Judul: Riyadhus Shalihin | Judul Asal: Riyadhus Shalihin min Kalam Sayyid al-Mursalin | Penulis: Imam An-Nawawi Rahimahullah (Wafat: 676H) | Komentar: Syaikh Muhammad B. Sholeh Al-'Utsaimin | Takhrij: Syaikh Al-Albani | Penerbit: Pustaka Imam As-Sunnah | Berat: 2.0kg | Muka Surat: 1245m/s.
Kitab Riyadhus Shalihin karya Al-Imam An-Nawawi rahimahullahu Ta’ala tentunya tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat umat Islam umumnya, khususnya Ahlus Sunnah wal-Jama’ah bermazhab Asy-Syafi’i. Kitab ini memuatkan susunan mutiara hadis-hadis berharga lagi penting. Di antara keistimewaan naskhah ini adalah disertakan ta’liq (komentar atau catatan ringkas) dua ulama ahli sunnah yang menjadi ikutan abad ini iaitu Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dan Syaikh Muhammad bin Soleh Al- ‘Utsaimin rahimahumallahu Ta’ala pada bahagian nota kakinya.
Oleh kerana itu, bertambahlah keindahan, kebaikan, kesolehan, dan cakupan kitab ini. Atas kurniaan Allah, kitab ini mencakupi bab-bab adab, akhlak, doa, sabar, haji, jihad, ilmu, bab larangan-larangan syari’at, taubat dan ikhlas yang kesemuanya tidak boleh dilepaskan oleh seseorang muslim ataupun muslimah untuk mengetahuinya.
Selamat menela’ah dan mengambil mafaat dari sebuah kitab yang penuh keindahan ilmu ini.