Judul: Raudhatuth Thalibin | Judul Asal (‘Arab): Raudhatuth Thalibin | Penulis: Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 728H) | Tahqiq: Fuad bin Siraj ‘Abdul Ghafar | Ta’liq: Disertakan nukilan-nukilan komentar Asy-Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-‘Utsaimin dan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahumallah | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 3.66kg | Muka Surat: 3 jilid (Hard cover) | Ukuran: 24.4(Tinggi)x16(Lebar)x12.3(Tebal)cm |
Satu lagi hasil karya tokoh besar dalam mazhab Asy-Syafi’i telah diterjemahkan, iaitu karya milik Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H). Ini adalah sebuah karya tulis yang menghimpun dan membahaskan kepelbagaian pendapat fiqh dalam kalangan tokoh-tokoh besar bermazhab Asy-Syafi’i berserta dengan pentarjihannya oleh Al-Imam An-Nawawi.
Alhamdulillah, karya ini telah diterjemahkan menjadi 3 jilid setakat ini merangkumi perbahasan thaharah, tayammum, haidh, solat fardhu, solat jama’ah, safar, hukum-hakam jenazah, zakat, puasa, haji, ibadah korban, haiwan buruan, sembelihan, nadzar, jual beli, wakalah, gadaian, sulh (perjanjian damai), hutang-piutang, syarikat, dan beberapa cakupan yang lainnya di bawah setiap bab.
Melalui buku ini kita akan mengetahui antaranya; kepelbagai pendapat yang terdapat dalam mazhab Asy-Syafi’i, mengetahui pendapat yang sahih, yang paling sahih, yang muktamad, yang paling tepat, pendapat yang tertolak, pendapat yang syadz (ganjil), dan semakkan terhadap apa-apa yang dianggap sebagai pendapat fiqh dalam kalangan tokoh mazhab Asy-Syafi’i namun hakikatnya tidak.
Semoga bermanfaat.