Judul: Penjelasan Mendasar Rukun Iman karya Asy-Syaikh Ibn ‘Utsaimin | Judul Asal (‘Arab): Ushul Al-Iman | Penulis: Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah | Tahqiq/Takhrij: oleh penulis/penterjemah | Penterjemah: ‘Abdurrahman | Penerbit: Darul Haq | Berat: 112g | Muka Surat: 122 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 17.4cm (tinggi) x 12.6cm (lebar) x 0.65cm (tebal) | ISBN: 978-979-1254-92-2 |
Ilmu tentang rukun Iman adalah ilmu yang paling penting dalam agama Islam. Ini adalah kerana Iman merupakan landasan amal. Para ulama mengatakan bahawa Syari’at Islam itu secara global terbahagi menjadi dua:
Syari’at i’tiqadiyyah (keyakinan) dan Syari’at ‘amaliyah (perbuatan).
Dan buku ini menjelaskan dasar-dasar Syari’at i’tiqadiyyah tersebut.
Iman yang baik terbentuk dari ilmu yang baik pula, dan ilmu yang baik pasti didasari oleh al-Qur’an dan As-Sunnah di atas pemahaman para sahabat Nabi yang mulia, dan pastinya akan sejalan dengan akal yang sihat. Inilah yang dijelaskan oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah melalui buku ini.
Beliau menjelaskan rukun-rukun Iman yang enam dengan pelbagai persoalan cabang-cabang darinya, dengan mudah dan jelas, berdasarkan dalil-dalil yang tepat dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, diikuti dengan dalil-dalil ‘aqli (nalar), sehingga diharapkan dengan penjelasan ini akan membantu membuka jalan yang terang untuk menggapai hakikat dari keimanan.
Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah adalah salah seorang di antara barisan imam dan ulama besar ahlusunnah wal jamaa’ah di zaman ini. Sehingga para ulama pun mencadangkan agar karya-karya ilmiah yang ditinggalkan oleh beliau ditela’ah dan dipelajari.
Dan buku ini adalah salah satu dari buku terbaik beliau yang mencakup perbahasan tentang rukun-rukun iman.
Semoga bermanfaat.