Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kisah-kisah Pilihan Untuk Anak Muslim (Himpunan Kisah-kisah Nyata Dari Al-Qur’an dan Hadits)

Kisah-kisah Pilihan Untuk Anak Muslim (Himpunan Kisah-kisah Nyata Dari Al-Qur’an dan Hadits)
Kisah-kisah Pilihan Untuk Anak Muslim (Himpunan Kisah-kisah Nyata Dari Al-Qur’an dan Hadits)
Terbitan: At-Tuqa
Product Code: At-Tuqa (1(1))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14 x 2.5

ISBN: 9789791973304
Availability: Out Of Stock
Price: RM48.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kisah-kisah Pilihan Untuk Anak Muslim (Himpunan Kisah-kisah Nyata Dari Al-Qur’an dan Hadits) | Judul Asal: - | Penulis: Ummu Usamah ‘Aliyyah & Ummu Mu’adz Rofi’ah | Muroja’ah: Al-Ustadz Abdul Mu’thi Al-Maidani | Penterjemah: - | Penerbit: At-Tuqa | Berat: 0.550kg | Muka Surat: 6 Jilid lengkap (Soft cover) | Ukuran buku: 21cm (tinggi) x 14cm (lebar) x 2.5cm (tebal) | ISBN: 9789791973304 |


Ini adalah siri buku kanak-kanak yang terdiri dari 6 jilid kecil berasingan. Masing-masing buku dalam siri ini membawakan untuk adik-adik kisah-kisah penting lagi bermanfaat. Ia disarikan dari kisah-kisah nyata dari Al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih lengkap dengan sumber rujukannya yang asal.

Kisah-kisah seperti ini amat bermanfaat dalam mendidik dan memotivasikan adik-adik dalam menjalani perkembangan pendidikannya serta dalam mendepani kehidupannya sehari-hari.

Selain mendidik anak-anak dengan kisah-kisah benar bersumberkan wahyu Al-Qur’an dan hadis, ia juga mendidik adik-adik mengenal tokoh-tokoh penting yang membawa agama ini sama ada para Nabi, orang-orang soleh terdahulu, atau dari kalangan wali-wali Allah. Sekaligus adik-adik pun dapat berteladan dan mengambil contoh dari kisah-kisah serta keperibadian mereka yang baik ini.

Dalam masa sama, insyaAllah buku ini pasti mampu menjadi pilihan buat ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian di saat berleluasanya buku-buku kanak-kanak yang dipenuhi dengan kisah-kisah fiksyen, atau kisah-kisah bohong, bahkan kisah-kisah khurafat yang boleh membahayakan perkembangan aqidah dan pemikiran anak-anak.

Di antara kisah-kisah yang dimuatkan adalah seperti:

1, Kisah Tiga Orang Terperangkap Di Dalam Gua.

2, Kisah Pemegang Bendera di Perang Mutah.

3, Bayi Yang Berbicara Kepada Ibunya.

4, Orang Terakhir Masuk Syurga.

5, Asal Mula-mula Air Zam-zam.

6, Kera Bani Isra’el.

7, Kisah Qarun.

8, Kisah Nabi Yusnus Dimakan Ikan.

9, Kisah Abrahah dan Tentera Bergajah.

10, Kisah Herakulis.

11, Kisah Maryam dan Anaknya.

12, Al-Kisa’i dan Seekor Semut.

13, Pasukan Perang Yang Kelaparan.

14, Kisah Orang Yang Mengejek Siwak.

15, Kisah Nabi Ibrahim Dibakar Kaumnya.

16, Turunnya Malaikat Mendengarkan Bacaan Usaid.

17, Ali Sang Penakluk Benteng Khoibar.

18, Keberanian Pahlawan Muda.

19, Timba dari Atas Langit.

20, Sebatang Kayu Penghantar Hutang.

21, Kisah Unta Menangis.

22, Terbunuhnya Dajjal.

23, Kisah Unta Nabi Soleh.

24, Pohon Kurma Menangis.

25, Nabi Sulaiman, Jin dan Manusia.

Serta beberapa kisah-kisah yang lainnya.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net