Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fikih Sunnah karya Sayyid Sabiq (Dilengkapi Tahqiq dan Takhrij oleh Asy-Syaikh Al-Albani)

Fikih Sunnah karya Sayyid Sabiq (Dilengkapi Tahqiq dan Takhrij oleh Asy-Syaikh Al-Albani)
Fikih Sunnah karya Sayyid Sabiq (Dilengkapi Tahqiq dan Takhrij oleh Asy-Syaikh Al-Albani)
Terbitan: Cakrawala Publishing
Product Code: Cakrawala
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 16.5 x 16.7

ISBN: 9789793785622
Availability: Out Of Stock
Price: RM360.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fikih Sunnah karya Sayyid Sabiq (Dilengkapi Tahqiq dan Takhrih oleh Asy-Syaikh al-Albani) | Judul Asal: Fiqhus Sunnah | Penulis: Sayyid Sabiq | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Khairul Amru Harahap | Penerbit: Cakrawala Publishing | Berat: 5.1kg | Muka Surat: 5 Jilid lengkap (Hard cover) | Ukuran buku: 24.7cm (tinggi) x 16.5cm (lebar) x 16.7cm (tebal) | ISBN: 9789793785622 |


Kitab Fiqhus Sunnah karya Sayyid Sabiq ini termasuk antara karya dalam bidang fiqh kontemporari yang mendapat sambutan di pelbagai lapangan dan lapisan masyarakat sehingga menjadikan ianya begitu masyhur sekali. Kehadirannya mendapat sambutan dari pelbagai kalangan, bahkan turut meraih penghargaan anugerah King Faisal (Saudi Arabia).

Kitab-kitab fiqh seumpama ini di antara keutamaannya adalah mengajak kita tidak terikat dan ta’ashub dengan mazhab-mazhab tertentu, sebaliknya bersesuaian dengan judulnya ia mengajak kita untuk beramal pada agama ini bersesuaian dengan fiqh yang dilandasi dalil-dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Walaupun terdapat sedikit dari kandungannya mengundang kritikan dari ulama yang sezamannya semisal Syaikh Al-Albani rahimahullah, namun itu tidaklah memberi dampak negatif dan mencacatkannya. Bahkan kritikan yang dikemukakan oleh Al-Albani melalui karyanya Tamamul Minnah telah menambah, memperkaya, dan melengkapkan lagi nilai manfaat bagi kitab ini sekaligus menampung lompang-lompang yang terkandung di dalamnya.

Sebagaimana kitab-kitab fiqh umum lainnya, tema-tema perbahasannya dimulakan dengan bab thaharah, solat, puasa, haji, hari raya, zakat, sedekah, mu'amalah, jihad, peperangan, jenazah, nikah, thalak, munakahat, walimah, ghanimah, hudud, qishash, sehinggalah kepada yang lain seterusnya sehingga tamat di akhir jilidnya dengan bab-bab seumpama bab sumpah, kaffarah, nadzar, jual-beli, khiyar, babus salam, riba’, hutang-piutang, gadaian, muzaara’ah, sewaan, mudharabah, syuf’ah, wakalah, rampasan, wadi’ah, sembelihan, aqiqah, musaaqah, ji’aalah, syarikah, perdamaian, al-qadhaa’, kesaksian, kitab makanan, kitab pakaian, pertandingan, wakaf, hibah, umraa’, ruqbaa, fara’idh, dan selainnya.

Semoga dengan hadirnya set terjemahan ini akan menambahkan lagi manfaat kajian ilmu-ilmu syar’i (fiqh) di kalangan masyarakat kita dalam beramal dengan amal-amal yang benar. Dan bagi edisi ini, ia turut dihadirkan dan dilengkapi dengan takhrij dan ta’liq ringkas oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah pada bahagian nota kakinya.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net