Judul: Tafsir Ibnu Katsir (Terjemahan Lengkap 30 Jilid, Tanpa Takhrij) | Judul Asal: Tafsir Al-Qur’an Al-Adzim | Penulis: Al-Imam Al-HafizI bn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Bahrun Abu Bakar & H. Anwar Abu Bakar | Penerbit: Sinar Baru Algensido | Berat: 19.5kg | Muka Surat: 30 Jilid (Hard cover) | Ukuran buku: 21.9cm (tinggi) x 16.9cm (lebar) x 70.6cm (tebal)
Ini adalah edisi terjemahan lengkap bagi Tafsir Ibnu Katsir karya Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah atau turut dikenal dengan judul bahasa ‘Arabnya, Tafsir Al-Qur’an Al-Adzim.
Edisi ini walaupun pada umumnya dikatakan sebagai edisi terjemahan lengkap, namun padanya tetap mengandungi beberapa kelemahan yang antaranya menghilangkan (atau tertinggal) sebahagian penerjemahan edisi asal (yakni pada sebahagian tempat yang telah kami kenal-pasti).
Manakala yang kedua, disebabkan ia merupakan edisi terjemahan lengkap, sudah tentu ianya mengekalkan riwayat-riwayat bersifat isra’iliyat, serta riwayat-riwayat hadis dan atsar-atsar yang dha’if serta tidak sahih. Al-Hafiz Ibnu Katsir apabila mengemukakan riwayat-riwayat seperti ini, beliau akan jelaskan kedudukan riwayat-riwayat tersebut sama ada secara jelas mahupun isyarat. Namun, kebanyakan istilah-istilah yang digunakan bagi membahaskan kedudukan riwayat-riwayat tersebut belum tentu mampu difahami oleh kalangan awam atau para pemula. Kerana kami punya kebimbangan akan ada pembaca yang menganggap riwayat isra’iliyat sebagai hadis, dan hadis-hadis yag dha’if atau tidak sahih sebagai hadis-hadis yang sahih lalu dijadikan sebagai pegangan dan hujah disebabkan ketidk-mampuan memahami istilah-istilah yang digunakan oleh penulis/penyusun (Al-Hafiz Ibnu Katsir).
Dengan itu, edisi ini bukanlah edisi yang sesuai untuk bacaan santai dan para pemula. Tetapi edisi ini lebih sesuai bagi para penuntut ilmu dan pengkaji yang telah punya asas yang baik dalam penggunaan istilah-istilah periwayatan hadis dan pengklasifikasian riwayat-riwayat isra’iliyat, hadis-hadis yang dha’if mahupun yang maudhu’.
Semoga bermanfaat.