Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Pesona Syurga

Pesona Syurga
Pesona Syurga
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 15 x 3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM60.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Pesona Syurga | Judul Asal (Arab): Shifatul Jannah fil Qur'aanil Kariim | Penulis: Syaikh 'Abdul Halim B. Muhammad Nashshar as-Salafi | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 1.1kg | Muka Surat: 540m/s (Hard Cover).


Dapat saya katakan (hanya Allah Ta’ala pemberi taufiq) bahawa membaca buku ini diumpamakan seperti sedang mengunjungi Daarus Salaam (Syurga) dalam keadaan terjaga, tidak melalui mimpi. Adakah yang lebih dicintai oleh seorang Mukmin dari dibukakannya pintu Daarus Salaam untuknya, kemudian dikatakan kepadanya:
 
“Silakan, wahai kekasih Allah; hiasilah matamu, jiwamu, dan seluruh panca-inderamu dengan pelbagai kenikmatan yang kekal berupa sungai-sungai Syurga, istananya, bidadarinya, permadaninya, tempat tidurnya, makanannya, minumannya, naungannya; serta lihatlah keredhaan dan ucapan salam Allah kepada penghuninya!”
 
Itulah perumpamaan membaca buku karya ‘Abdul Halim as-Salafi ini.
 
Satu perkara yang mesti diketahui oleh para pembaca sebelum membacanya adalah bahawa apa yang akan ia saksikan dalam kunjungan ini merupakan sesuatu yang benar dan yakin adanya, tanpa dapat diragukan lagi. Kerana rujukan buku ini merupakan kumpulan ayat-ayat al-Qur'an; juga hadis-hadis yang sahih sanadnya dan popular periwayatannya.
 
Demikianlah, kami tidak dapat memberi ulasan lebih banyak lagi selain memberi kata-kata selamat kepada setiap pembaca buku ini atas kunjungannya ke Daarus Salaam (Syurga), seraya berpesan:
 
“Berhati-hatilah, jangan sampai musuhmu (syaitan) mengeluarkan kamu dari Syurga, sebagaimana yang dialami oleh nenek moyangmu (Adam dan Hawa). Semoga keduanya dan dirimu diberikan keselamatan oleh Allah Ta’ala.”
 
SYAIKH ABU BAKAR JABIR AL-JAZA'IRI
(Staf Pengajar di Masjid Nabawi, Madinah)
 
Perbahasan buku ini meliputi beberapa bahagian dan skop perbahasan. Antaranya mencakupi:
 
1, Keutamaan Syurga dalam hidup manusia, bagaimana agar dapat memasuki Syurga, kewujudan Syurga.
 
2, Sifat-sifat Syurga, nama-namanya, penegrtiannya, dan jumlah bilangannya.
 
3, Nikmat dan dan keindahan Syurga.
 
4, Sifat penghuni Syurga.
 
5, Penjaga dan pelayan Syurga.
 
Semoga perbahasan yang dipersembahkan oleh buku ini akan memotivasikan kita semua untuk berlumba-lumba mengejar Syurga!

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net