-cita dan bertekad mendapat Syurga. Penulis menjelaskan tentang keindahan Syurga yang tiada taranya berserta sifat-sifatnya berdasarkan tingkatan-tingkatannya, diikuti sifat penghuni-penghuninya dan gambaran-gambaran kenikmatan yang terkandung padanya. Sehingga setiap hati pasti menginginkan dan termotivasi untuk ke sana.
Buku ini juga memaparkan beberapa amalan yang dapat meninggikan kedudukan dan tingkatan kita di Syurga. Setiap perbahasannya didasari dengan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi yang sahih.
Marilah sama-sama kita saksikan gambaran keindahan dan kenikmatan Syurga, agar kita pun benar-benar termotivasi untuk ke sana, memahatkan cita-cita terbesar sebagai seorang hamba!
Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ فِي الجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ، أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِهِ، كُلُّ دَرَجَتَيْنِ مَا بَيْنَهُمَا كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ، فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَسَلُوهُ الفِرْدَوْسَ، فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الجَنَّةِ، وَأَعْلَى الجَنَّةِ، وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ، وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الجَنَّةِ
“Sesungguhnya di Syurga ada seratus darjat (tingkatan) yang disediakan untuk para mujahid (yakni para pejuang) di jalan Allah. Jarak setiap antara dua tingkatannya seperti jarak antara bumi dan langit. Apabila kamu memohon kepada Allah, maka mohonlah Syurga Al-Firdaus, kerana ia adalah Syurga yang paling tengah dan paling tinggi.
Dan di atasnya adalah ‘Arsy Ar-Rahman, darinya terpancar sungai-sungai Syurga.” (Shahih Al-Bukhari, no. 7423)
Dari hadis Abu Sa’iid, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ أَهْلَ الدَّرَجَاتِ العُلَى لَيَرَاهُمْ مَنْ تَحْتَهُمْ كَمَا تَرَوْنَ النَّجْمَ الطَّالِعَ فِي أُفُقِ السَّمَاءِ، وَإِنَّ أَبَا بَكْرٍ، وَعُمَرَ مِنْهُمْ وَأَنْعَمَا
“Sesungguhnya para penghuni di tingkatan tertinggi Syurga akan terlihat oleh penghuni yang berada di tingkatan bawahnya umpama bintang-bintang di kaki langit. Dan bahawa Abu Bakr dan ‘Umar termasuk dari mereka dan mendapat kenikmatan.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3658. Dinilai hasan oleh At-Tirmidzi)
Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ أَهْلَ الْجَنَّةِ لَيَتَرَاءَوْنَ فِي الْجَنَّةِ، كَمَا تَرَاءَوْنَ - أَوْ تَرَوْنَ - الْكَوْكَبَ الدُّرِّيَّ الْغَارِبَ فِي الْأُفُقِ الطَّالِعَ فِي تَفَاضُلِ الدَّرَجَاتِ "، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، أُولَئِكَ النَّبِيُّونَ، قَالَ: " بَلَى، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، وَأَقْوَامٌ آمَنُوا بِاللهِ، وَصَدَّقُوا الْمُرْسَلِينَ
“Bahawa para penghuni Syurga akan melihat penghuni kamar-kamar Syurga di atasnya seperti mereka melihat bintang-bintang yang bertebaran di ufuk timur dan barat disebabkan perbezaan keutamaan tingkatan-tingkatannya.”
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah itu tempat untuk para Nabi?”
Rasulullah pun bersabda:
“Tidak, demi yang jiwaku di Tangan-Nya, tetapi itu juga untuk mereka yang beriman kepada Allah, dan orang-orang yang membenarkan para rasul.” (Musnad Ahmad, no. 8471)
Semoga bermanfaat.