Judul: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol | Judul Asal: Al-Mughul baina Al-Intisyar wa Al-Inkisyar | Penulis: Dr. Ali bin Muhammad Ash-Shallabi | Tahqiq/Takhrij: Oleh Penulis | Penterjemah: Team Pustaka Al-Kautsar | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 0.98kg | Muka Surat: 690 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.7cm (tinggi) x 16.3cm (lebar) x 3.8cm (tebal)
Bangsa Mongol pada masa lalu adalah sebuah komuniti yang memiliki kekuatan besar. Mereka dikenal memiliki perwatakan yang keras, kasar, dan kehidupan yang berpindah-randah, selain sikap yang suka berperang dan menakluk. Kerana karakter ini jugalah mereka dikenal dalam sejarah sebagai bangsa yang selalu melakukan penaklukan ke pelbagai negeri-negeri termasuk negeri-negeri Islam ketika itu.
Kita mengenal kekejaman bangsa Mongol ketika melakukan penyerangan ke Baghdad, sebuah kota yang pada masa lalu menjadi mercu tanda peradaban dan kegemilangan empayar kaum muslimin, serta merupakan pusat pemerintahan dinasti ‘Abbasiyyah.
Tatkala masuknya Mongol ke kota Baghdad, mereka membakar rumah-rumah dan meruntuhkan bangunan-bangunan. Hasilnya, jutaan kaum muslimin dibunuh secara kejam, sehingga dikatakan bumi-bumi yang gersang dihujani dan dibanjiri dengan darah-darah berwarna merah. Manakala kitab-kitab ilmu warisan para ulama yang tersimpan di kota tersebut habis dibakar dan dihanyutkan ke sungai sehingga dikatakan sungai-sungai yang jernih menjadi hitam mengalirkan dakwat.
Selain Baghdad, kota-kota dan negeri kaum muslimin lainnya di pelbagai belahan dunia juga tak luput dari keganasan bangsa Mongol. Negeri Transoxiana (Maa waraa an-nahar), negeri Khawarizmia, kota Bukhara, Samarkand, Kabul, dan yang lainnya turut berjaya mereka taklukan.
Mengapa bangsa Mongol dengan para pemukanya yang terkenal seperti; Jenghis Khan, Khulagu Khan, Ogedei Khan, dan kaum kerabat mereka mampu menaklukan negeri-negeri Islam Islam sebegitu rupa? Siapa di balik kejayaan mereka? Jawabannya akan dapat anda temukan dalam buku sejarah yang disusun secara ilmiyah ini.
Buku ini tidak hanya bicara sejarah secara fakta, tetapi juga memberikan analisa-analisa yang tajam sebagai pelajaran bersama untuk masa depan.
Semoga bermanfaat.