Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kisah-Kisah Masyhur Tapi Tak Shahih Dalam Sirah Nabawiyah

Kisah-Kisah Masyhur Tapi Tak Shahih Dalam Sirah Nabawiyah
Kisah-Kisah Masyhur Tapi Tak Shahih Dalam Sirah Nabawiyah
Terbitan: Kiswah Media
Product Code: Kiswah Media (12(2))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.4 x 15.5 x 2.4

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM42.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kisah-Kisah Masyhur Tapi Tak Shahih Dalam Sirah Nabawiyah (Edisi Hard Cover) | Judul Asal (‘Arab): Maa lam Yatsbut fis Sirah An-Nabawiyah | Penulis: Muhammad bin ‘Abdullah Al-Ausyan | Tahqiq/Takhrij: - | Penerbit: Kiswah Media| Penterjemah: Abu Nabil | Berat: 486gram | Muka Surat: 378 m/s., (Hard cover) | Ukuran: 23.4(Tinggi)x15.5(Lebar)x2.4(Tebal)cm |


Buku ini membicarakan pelbagai berita terkait sirah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang telah popular di tengah umat Islam, namun secara sanad mahupun matan tidak terbukti benar.

Penulis tidaklah bermaksud menyebutkan semua riwayat dha’if atau yang tidak sahih dalam masalah ini, kerana jumlahnya sangatlah banyak. Namun beliau hanya memaparkan sebahagian dari riwayat- riwayat yang paling popular yang telah sedia tersebar dan banyak dicantumkan dalam buku-buku sirah dan peperangan awal Islam.

Tujuan dari semua ini tidak lain adalah sebahagian dari usaha memurnikan sirah nabawiyah dari berita-berita yang ternyata tidak sahih. Apabila para ulama hadis melakukan penyaringan terhadap hadis-hadis Nabi untuk memisahkan hadis yang sahih dan hadis yang dha’if, maka wajib hukumnya mengaplikasikan hal tersebut terhadap riwayat-riwayat berkaitan sirah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Alangkah indah apa yang diungkapkan Al-Imam ‘Abdullah bin Al-Mubarak:

“Dalam hadis yang sahih terkandung ketidakperluan terhadap hadis yang dha’if.”

Maka demikian pula, riwayat sirah yang sahih tidak memerlukan riwayat sirah yang dha’if (lemah).

Penting untuk diketahui, bahawa kepopularan suatu kisah ataupun riwayat tidaklah serta-merta menjadi bukti kesahihannya.

“Tidak ada keterkaitan antara populariti dan kesahihan.”

Namun, ini tidaklah bermakna meniadakan kejadiannya dalam sejarah, tetapi hanya menafikan kesahihannya saja. Kita tahu bahawa sebahagian besar sirah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diriwayatkan dari jalan Imam Muhammad bin Ishaq, pakar sirah dan peperangan. Dan umumnya, ulama setelahnya meriwayatkan darinya. Sedangkan status atau kedudukan Ibnu Ishaq ini masih diperdebatkan oleh para ulama jarh wal ta’dil, sama ada hafalan ataupun ketelitian.

Mereka menjelaskan, Ibnu Ishaq hadisnya berkedudukan hasan, khasnya yang berkaitan dengan sirah, selama tidak meriwayatkan secara ‘an‘anah. Ini kerana, beliau dimaklumi melakukan tadlis (penyamaran dalam periwayatan). Al-Imam Al-Baihaqi berkata:

“Para huffaz sangat berhati-hati dengan hadis yang hanya diriwayatkan oleh semata-mata Ibnu Ishaq.”

Al-Imam Adz-Dzahabi menyatakan:

“Keputusan yang telah diambil, bahawa Ibnu Ishaq adalah shalihul hadits (dalam kategori hasan) dan bahawa riwayatnya berhubung permasalahan sirah lebih kuat berbanding riwayatnya dalam permasalahan hukum.”

Sebahagian besarr riwayat-riwayat yang tidak sahih ini, telah ditunjukkan kelemahan dan ketidak-sahihannya oleh para ulama. Berada di barisan pertama yang mengklarifikasi status riwayat tersebut adalah sejarawan Islam, Al-Imam Abu ‘Abdillah Azd-Dzahabi, terutamanya dalam dua buku fenomenal beliau, Tarikhul Islam dan Siyar A’lamin Nubala’. Kemudian diikuti oleh murid beliau sendiri Al-Imam Isma’il bin Katsir, dalam kitab sejarahnya yang tidak kalah masyhur, Al-Bidayah wan Nihayah, dalam bab yang khusus membahas berkaitan sirah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Buku ini (Al-Bidayah wan-Nihayah) termasuk antara yang paling panjang dalam membicarakan sirah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan paling banyak memberikan pelajaran. Demikian pula Al-Imam Ahmad bin Hajar Al-‘Asqalani, khususnya dalam kitab beliau yang menakjubkan, Fathul Bari dan kitab Al-Ishabah.

Sementara itu, dari ulama kontemporeri adalah Asy-Syaikh Al-Albani, terutamanya dalam dua kitab beliau As-Silsilah Ash-Shahihah dan As-Silsilah Adh-Dha’ifah. Juga kitab beliau Irwa’ul Ghalil dan kitab Ar-Rad ’alal Buthi. Selanjutnya, Dr. Akram Al-‘Umari, terutamanya dalam karya beliau As-Sirah An-Nabawiyah, dan Muhammad Rizq bin Thurnhuni dalam bukunya As-Sirah Adz-Dzahabiyah.

Ketika mengemukakan kelemahan suatu riwayat, penyusun akan berusaha semaksima mungkin untuk membawakan riwayat sahih yang mampu menguatkan atau menggantikannya. Dan penulis sedia menarik kembali pendha’ifan yang dikemukakan dari setiap riwayat yang ternyata terbukti sahih. Kerana, hikmah itu adalah milik orang yang beriman yang hilang, di mana pun ditemukan maka ia lebih berhak memilikinya dan kerana kebenaran itu lebih berhak untuk diikuti.

Antara kisah-kisah yang dibahaskan keabsahannya melalui buku ini adalah:

1, Kisah keislaman ‘Umar al-Khaththab ketika mendengar bacaan Surah Thoha.

2, Kisah sarang labah-labah dalam guna ketika hijrah Nabi.

3, Janji Nabi kepada Suraqah bin Malik untuk memakaikannya gelang maharaja Parsi.

4, Kisah Malik bin Sinan meminum darah Nabi.

5, Hindun binti Utbah memakan hati Hamzah.

6, Kisah Tsa’labah enggan membayar zakat.

7, Perintah Nabi Membakar masjid Dhirar.

8, Nyanyian Thola’al Badru ‘Alaina...

9, Benarkah Rasulullah menikahi Khadijah ketika usia Khadijah 40 tahun?

10, Benarkah dakwah Nabi dilakukan secara sirr (sembunyi-sembunyi)?

11, Sekitar Kisah Ke-Islaman Hamzah dan 'Umar dan hal-hal yang ditokok-tambah ke dalamnya.

12, Kisah Hindun Melapah, Melahab, dan Memakan Hati Hamzah.

13, Tarikh-tarikh yang didakwa sebagai tarikh kelahiran Nabi.

14, Iblis menjelma dalam rupa Suraqah.

15, Benarkah ‘Ubaidillah bin Jahsy masuk agama Nashara.

16, Kisah Gharaniq.

dan banyak lagi, insyaAllah...

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net