Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Bahasa Arab Dasar untuk Madrasah Ibtidaiyah (Buku 1, 2 dan 3)

Bahasa Arab Dasar untuk Madrasah Ibtidaiyah (Buku 1, 2 dan 3)
Terbitan: At-Tuqa
Product Code: At-Tuqa
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.7 x 15.7 x 1.9

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM40.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Bahasa Arab Dasar untuk Madrasah Ibtidaiyah (Buku 1, 2 dan 3) | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abu Abdillah Salim| Tahqiq/Takhrij: - | Penerbit: At-Tuqa | Penterjemah: - | Berat: 590 gram | Muka Surat: 3 Jilid lengkap, purata 148 m/s. (Soft cover) | Ukuran: 23.7cm (Tinggi) x 15.7cm (Lebar) x 1.9cm (Tebal) |


Ini adalah buku pelajaran bahasa ‘Arab untuk kelas Madrasah Ibtidaiyah (sekolah rendah). Buku ini merupakan kitab asas yang terdiri dari 3 jilid lengkap yang diperuntukkan bagi para murid di sekolah, pondok pesantren, ma’ahad islami, dan pusat-pusat pengajian yang seumpama denganya.

Bagi buku 1, ianya terdiri dari 18 pelajaran. Setiap pelajaran dimulai dengan mengetengahkan beberapa kosakata dengan disertai ilustrasinya. Kemudian setelah itu, diketengahlan sejumlah latihan yang bervariasi berkisar pada kata-kata tersebut, sama ada secara tertulis, bacaan, menghurai kata-kata dan merangkainya, sesuai dengan metodologi ilmiah yang jelas yang diselarikan dengan jenjang ini.

Keistimewaan buku ini.

» Mengetengahkan kosakata baru secara bertahap di bawah judul-judul yang sesuai dengan memerhatikan sisi kemudahan dan banyaknya kata-kata itu ditemui dan digunakan. Jumlah kosa kata yang disajikan sekitar 180 kata benda.

» Menyertakan gambar peraga yang sesuai pada setiap pelajaran untuk mengaitkan gambar dengan kosakatanya. Ini dilakukan agar kata-kata yang disajikan itu mampu dikuasai dengan lebih jitu di benak anak-anak atau para pelajar.

» Pemberian latihan-latihan yang banyak dengan cara yang mudah dan jelas serta memvariasikan latihan-latihan tersebut. Ini dilakukan untuk menumbuh-kembangkan kemahiran berbahasa ‘Arab para pelajar dan dik-adik sekalian, sehingga mereka akan mampu menyerap pelajaran dan menguasainya dengan cara yang maksima.

» Memberikan bimbingan latihan bagi para murid untuk menulis huruf-huruf Hijaiyah dalam rangka menumbuh-kembangkan kemahiran menulis

» Mencantumkan daftar kosakata dan maknanya di akhir setia pelajaran untuk membantu para murid mengetahui makna-makna kosakata yang disebutkan dalam pelajaran.

» Pemberian latihan umum di akhir setiap semester untuk membantu para murid dalam menguasai dan memahami kandungan pelajaran secara utuh dan menyeluruh (berdasarkan kandungan pelajaran yang telah disampaikan).

Bagi buku kedua,

» Penyampaian kandungan/silibus pembelajaran secara berperingkat dimulai dari fi’il-fi’il yang datang dengan wazan dan seterusnya, kemudian fi’il ajwaf, dan naqis.

» Penyampaian kandungan isim isyarat, beberapa kata tanya dan pembelajaran isim dengan kedua bentuknya; iaitu isim mudzakkar dan isim muannats dalam lingkup pembelajaran jumlah ismiyah yang sederhana.

» Penambahan kosakata baru kepada para para pelajar.

» Pemberian latihan yang banyak dengan cara sederhana serta bervariasi bertujuan menumbuh-kembangkan kemahiran berbahasa Arab bagi para pelajar, sehingga mereka dapat menyerap pelajaran dan menguasainya dengan cara yang lebih optimal.

» Melatih siswa siswi untuk menulis huruf hijaiyah dalam bentuk-bentuk yang bervariasi bertujuan memupuk kemahiran.

» Mencantum kosa kata dan maknanya di akhir setiap pembelajaran, untuk membantu para pelajar mengetahui makna kosa kata yang disebutkan dalam pelajaran.

» Pemberian latihan umum di akhir setiap semesta, untuk membantu para pelajar dalam menguasai kadungan pelajaran secara utuh dan menyerapnya secara teliti.

Buku ketiga,

Buku ketiga ini merupakan buku yang ketiga dari senarai kitab asas pelajaran ini. Buku ini diperuntukkan bagi para pelajar di sekolah, pondok pesantren, ma’had, dan yang sewaktu dengannya.

Buku ini

» Mengetengahkan kandungan pelajaran membilang dari angka 1 sampai 100.

» Mengetengahkan kadungan isim-isim dengan jenis-jenisnya; isim mudzakkar, isim muannats, isim mufrad, isim mutsanna, dan jama’, isim isyarat dan dhamir munfashil dalam lingkup jumlah (kalimat) dan contoh-contoh yang sederhana.

» Menberikan banyak latihan dengan cara yang mudah dan jelas serta mempelbagaikan latihan-latihan tersebut, bertujuan mengasah dan mengembangkan kemahiran berbahasa Arab para para pelajar, sehingga mereka mampu menyerap pelajaran dan menguasainya dengan cara yang lebih optimum.

» Penambahan kosa kata baru kepada para pelajar.

» Mencantumkan daftar kosa kata dan maksudnya (yakni terjemahan kalimat) di akhir setiap pelajaran untuk membantu para pelajar megetahui makna kosa kata yang disebutkan dalam kendungan pelajaran.

» Pemberian latihan umum di akhir setiap semesta, untuk membantu para pelajar dalam menguasai kadungan pelajaran secara utuh (pada materi yang telah disampaikan) dan menyerapnya secara mendalam.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net