Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Terjemahan Lengkap Bulughul Maram, Petunjuk Rasulullah Dalam Ibadah, Mu'amalah dan Akhlak

Terjemahan Lengkap Bulughul Maram, Petunjuk Rasulullah Dalam Ibadah, Mu'amalah dan Akhlak
Terbitan: Akbar Media
Product Code: Akbar Media
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 27.1 x 20.3 x 2.6

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM58.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Terjemahan Lengkap Bulughul Maram, Petunjuk Rasulullah Dalam Ibadah, Mu’amalah dan Akhlak | Judul Asal (‘Arab): Bulughul Maram min Adillatil Ahkam | Penulis: Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) | Tahqiq/Takhrij: Isham Musa Hadi | Penerbit: Akbar Media | Penterjemah: Abdul Rosyad Siddiq | Berat: 1063gram | Muka Surat: 432m/s. (Hard cover) | Ukuran: 27.1(Tinggi)x20.3(Lebar)x2.6(Tebal)cm |


Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah berkata pada muqaddimah bukunya ini:

“Ini adalah sebuah mukhtashar yang memuatkan dalil-dalil utama (dasar) tentang hukum-hakam syari’at. Aku telah menyusun kitab ini dengan sebaik mungkin, supaya dapat dihafal dengan mudah oleh para pembaca, dapat membantu penuntut ilmu di tingkat pemula, dan dapat memberi manfaat yang maksima bagi siapa pun yang ingin memahaminya secara mendalam.

Pada akhir bahagian setiap hadis, aku sebutkan imam-imam yang meriwayatkannya bertujuan memberikan nasihat kepada umat.

Yang aku maksudkan dengan As-Sab’ah (Imam yang tujuh) adalah Ahmad, Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasaa’i, dan Ibn Majah.

Manakala yang dimaksudkan dengan As-Sittah (Imam yang enam) adalah semua nama imam As-Sab’ah kecuali Ahmad.

Yang dimaksudkan dengan Al-Khamsah (Imam yang lima) pula adalah semua imam As-Sab’ah kecuali Al-Bukhari dan Muslim. Namun adakalanya aku sebutkan juga sebagai Al-Arba’ah dan Ahmad.

Yang dimaksudkan dengan Al-Arba’ah (Imam yang empat) adalah semua imam As-Sab’ah kecuali Ahmad, Al-Bukhari, dan Muslim.

Yang dimaksudkan dengan Muttafaq ‘alaih pula adalah Al-Bukhari dan Muslim. Dan aku adakalanya tidak menyebutkan imam yang lain bersama keduanya. Sedangkan selain dari istilah di atas akan disebutkan pada tempatnya.

Kitab ini aku berikan nama “Bulughul Maram min Adillatil Ahkam.”

Aku memohon kepada Allah semoga Dia tidak menjadikan ilmu kita sebagai bencana yang justeru akan menimpa kita, dan semoga Dia berkenan menolong kita mengamalkan apa yang diredhai-Nya.”

>> Ibnu Hajar Al-‘Asqalani.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net