Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Buku Poket Akibat Makanan Yang Haram

Buku Poket Akibat Makanan Yang Haram
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 14 x 9 x 0.4

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM3.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Buku Poket Akibat Makanan Yang Haram | Judul Asal (‘Arab): Fannaaru aulaa bihi (aatsaaru akli haraami) | Penulis: Asy-Syaikh ‘Abdullah bin Sa’ad Al-Faalih | Tahqiq/Takhrij: oleh penulis | Penterjemah: Ahmad Syaikhu | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 38g | Muka Surat: 64 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 14cm (tinggi) x 9cm (lebar) x 0.4cm (tebal) | ISBN: - |


Sungguh banyak kaum muslimin di masa sekarang ini mengambil mudah permasalahan halal-haram. Sampai-sampai ada yang mengatakan, “Mahu dapatkan yang haram saja susah, inikan pula yang halal...” Subhanallaah..

Akhirnya mereka pun terjerumus dalam hal-hal yang haram tersebut sehingga mereka saling berlumba-lumba kepadanya. Bahkan agama juga turut mereka jual untuk mendapatkan harta dan mengejar kekayaan. Lihat saja pada perniagaan air jampi, kismis doa, konsert selawat, tangkal cop capal Nabi, dan seumpamanya. Ia sangat berleluasa pada hari ini.

Sebagaimana dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ، لاَ يُبَالِي المَرْءُ بِمَا أَخَذَ المَالَ، أَمِنْ حَلاَلٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ

“Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana seseorang tidak peduli terhadap harta yang dia perolehi itu adakah dari yang halal ataupun dari yang haram.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2083)

Dari harta yang haram, banyak kesan-kesan lain yang akan zahir. Di antaranya adalah kerosakan hati, jauhnya dari Allah, masyarakat berpecah-belah, doa tidak terkabul, hidup dipenuhi kegelisahan, hilangnya keberkahan, dan bakal mendapat ancaman di hari akhirat jika tidak bertaubat.

Maka atas alasan itulah di sini sebagai salah satu usaha kami, kami berusaha untuk menyebarkan risalah ini untuk saling memberi peringatan dan mencari pahala dari sisi Allah.

Semoga bermanfaat dan semoga Allah memberi kita hidayah dan taufiq-Nya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net