Judul: Agar Suami Disayang Isteri | Judul Asal: Min Akhtha’il Azwaj | Penulis: Asy-Syaikh Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Ahmad Syaikhu | Penerbit: Pustaka At-Tazkia | Berat: 0.192kg | Muka Surat: 216 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 17.5cm (tinggi) x 12.4cm (lebar) x 1.2cm (tebal) | ISBN: 978-98860-4-X |
Di antara kebaikan, kenikmatan, keharmonian, dan kebahagiaan di dalam kehidupan diperolehi melalui hidup berumah-tangga di atas ikatan pernikahan yang sah. Kemudiannya, kebahagiaan yang sebenar itu akan mampu diraih melalui sikap taat di dalam beragama.
Dari itu, sebuah rumah tangga yang bahagia perlulah diisi, dihiasi, dan dipenuhi degan kemurnian cinta serta kasih sayang di atas petunjuk agama di samping sikap saling bertolak-ansur, nasihat-menasihati, berusaha memahami antara satu sama lain, dan sentiasa berusaha menyelesaikan masalah yang datang. Selain itu, seorang suami yang soleh di dalam sebuah rumahtangga adalah satu sisi yang sangat penting yang memainkan peranan dalam pelbagai perkara. Dan seorang suami yang soleh, perlu bijak dalam menangani sikap, pandangan, kehendak, naluri, jiwa, dan keperluan seorang isteri. Dengan itu, buku ini pun disusun oleh penulis bagi mengajak para suami bijak mengatur langkah dan strategi dalam usaha memikat dan menjaga hak-hak isteri agar menjadi lebih disayangi sekaligus membantu meraih kebahagian institusi kekeluargaan yang panjang dan berkekalan. InsyaAllah...