Judul: Stop!! KDRT (Kekerasan Dalam Rumah Tangga) | Judul Asal: Al-‘Unfu Al-Usari | Penulis: Syaikh Abu Hamzah ‘Abdul Lathif Al-Ghamidi | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Ahmad Fajar | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 0.65kg | Muka Surat: 390 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23.6cm (tinggi) x 15.5cm (lebar) x 2cm (tebal) | ISBN: 9786028062602 |
Sejak akhir-akhir ini, kekerasan dalam rumah tangga hampir setiap hari berlaku, kedengaran, dan kita lihat melalui pelbagai media massa, media cetak, atau di sekitar kita. Dari yang kecil hingga yang besar persoalannya. Dari yang bersifat perkataan sehingga perbuatan. Dan apabila sahaja kekerasan itu berlaku, keharmonian keluarga terkoyak, berantakan, huru-hara, atau mungkin penceraian pun akan menyusul.
Dari itu, ketahuilah bahawa Islam sangat mengambil berat persoalan kekerasan dalam rumah tangga ini. Kerana fitrahnya, Islam itu sendiri membawa misi damai dan anti kekerasan. Rumah tangga Rasulullah sendiri adalah cermin keluarga yang damai, bahagia, dan kosong kekerasan. Setiap individu di dalamnya merasa tenang dan bahagia. Riak masalah sudah lumrah kadang-kadang berlaku, namun, itu boleh diselesaikan tanpa menggunakan kekerasan.
Buku ini membentangkan bentuk-bentuk kekerasan dalam rumah tangga oleh sesiapa pun yang hidup di dalamnya. Tidak hanya oleh suami terhadap isteri, orang tua terhadap anak, tetapi juga sebaliknya. Bahkan oleh setiap individu yang ada di dalam rumah tangga tersebut. Selanjutnya, dibentangkan jalan-jalan penyelesaiannya dengan mengembalikan segala permasalahan kekerasan tersebut kepada kaedah Islam yang benar, yang bersesuaian dengan bimbingan al-Qur'an dan as-Sunnah di atas kefahaman Ahlus Sunnah wal-Jama'ah, bukan ahli falsafah. InsyaAllah...