Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tazkiyyatun Nafs, Penyucian Jiwa Dalam Islam

Tazkiyyatun Nafs, Penyucian Jiwa Dalam Islam
Terbitan: Ummul Qura
Product Code: Ummul Qura (14(5))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 17.8 x 2.6

ISBN: 9786029896848
Availability: In Stock
Price: RM54.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tazkiyyatun Nafs, Penyucian Jiwa Dalam Islam | Judul Asal (‘Arab): Al-Bahr Ar-Raqaa’iq fiz Zuhdi wa Raqaa’iq | Penulis: Asy-Syaikh Dr. Ahmad Farid | Penerbit: Ummul Qura | Penterjemah: Muhammad Suhadi | Berat: 0.573kg | Muka Surat: 366m/s., (Hard cover) | Ukuran: 24.7(Tinggi)cmx17.8(Lebar)cmx2.6(Tebal)cm |


Muara kebahagiaan dan kesengsaraan adalah hati. Ketahuilah, hati hanya akan merasa bahagia dengan ikhlas kepada Allah. Ia hanya akan merasa tenang dengan zikir dan mentaati Allah, dan ini adalah sebagaimana firman-Nya:

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenang tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, 13: 28)

Dari ayat ini dapat diambil faedah bahawa jalan meraih kebahagiaan adalah dengan memberi perhatian, memperbaiki, dan mengubati penyakit-penyakit hati agar sentiasa berbuat taat kepada Rabb-nya. Orang yang beruntung adalah orang yang mendapat pertolongan Allah, dan orang yang hina adalah orang yang terhalang dari pertolongan dan petunjuk-Nya.

Setiap dari kita seharusnya memberikan santapan kepada hati dengan Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi yang sahih, serta hal-hal yang telah dijadikan oleh Allah ‘Azza wa Jalla sebagai penawar bagi umat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Sementara itu, tidak sepatutnya hati-hati ini diubati dengan hadis-hadis dha’if, maudhu’ (palsu), cerita-cerita yang dibuat-buat, dan berita-berita yang tidak bermanfaat.

Kita tidak boleh meninggalkan ayat-ayat Allah lalu pergi kepada bait-bait puisi atau lagu-lagu sebagaimana yang dilakukan oleh kaum sufi. Ini adalah kerana, ia merupakan bentuk terapi yang tidak pernah dilakukan oleh para pendahulu kita, iaitu para sahabat Nabi ridhwanullaahu ‘alaihim ajma’in.

Setiap yang menyimpang dari Al-Qur’an dan As-Sunnah yang sahih pasti akan merugikan para pelakunya, semoga Allah menyelamatkan kita dari bahaya ini. Orang yang telah terbiasa melakukannya dibimbangi hatinya tidak akan tersentuh di saat Kalamullaah dan hadis-hadis Nabi dibacakan padanya.

Untuk itulah, buku-buku seperti ini mengambil tempat yang penting, bertujuan menjelaskan konsep dan tata-cara menyucikan hati dengan benar.

Allah telah mencukupkan kita dengan Kitab-Nya dan Sunnah Nabi-Nya. Dia juga telah menurunkan firman-Nya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, ketika beliau berada di padang ‘Arafah saat menunaikan haji Wada’:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagi kalian...” (Surah Al-Ma’idah, 5: 3)

Al-Qur’an dan As-Sunnah Ash-Shahihah adalah pedoman hidup yang menjamin kebahagiaan individu dan masyarakat di dunia dan akhirat. Apabila manusia meninggalkan keduanya, lebih mengutamakan keduniaan, pemikiran-pemikiran, dan hukum-hukum manusia, seraya mengganti hadis-hadis sahih dengan hadis-hadis yang maudhu’ (palsu) dan bait-bait puisi, mereka pun akan sengsara di dunia dan akhirat, mereka terlepas dari kebaikan yang banyak.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَى (123) وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى

“Siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Surah Thaha, 20: 123-124)

Petunjuk Allah, termasuk perbahasan tentang zikir terdapat dalam kitab dan Sunnah Rasul-Nya. Segala bentuk ibadah yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah haruslah sesuai dengan ketentuan syari’at. Inilah sumber yang authentik dalam Islam dan juga merupakan kaedah yang dipahatkan Rasulullah sebagaimana dalam satu hadisnya:

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

“Siapa yang mengerjakan suatu amalan yang bukan dari perintah kami, maka ianya tertolak.” (Shahih Muslim, no. 1718)

Kita tidak boleh mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah-ibadah yang tidak disyari’atkan. Kita juga tidak boleh berlebih-lebihan dalam menjalankan syari’at dan melampaui batas dalam beribadah. Tetapi ibadah itu diambil dari teladan terbaik kita, iaitulah dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Tidak seorang pun dari umat beliau yang berhak menambahi atau beranggapan bahawa ibadahnya lebih sempurna berbanding ibadahnya Rasulullah.

Demikianlah pula halnya dalam tazkiyatun nufus (penyucian jiwa). Ia tidak boleh diambil, melainkan dengan kembali kepada wahyu berupa Al-Qur’an dan As-Sunnah yang sahih. Ianya tidak diambil dari hadis-hadis yang maudhu’ (palsu), olahan falsafah, perasaan hati, qasidah-qasidah mahupun nyanyi-nyanyian.

Banyak orang yang merujuk pada kitab-kitab sufi bertujuan melembutkan hati-hati mereka. Kitab-kitab tersebut adakalanya memang mampu menyembuhkan penyakit. Sebab, pada sebahagian juzuknya sarat dengan dalil-dalil Al-Qur’an dan Sunnah yang sahih. Namun demikian, di samping hal tersebut ia juga turut mengandungi hadis-hadis yang dha’if, maudhu’ (palsu), olahan falsafah, serta berlebih-lebihan dalam mengagungkan makhluk pada halaman atau juzuknya yang lain. Ini menjadikan kitab tersebut sangat berbahaya kerana di samping seakan membawa manfaat, ia sebenarnya mengandungi racun yang menghancurkan, ibarat madu bercampur tuba.

Ilmu penyucian jiwa bermanfaat bagi memperbaiki hati, mendidik hati agar sentiasa merendah diri kepada Allah, sentiasa memanjatkan pengharapan hanya kepada Allah, menggerakkan hati agar sentiasa bertaubat dan kembali kepada Allah, dan menjadikan seseorang sentiasa teguh di atas kebenaran serta tidak mudah patah semangat terhadap pelbagai ujian yang menimpanya.

Atas sebab itulah, tidak dapat tidak untuk mendapatkan keutamaan-keutamaan ini, kita wajib kembali kepada sumber yang benar, mengambil dari teladannya, dan merealisasikannya dengan kaedah yang benar, agar hasilnya pun menjadi benar dan bermanfaat.

Buku ini, insyaAllah mampu menjadi bekal yang bermanfaat bagi saudara-saudara kita dalam berdakwah di jalan Allah dan bagi memperbaiki diri dari masa ke masa. Kerana, di dalamnya sarat dengan dalil-dalil Al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih berkaitan pelembutan hati, penyucian jiwa, di samping atsar-atsar dan potret para salaf dalam hal tersebut.

Kami sarankan agar kalian menela’ah, membacanya, dan memanfaatkannya sebagaimana kami juga telah membacanya.

Baarakallaahufiikum.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net