Agama Islam adalah agama yang sempurna. Ajarannya mengatur segala aspek kehidupan umat manusia dan membimbing mereka untuk menggapai kebahagiaan di dunia ataupun di akhirat kelak. Di dalam buku ini penulis membentangkan intipati ajaran Islam secara menyeluruh, setiap nilai-nilai penting ajaran Islam secara umum dijelaskan melalui buku ini; mencakupi asas-asas penting aqidah, iman, fiqh ibadah, hukum-hakam seharian, dan adab-adab serta etika muamalah harian seorang muslim.
Dan di antara kelebihan buku ini adalah acuan dalil-dalil yang sahih dari Al-Qur’an dan As-Sunnah bagi setiap perbahasannya. Di antara kelebihan-kelebihan lainnya adalah:
a. Setiap tema utama sentiasa disertakan dengan dalil-dalil yang meyakinkan sama ada berupa ayat-ayat Al-Qur’an atau hadis-hadis, manakala bagi setiap sub-topik utamanya akan disertakan dengan dalil-dalil hadis.
b. Setiap hadis-hadis yang dijadikan dalil dalam ensiklopedia ini adalah hadis-hadis yang diperjelaskan status kesahihannya.
c. Dalil-dalil hadis pada setiap tema utama atau sub-topik didahulukan dengan hadis-hadis dari Shahih Al-Bukhari dan Muslim, atau salah satu dari keduannya. Apabila tidak ada dari keduanya maka diambil dari hadis-hadis dalam kitab-kitab As-Sunan Al-Arba’, Musnad Imam Ahmad, Ad-Darimi, Al-Mustadrak oleh Al-Hakim, Shahih Ibnu Hibban dan kitab-kitab Mu’jam oleh Ath-Thabrani.
d. Takhrij hadis antaranya adalah berdasarkan kitab-kitab karya Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah.
Di samping itu, buku ini disusun secara sistematik dengan gaya bahasa yang menarik dan mudah difahami. Buku ini dibahagikan menjadi sepuluh bab.
Pertama, Tauhid dan Keimanan.
Kedua, Fikih Al-Qur’an dalam perkara Al-Fadhail [keutamaan], Akhlak, Adab, Zikir dan Doa.
Ketiga, Ibadah.
Keempat, Mu’amalah.
Kelima, Faraidh.
Keenam, Pernikahan.
Ketujuh, Qishas dan Hudud.
Kelapan, Qadha’ [peradilan dan perundangan].
Kesembilan, Jihad di Jalan Allah.
Kesepuluh, Dakwah di jalan Allah.
Maka tidaklah terlalu berlebihan jika buku ini disebut sebagai Ensiklopedi Islam, kerana cakupan kandungan atau perbahasannya tentang ilmu-ilmu Islam cukup komprehensif. Buku ini sangat patut dimiliki dan dibaca oleh siapa saja sebagai panduan dan rujukan seharian. Lebih-lebih lagi bagi para pecinta ilmu dan umat Islam secara umumnya…